Puas pujuk tetapi suami tetap tak berhenti merokok. Yang kaum mak-mak mesti makin risau bila dah ada anak kecil dalam rumah. Jadi macam mana nak pujuk encik suami supaya berhenti merokok?Ok, tak susah sebenarnya tetap peranan isteri boleh bagi kesedaran pada kaum ayah dan bagi masa untuk dia perlahan-lahan ikut apa yang disarankan oleh Dr. Ezairy M.Sallih ini…
Cara Nak Suruh Suami Berhenti Merokok
Ini penting, isteri jangan membebel sampai suami rasa rimas. Kena terus sabar pujuk dengan kata-kata semangat!
1. Sedut minuman
Apabila kita menyedut minuman dengan menggunakan straw, ia akan mengganti dan membantu untuk menhenti keinginan menyedut rokok.
2. Mengunyah dan makan
Salah satu cara untuk melupakan kita dengan tabiat merokok ialah ambil apa-apa makanan. Kerapkan makan. Bagi mengelakkan kenaikan berat badan, ambil makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Kuantiti sedikit secara kerap. Ambil buah-buahan contohnya. Mengunyah chewing gum juga bagus.
3. Penuhkan jadual bulanan anda
Ini paling best! Buat jadual bulanan secara tetap. Sebelum masuk bulan baru, pastikan anda buat jadual harian selama sebulan. Padatkan rutin harian. Semakin sibuk anda, semakin lemah keinginan anda terhadap perkara lain seperti merokok.
IKLAN
4. Banyakkan aktiviti sihat
Berbasikal, bersukan dan berlari contohnya. Sibukkan diri dengan aktiviti sukan dan lasak akan menjadikan hidup lebih bermanfaat.
5. Ingat semula kenapa anda berhenti merokok
Tulis besar-besar di dinding, di pintu peti ais, di dapur dan di bilik. Letak gambar keluarga dan anak-anak. Anda pasti akan sentiasa bermotivasi dengan matlamat asal anda.
IKLAN
6. Simpan duit setiap hari
Jadikan amalan menyimpan wang yang selama ini anda guna untuk rokok dengan menyimpan di tabung. Kalau sebelum ini setiap hari beli sekotak rokok berharga sepuluh ringgit contohnya. Sekarang simpan nilai berkenaan setiap hari di tabung simpanan anda. Bila keinginan untuk merokok datang, lihat kembali berapa banyak wang yang telah anda simpan semenjak berhenti merokok.
IKLAN
7. Tulis semua trigger kepada merokok
Anda mesti tahu apa situasi yang menyebabkan anda akan merokok. Tulis dan senaraikan semuanya. Kenalpasti kelemahan anda. Elakkan ia. Tak guna kalau mampu berhenti tiga bulan tapi merokok semula hanya kerana perkara yang anda sendiri boleh elak.
8. Keep on track
Kekalkan momentum dan motivasi anda. Banyakkan hadiri program bermanfaat seperti ceramah agama, aktiviti bersama keluarga, create hobi baru. Semua perkara ini akan membuat anda terus konsisten dengan matlamat anda. Jangan putus asa!
Perkahwinan yang melibatkan pasangan berlainan agama, lebih besar cabaran yang perlu dihadapi terutama kepada kaum wanita. Hal ini kerana ‘imam’ mereka belum tahu apa-apa mengenai Islam.
Adam Corrie pernah berkongsi dalam satu hantaran dilaman Facebooknya tentang beberapa pesanan buat wanita sebelum mereka meneruskan hubungan dengan lelaki berlainan agama.
Berikut pesanan yang dikongsikan oleh Adam Corrie. Semoga info ini dapat membantu mereka yang ingin berkahwin dengan calon suami yang masih belum lagi memeluk agama Islam.
Alhamdulillah hari ini saya sudah 15 tahun kembali kepada fitrah.
Seperti baru semalam saya syahadah. Membuat keputusan untuk kembali kepada fitrah sudah dipendam lama. Ya mengambil masa yang lama. Tiada sesiapa yang memaksa, ia adalah pilihan saya sendiri.
Mungkin ada kata saya memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan wanita Melayu. Tidak sama sekali, saya berjumpa dan berkahwin dengan bidadari saya setahun selepas syahadah.
Ingin saya berikan sedikit nasihat kepada wanita yang ingin berkahwin dengan lelaki yang belum Islam.
Jangan bercinta terlalu lama. Cinta tak menjanjikan kebahagiaan tanpa iman. Ia hanya membuang masa menunggu tanpa kepastian dan semestinya menambahkan dosa tanpa kita sedari.
Jika benar sayangkan dia kerana Allah. Usahalah kenalkan keindahan Islam dengan peribadi diri kita sendiri.
Jika tidak nampak sebarang perubahan ke arah jalan yang lurus. Adalah lebih baik undur diri dan cari pasangan hidup yang lain.
Ada ibu bapa yang halang anak gadisnya berkahwin dengan lelaki yang belum Islam (bakal syahadah) kerana tak yakin anak gadisnya boleh pimpin bakal suaminya.
Kerana anak gadisnya sendiri masih perlukan bimbingan agama dan tidak menjalankan dan amalkan kehidupan sebagai muslim sebenarnya dan juga risau anaknya terjebak dengan kehidupan pasangan yang tiada batasan sebelum syahadah.
Ini memang realiti terjadi. Banyak juga kes sebegini saya dapat. Yang sedia muslim tak mendidik suami/isteri mereka yang saudara baru kenal Islam, malah terjebak dengan kehidupan tanpa batasan.
