
Dalam kehidupan berumah tangga Rasulullah, Baginda adalah seorang suami dan bapa yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan keluarga.Dalam membina keluarga sejahtera dan bahagia, keperibadian Rasulullah terhadap isteri dan anak-anak sangat wajar dicontohi.
Nak rumah tangga bahagia selalu, amalkan cara romantik Rasulullah ini kepada pasangan anda.
1. Hantar isteri keluar rumah
Seperti yang dilakukan Rasulullah kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Baginda berkata, “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).”
2. Bawa isteri jalan-jalan
“Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah R.A tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Suapkan makanan
Bagi menambahkan romantis kepada isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Rasulullah, “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar mengenai pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
4. Panggilan manja
Sehinggalah ayat cinta terukir daripada bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja kepada isterinya. Suara indah memangil Ya Humaira kepada Aisyah yang bermaksud Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah. Ini membuatkan ikatan itu menjadi lebih intim. Ada kalanya Baginda memanggil Aisyah dengan singkatan manja Ya Aisy yang bermaksud kehidupan ketika beliau menyampaikan salam daripada malaikat Jibril untuk Aisyah R.A. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan Baginda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Dah Kahwin, Gali Kelebihan Pasangan Bukan Cari Kekurangan

Isi Kandungan
ToggleKalau nak bahagia dalam rumah tangga, gali kelebihan pasangan, bukannya cari kekurangan. Itu kunci paling mudah suami isteri kena tanam dalam diri sejak awal perkahwinan.
Andai selalu sangat melihat kelebihan pasangan lain, langsung tidak memberikan faedah. Malah akan rasa tidak pernah cukup.
Gali Kelebihan Pasangan Bukan Cari Kekurangan
Perkara ini akan lama-kelamaan akan menjejaskan hubungan suami, isteri. Nak lebih memahami isu ini, jemput baca perkongsian Firdaus Shakirin, moga anda boleh baiki hubungan suami isteri ke arah yang lebih harmoni.
Dalam rumah tangga ini, semua orang ada ujian masing-masing. Tiada rumah tangga yang sempurna. Close to perfect mungkin ada tapi itu pun setelah mereka berjaya melepasi ujian yang Allah SWT bagi kepada mereka.
Kenapa rumah tangga tak sempurna? Sebab kita yang manusia ini pun tak sempurna. Mana ada orang yang dapat pasangan tidak ada langsung kekurangan, kelemahan dan keburukan.
Manusia Tak Sempurna
Mesti akan ada juga terkurang dekat situ, terlemah dekat sini. Tak boleh lari oleh kerana kita ini manusia, bukan malaikat.
Kalau kita faham konsep itu, maka kita tidak akan menuntut kesempurnaan itu dari pasangan.
Bahkan kita sendiri yang cuba sedaya-upaya untuk menutup kekurangan, kelemahan dan keburukan pasangan dengan kelebihan yang ada pada diri kita.
Hendak hidup bahagia, nak hidup tenang, mahu hidup dalam keadaan yang bersyukur, maka kena tengok kelebihan pasangan.
Jangan Bandingkan Pasangan Dengan Orang Lain
Tengok apa yang dia ada berbanding apa yang dia tidak. Jangan sesekali compare dia dengan orang lain kerana dia adalah dia, orang lain adalah orang lain.
Setiap pasangan, ada ujian masing-masing. Baik buruk ujian tu, berat ringan ujian tu, hanya mereka dan Allah sahajalah yang mengetahuinya. Wallahualam.
Jodoh adalah Ketentuan Allah SWT, oleh itu hargailah sebaiknya. Jika berlaku sesuatu dan timbul rasa tidak puas hati, cubalah berbincang dengan baik demi kepentingan bersama.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Suami Kuat Sentap, Berhak Ke Isteri Minta Cerai?

Apa hukum suami selalu merajuk, bersikap dingin dan tidak menghiraukan isteri? Suami juga sering menyakiti hati isteri dengan kata kata nya. Berhakkah isteri menuntut cerai kerana ditakuti dharar dari segi aqal di kemudian hari?
JAWAPAN:
Pada asalnya tidak boleh bagi seseorang wanita menuntut cerai sewenangnya daripada suaminya kerana itu ialah akhlak yang buruk. Daripada Thauban RA, bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلاَقًا مِنْ غَيْرِ بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الجَنَّةِ
Maksudnya: Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa alasan makan haram baginya bau syurga.
Hadis riwayat Imam al-Tirmizi (1187) dalam Sunan dan beliau menghasankannya.
Melihat kepada situasi di atas, hal demikian masih boleh dibincangkan bersama dengan kesabaran dan hikmah bijaksana. Tidak sepatutnya cerai terus dijadikan sarana untuk menyelesaikan masalah. Ini kerana Iblis bersukacita dengan kejayaan tentera-tenteranya yang berjaya menceraikan suami isteri. Daripada Jabir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ، ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ، فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً، يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ: فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا، فَيَقُولُ: مَا صَنَعْتَ شَيْئًا، قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ: مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ، قَالَ: فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ: نِعْمَ أَنْتَ
Maksudnya: Sesugguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air lalu menyeru sekalian tenteranya. Maka di bawahnya ialah tentera yang paling besar pengaruh fitnahnya. Datang seorang daripada mereka mengadap Iblis, seraya berkata: “Aku telah berbuat sekian sekian.” Iblis menjawab: “Kamu tak buat apa pun.” Kemudian datang seorang lagi tenteranya lalu berkata: “Aku tidak akan tinggalkan dia (mangsaku) sehingga aku berjaya memisahkan antara dia dan isterinya. Iblis membalas: “Kamu hebat!”.
Hadis riwayat Imam Muslim (2813)
Justeru, gunalah sarana yang lebih baik seperti bersemuka, atau menggunakan wakil atau hakam daripada kalangan keluarga atau orang yang dipercayai menjadi orang tengah. Baik juga jika dirujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing untuk khidmat nasihat dan kaunseling.
Adapun dalam keadaan yang tidak boleh dieelakkan, boleh bagi wanita itu meminta cerai jika berlaku dharar seperti:
- Kegagalan suami untuk menyediakan hak isteri seperti nafkah, pergaulan yang baik, dan tempat tinggal yang stabil. Isteri yang tidak diberikan hak yang disebutkan itu boleh memilih sama ada bersabar atau memohon perpisahan. Rujuk al-Mughni oleh Ibn Qudamah (8/204).
- Suami itu menghina isterinya dengan memukulnya tanpa sebab yang sah, melaknatnya dan memaki hamunnya dengan bahasa kesat. Ini termasuklah memboikotnya tanpa alasan syarak, memukulnya, dan memaki seperti mengatakan “engkau anak anjing”, “engkau anak laknat”, “engkau anak kafir” dan sebagainya. Rujuk Hasyiah al-Dusuki ‘ala al-Syarh al-Kabir (2/345)
- Suami suka bermusafir lama seperti 6 bulan dan isteri itu takut dirinya tidak dapat mengawal fitnah, yakni keperluan syahwatnya. Imam Ahmad pernah ditanya berapa lama seorang suami boleh meninggalkan isterinya kerana musafir? Jawabnya: 6 bulan.
Rujuk al-Mughni oleh Ibn Qudamah (7/305) - Suami itu dipenjara dalam suatu tempoh masa yang lama dan isteri itu menderita kerana darar akibat perkara itu dan menuntut cerai. Pendapat Malikiyyah menunjukkan menuntut cerai itu dibolehkan kerana dianggap hilang tanpa uzur selama setahun. Rujuk Mausu’ah al-Kuwaitiyyah (29/67).
- Suami berpenyakit mandul, tiada daya seksual, atau sakit berbahaya dan seumpama dengannya.
- Suami berperangai fasiq lagi buruk dengan dosa-dosa besar seperti melakukan perkara syirik, tidak solat dan berpuasa dan isteri telah bersabar lama setelah menasihatinya. Syeikh Ibn Uthaimin pernah ditanya tentang isteri yang meminta cerai dari suami yang penagih dadah kerana takut pengaruh buruknya kepada keluarga. Syeikh menjawab menuntut cerai itu dibolehkan.
- Timbul kebencian melampau dalam hati isteri walaupun tidak diketahui puncanya. Berkara Syeikh Jibrin: “Keadaan seperti ini sunat bagi suami itu menceraikannya jika dia melihat daripada keadaan isteri itu kegagalan menahan diri, bersabar yang mana membawa kepada cerai khulu’ kerana permintaan cerai itu berpunca daripada kegelisahan dalam hatinya dan tiada dosa atas demikian itu.”
- Si suami menghalang isterinya daripada berjumpa keluarganya khususnya ibu bapanya.
Selain itu penanya juga boleh merujuk Seksyen 52 Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Akta 303:
(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu—
(a) bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;
(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
(c) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;
(d) bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;
(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;
(f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;
(h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain—
(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau
(ii) berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak; atau
(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau
(iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu daripada menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau
(v) menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau
(vi) jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak Hukum Syarak;
(i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya;
(j) bahawa isteri tidak memberi keizinan akan perkahwinan itu atau keizinannya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;
(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi keizinan yang sah, adalah seorang yang kecelaruan mental, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31 tahun 1952] bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atau Ordinan Lunatik bagi Wilayah Persekutuan Labuan [Sabah Bab 74] dan kecelaruan mentalnya adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin;
(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.
SUMBER : http://muftiwp.gov.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lagi Beberapa Bulan Nak Kahwin, Ada Resdung Di Wajah, Boleh Cuba Cara Rawatan Ini

10 PUNCA MASALAH RESDUNG.
#1 STRUKTUR HIDUNG
Ni jarang2 berlaku, tp bleh jd penyebab resdung jugak. Bg org yg strutur hidung kurang normal, risiko nak kena resdung ni, lebih tinggi. Dr. Hueston ckp, “saluran hidung sempit, tumor dan lelangit terbuka, bleh buat rongga sinus tertutup. Bila rongga sinus tertutup, mukus pun tak leh dibuang. Mukus yg tak leh dibuang ni bleh sebabkan jangkitan BAKTERIA!”