Tak salah masuk Islam kerana nak kahwin, kerana itu juga hidayah melalui perkahwinan tetapi tanggung jawab selepas syahadah itu lebih penting. Untuk terus kenal, belajar dan amalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.
Untuk sahabat-sahabat yang belum Islam yang berhajat memeluk Islam. Saya sarankan betulkan niat. Niat itu penting. Niatkan kerana Allah
Jika kita nak masuk Islam kerana wanita/lelaki. Jika ada masalah kelak. Kita akan salahkan mereka. Tanpa muhasabah diri
Jika niat kita masuk Islam kerana Allah. InsyaAllah apabila ada ujian datang. Kita akan hadapinya dengan tenang. Kerana kita yakin dan hati kita sudah tersimpul kuat dengan Allah SWT. Iman kita kuat..
Saya pun masih merangkak belajar Islam dan saya bersyukur dapat pasangan, keluarga, murabi-murabi dan sahabat-sahabat yang sangat-sangat membantu saya untuk kenal dan amalkan ajaran Islam.
Hadiah yang terindah dalam hidup saya apabila saya kembali kepada Islam dengan diberikan taufik dan hidayah .. Aamin allahuma aamin
Kejayaan, keluarga, harta, ketenangan dan sebagainya adalah rezeki dan menjadi rahsia Tuhan Yang Esa. Namun ramai suami yang mungkin tak sedar bahawa rezekinya yang mencurah-curah banyak ‘dibantu’ oleh sikap isteri.Memang tak nampak secara kasar, namun boleh dijelaskan secara spiritual bahawa 10 sifat isteri ini membantu melancarkan rezeki pasangan, dengan izin-Nya. Semoga ada sifat-sifat ‘halus’ yang boleh kita contohi untuk keluarga tercinta.
Admin terpikat dengan cara beberapa selebriti tempatan yang mempunyai suami yang dimurahkan rezekinya apabila membahagiakan isteri sebaik mungkin. Antara selebriti yang boleh disenaraikan termasuklah Hanis Zalikha, Wawa Zainal, Mira Filzah dan ramai lagi. Hebatnya perana seorang isteri, membahagiakan dan dibahagiakan!
1.Isteri yang menyambung silaturrahim
Isteri yang gemar menyambung silaturrahim, baik kepada orang tuanya, mertuanya, sanak-saudaranya dan saudari-saudari seakidah, dapat membantu suaminya melancarkan rezeki. Sebab keutamaan silaturrahim adalah dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
2. Isteri yang bertakwa
Orang yang bertakwa akan mendapat jaminan rezeki dari Allah SWT. Bahkan dia akan mendapat rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Sebagaimana firman Allah dalam surat At-Talaq ayat 2 dan 3, “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At-Thalaq: 2-3).
3. Isteri yang bersolat dhuha
Solat dhuha merupakan solat sunat yang luar biasa. Solat dhuha dua rakaat setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah kepada setiap sendi badan kita. Solat dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari.
“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua rakaat dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)
Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” (HR. Ahmad).
4.Isteri yang bersyukur
Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk rezeki. Punya suami, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).
5. Isteri yang beragama
Rasulullah menjelaskan bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya.
“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
Beruntung itu beruntung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya adalah dipermudahkan mendapatkan rezeki yang halal.
Cuba kita perhatikan, insyaAllah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya taat kepada Allah kemudian mereka mati kelaparan. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak bermaksiat kepada Allah tetapi rezekinya lancar? Boleh jadi Allah hendak memberikan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi berkat takwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah kemudian mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.
6. Isteri yang suka bersedekah
Isteri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipat gandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah sebagaimana disebutkan dalam surat Al-Baqarah, akan dilipat gandakan Allah hingga 700 kali ganda.
Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebahagiannya digunakan untuk sedekah, mungkin tidak langsung dibalas melaluinya. Namun boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).
7. Isteri yang selalu mendoakan suaminya
Jika seseorang ingin mendapatkan sesuatu, ia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Kita tidak boleh mendapatkan sesuatu tersebut melainkan dari pemiliknya.
Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah. Dialah yang Maha Pemberi Rezeki. Maka jangan hanya mengharapkan usaha semata-mata namun perbanyaklah berdoa memohon kepada-Nya. Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya.
Salah satu kewajipan isteri kepada suami adalah mentaatinya. Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang isteri taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, ia boleh berfikir lebih baik dan kreativiti dalam pemikiran juga muncul. Semangat kerjanya pun membuak-buak. Ibadah juga lebih tenang, rezeki mengalir lancar.
9. Isteri yang tawakal kepada Allah
Di saat seseorang bertawakal kepada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya. “Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya).” (QS. Ath Thalaq: 3).
Jika seorang isteri bertawakal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya? Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak semestinya Allah memberikan rezeki secara terus kepada si isteri. Boleh jadi Allah akan memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.
10. Isteri yang banyak beristighfar
Di antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Hal itu boleh dilihat dalam surah Nuh ayat 10 hingga 12. Bahawa dengan beristighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyakkan harta.
“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12).
Hari ini ramai isteri yang mengeluh penat dan stres dek kerana tugas yang tak menang tangan. Mereka ini terutama yang bergelar ibu bukan saja mengurus rumah tangga, malah turut bekerja mencari rezeki. Antara cara kebiasaan wanita meredakan kepenatan ini dengan berehat, bercuti dan juga ke spa untuk rawatan tubuh. Hakikatnya dalam Islam sendiri telah tersedia penawar kepenatan ini melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah s.a.w kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
.
Lalu baginda bersabda; “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
Pernah terpalit kontroversi rumahtangga, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melangsungkan perkahwinan dengan wanita dikenali sebagai Qistina Lim.