#2 KEKURANGAN AIR (ORG UTARA CKP AYAQ)
Bila mukus terperangkap dlm rongga hidung, dlm tempoh yg lama, kandung air mukus tersejat, pastu mukus jadi makin pekat. Bile makin pekat, gejala resdung makin la teruk. Sbb tu Doktor kt utara slalu nasihat kpd org yg ade resdung ni “minum ayaq tu bg banyak2”. Bila minum air bnyk2, kelembapan semulajadi dlm rongga hidung dan sinus dpt dikawal.Hingat tu! minum air bg cukup2 yerps
#3 UDARA TERCEMAR & ALAHAN
“Anasir2” penyebab resdung ade dlm udara yg kita sedut setiap hari. Dr. Bains ckp, “sedut udara yg kurang bersih, jugak bleh sebabkan keradangan, pastu jd lah resdung!” So, jom kita sama2 jaga kebersihan udara di sekitar kita yer. Selain tu bahan kimia dlm PERFUME pun bleh sbbkan RESDUNG bg sesetengah org. Ade org mmg xleh bau PERFUME2 ni. Bukan xleh bau benda wangi, tp alah kepada bahan kimia dlm PERFUME.
Sonia Bains ckp “org yg ada alahan lebih mudah utk diserang resdung, berbanding org normal”. Org yg ada resdung ni, biasanye diorang alahan kepada makanan laut mcm udang, sotong dan sebagainya. Lagi diorang alahan kpd debu, bulu bintanga mcm kucing dan juga LIPAS!!!
#4 ASAP ROKOK (NI YG PALING XBEST NI!)
haaaa… ni lg satu punca udara tercemar! Asap rokok pun bleh sebabkan RESDUNG. Kalau ada tgk anak2 atau ahli keluarga selalu bersin2, resdung, ade jerawat, selalu demam, selalu jauh2kan diorang drp asap rokok yer. Lebih teruk lagi, asap rokok bleh tingkat RISIKO JANGKITAN di dinding SINUS! mmg tak bagus ROKOK ni… kalau hisap tu, PLEASEEE berhenti… merayu ni…
#5 JANGKITAN KULAT
Dr. Hueson cakap “jangkitan kulat ni punca resdung yg jarang2 berlaku. Tp slalu jd kat org yg lemah sistem imunisasi diri” Bile sistem imunisasi diri lemah, kulat bleh hidup dan membesar, lebih2 lg kat kwsn yg gelap dan lembap mcm rongga sinus (fuhhh, menyeremkan kan?)
#6 MANDI KOLAM RENANG
Kenape kdg2 kalau kita swimming, selalu bersin? haaaa. Sbnrnya KLORIN yg tinggi dlm kolam renang bleh mengganggu lapisan hidung dan dinding sinus.Lebih lagi lepas dan menyelam. Betul kan? Bile menyelam, tekanan air tinggi, air bleh masuk sampai rongga2 sinus. Pastu klorin yg tinggi tu sebabkan keradangan kat tisu2 dinding sinus.
#7 BAKTERIA & VIRUS
Pernah x anda atau kenalan anda selsema lebih 10-15 hari? kdg2 tu berlarutan berbulan dan bertahun2. Haaaa, kemungkinan BESAR bakteria dah join geng PEPERANGAN melawan sistem pertahanan badan bersama-sama VIRUS. Prof William J. Huesto ckp “kemungkinan besar bakteria yg sebabkan RESDUNG ni dari jenis keturunan Streptococcus Pneumonia atau Haemophilus Influenza (cuba anda sebut nama bakteria ni, nak menaip pun payah tau! hihi) Cuba tgk sekeliling anda, bnyk tak pusat pemeliharaan dan pemuliharaan BAKTERIA & VIRUS! hihi… hapuskan tau!!!
Balik kerja ni ,kulit wajah pun berminyak.jadi petang ni saya nak kongsikan petua untuk merawat kulit wajah yang gatal dan berminyak.petua ini juga sangat sesuai bagi masalah resdung.Saya sendiri amalkan dari usia berbelasan tahun dan sekarang sudah menjadi viral di laman sosial.
Pada mula pemakaian nya saya terasa pedih sahaja ,kena tahan sikit ya.Tetapi ia nya juga bergantung pada jenis kulit .Tak salah kan kalau mencuba .InsyaAllah serasi .Dikehendaki:Ambil limau nipis beberapa biji.Daun pandan ( hiris halus macam bunga rampai )Boleh campurkan bedak sejuk yang dibuat sendiri (Jika perlu)
Perah limau nipis, gaulkan bersama hingga sebati.Boleh campurkan dengan bedak sejuk.Beberapa minit selepas itu,hama resdung yg halus akan keluar melalui kulit muka.( Tak nampak dengan mata kasar )dan mengikut jenis kulit juga.
Kemudian,cuci muka dengan sabun pencuci muka dan bilas dengan air bersih.Jom terai.bahan nya pun senang Nak dapat kan.InsyaAllah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI