
Isteri adalah seorang insan yang sangat tabah dalam menjaga semua perihal rumah dan keluarga termasuk pakaian suami, anak, serta makan minum mereka. Ada isteri yang tidak sempat menukar pakaian terus ke dapur dan menyediakan bahan-bahan untuk terus memasak.
Jadi apa salahnya jika sesekali suami sekali sekala ringankan beban isteri, kalau anda sampai awal ke rumah telefon isteri barang apa yang perlu diberi atau penyediaan bahan yang diperlukan. Baru lah bahagia kehidupan rumah tangga kalau ada kerjasama antara satu sama lain.
Ini antara tips mengambil hati isteri tanpa perlu berbelanja besar.
- Jika isteri memasak, suami tolong basuh pinggan.
- Isteri basuh baju, suami tolong sidaikan.
- Isteri lipat baju, suami tolong kemas dalam almari
- Tolong basuh kereta isteri.
- Sesekali belikan hadiah buat isteri.
- Ungkapkan kata cinta pada isteri setiap hari.
- Hindari buat sesuatu perkara yang isteri tak suka.
- Bawa isteri berjalan atau bercuti ke tempat yang dia belum pernah pergi.
- Buat kejutan seperti sambutan ulang tahun kelahiran atau perkahwinan.
- Akhir sekali, berikan pujian setiap kali isteri masak atau berlawa semata-mata buat suami tercinta.
Sumber : theasianparent
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perkahwinan Adalah Satu Perkongsian! Ayuh Suami, Ini 6 Cara Anda Boleh Bantu Ringankan Beban Isteri

Menguruskan hal rumah tangga kadangakala suatu perkara yang cukup memenatkan terutama bagi seorang isteri. Menguruskan anak, mengemas rumah dan memasak merupakan tanggungjawab isteri dan ia boleh dibantu suami bagi meringankan tugas isteri. Tambahan pula, isteri juga bekerja bagi menambah pendapatan keluarga.
Peranan suami dalam urusan menguruskan rumah tangga amat penting dalam memastikan kebahagiaan sentiasa dikecapi bersama. Ia bukanlah di tangan isteri semata-mata. Kerjasama antara kedua-dua belah pihak harus diterajui bersama agak bukan sebelah pihak sahaja yang rasa terbeban. Pengantin senaraikan beberapa panduan dan cara untuk suami membantu isteri dalam menguruskan rumahtangga dan menjadikan rumahtangga lebih sejahtera dan bahagia selalu!
1. MASAK BERSAMA
Membantu isteri di dapur tidak mencalar kelakian atau menjatuhkan ego suami sebagai lelaki, malah jika sama-sama memasak dan berinteraksi kemesraan akan lebih terjalin dan kesefahaman serta kasih sayang antara suami isteri bertambah erat.
2. MENJAGA ANAK
Bagi pasangan yang bekerja, apabila pulang dari kerja, sama-sama uruskan rumahtangga. Misalnya, ketika isteri sibuk memasak si suami boleh memandikan anak atau membantu menjaga anak.
3. MENGAMBIL TAHU MENGENAI PERSEKOLAHAN ANAK
Sebagai bapa mereka, anda seharusnya mengambil tahu mengenai pendidikan anak. Luangkan masa bersama anak ketika mereka membuat kerja sekolah akan merapatkan hubungan anak dengan bapa. Biasanya bapa jarang mahu ambil tahu mengenai hal persekolahan anak kerana ibu biasanya lebih dominan dalam hal pendidikan si anak.
4. BANTU MENYIAPKAN ANAK KE SEKOLAH
Biasanya waktu pagi adalah waktu paling sibuk untuk uruskan anak ke sekolah atau ke taska. Jika isteri sibuk menyediakan sarapan dan mengemas dapur, suami pula boleh membantu memandikan anak atau siapkan mereka untuk ke sekolah.
5. MELUANGKAN MASA BERKUALITI BERSAMA ISTERI DAN ANAK
Bila suami atau ayah dapat luangkan masa berkualiti dnegan anak dan isteri secara tidak langsung suami dapat memahami emosi isteri dan anak dengan lebih mendalam, Mereka akan faham keperluan emosi isteri dan anak dalam rumahtangga. Oleh itu, jika suami isteri menjalankan prinsip terbaik dalam perkongsian hidup iaitu, urusan rumahtangga tanggungjawab bersama, ia akan melahirkan sebua keluarga yang bahagia dan sejahtera.
6. BANGUN MALAM BUAT SUSU ANAK
Bagi anak yang tidak menyusu bada, biasanya mereka bangun malam untuk minum susu. Jika lihat isteri keletihan, bantu buat susu anak dan beri anak susu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cyst Boleh Jadi Antara Sebab Susah Hamil. Sebelum Berkahwin, Periksa Dulu Hal Ini.

Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovari wanita, yang mengandungi cecair sama ada cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak dan lendir.
Cyst bukan penyakit tetapi ia selalu dihidapi oleh golongan wanita muda. Selain itu, kehadiran cyst tidak memberikan sebarang simptom-simpton tertentu dah hanya diketahui apabila seseorang individu itu melakukan pemeriksaan ultrasound.
Meskipun cyst ini tidak berbahaya, tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan seperti sakit bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payu dara, rasa letih, masalah ketidaksuburan dan sakit kepala.
Baru-baru ini, Hariza Azmi berkongsi mengenai cyst dan menasihatkan golongan wanita tidak mengambil atau mengamalkan sebarang makanan tambahan yang dikhuatiri boleh menyebabkan ketumbuhan cyst.
TIGA tahun lepas, aku operate buang cyst. Selepas setahun, cyst tumbuh balik. So, buat checkup enam bulan sekali. Tupp aku stop pergi checkup, kononnya sihatlah.Okey, petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey, ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan doktor, macam kita sembang dengan kawan.Okey girls, dengar nasihat aku ini. Korang tak nak dengar, terpulanglah. Kalau sayangkan rahim tu, sila baca dan hadam.
- Jangan makan apa-apa suppliment termasuk pil putih, pil kecut jerawat dan apa-apa jenis suppliment. Never girls! Dalam badan kita dah ada estrogen (rasanya macam aku dengar estrogen). Makan lagi suppliment akan menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat, cyst ini asalnya dari hormon.
- Jangan minum soya, nasib baik aku bukan peminat soya.
- Kurangkan makan ayam kerana kebanyakan ayam ada cucuk estrogen itu. Itu doktor yang beritahu, bukan aku.
- Banyakkan makan ikan dan sayur, kecuali ikan parang.
- Amalkan pemakanan yang sihat
Tolong buat checkup sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Jangan kau berani beri alasan, “Alaaa malu laa. Kelau kena dengan doktor lelaki macam mana?”. Aku jawab, “Abah kau! Malu konon.”.
Dah memang realiti doktor OnG ini banyak lelaki, terima sajalah. Aku dari dulu doktor lelaki yang periksa. kau ingat tak malu? Tapi nak buat macam mana? Saya redha sajalah. Nasib tadi doktor perempuan yang check.
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik bagai hatta ada kelulusan KKM sekalipun. Mudah sungguh orang kita percaya dengan benda itu, entah betul ke tidak. Ingat girls. Jangan menyesal. Bye roger dulu.
Sumber: Hariza Azmi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sifat-Sifat Perempuan Macamnilah Yang Lelaki Suka Jadikan Isteri

Setiap lelaki pastinya menginginkan wanita yang sempurna untuk dijadikan suri hati buat selamanya. Wanita yang ayu, lemah lembut da sopan antara kriteria-kriteria yang menjadi dambaan lelaki. Namun, ada beberapa lagi sifat-sifat perempuan yang menjadi buruan lelaki untuk dijadikan isteri.
1. Sangat memahami
Kaum lelaki semestinya mengidamkan wanita yang sentiasa memahami diri, hobi dan kehendak mereka malah mereka akan berasa amat senang untuk mendampingi wanita yang mempunyai sifat seperti ini.
Pada masa yang sama, kaum lelaki juga harus memahami tentang wanita yang di sayanginya dengan memberi tahu si dia terlebih dahulu jika anda ingin melakukan sesuatu aktiviti yang mengambil masa lama supaya tidak menimbulkan curiga dihatinya.
2. Bersifat kebudak-budakkan /Manja
Kebanyakan lelaki tertarik dengan wanita yang mempunyai sifat manja dan kebudak-budakankerana mereka berasa terhibur dengan telatah anda. Tapi jangan manja yangmelampau sangat sampai buat mereka menyampah dengan anda.
3. Menjadi dirinya sendiri
Lelaki tidak gemar wanita yang bersifat kepura-puraan. Tidak perlu memakai mekap yang tebal dan pakaian yang cantik, berlakon sopan didepannya semata-mata untuk memikat dia. Wanita lebih tertarik , jika wanita itu menjadi dirinya sendiri.
4. Tidak Banyak Karenah
Lelaki suka mendekati wanita yang tidak banyak songeh. Anda harus tahu dan faham bahawa sifat, kelakuan, emosi dan minda lelaki adalah ringkas. Sikap remeh, banyak ragam dan kerenah wanita hanya mengundang rasa meluat lelaki.
5. Suka pada kanak-kanak
Wanitayang mempunyai sifat ini, amat disenangi oleh lelaki. Ini kerana merekaber pendapat, wanita yang mempunyai naluri keibuan yang tinggi, penyabar, ceriadan kreatif mampu untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya kelak.
6. Pandai menjaga dirinya sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang mampu menjaga dirinya sendiri. Dia mampu menjaga maruah dirinya sendiri. Tahu mana yang perkara yang baik dan perkara buruk dan tidakakan sekali-kali membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
7. Bijak Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki lebih – lebih lagi dengan orang yang lebih tua darinya. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikandiri.
Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau dikampung. Kadang kala, wanita yang mempunyai sifat sebegini lebih disayang olehkeluarga sebelah lelaki lebih dari lelaki itu sendiri.
8. Pendengar yang baik dan pandai berborak
Lelaki tertarik dengan wanita yang bijak berkomunikasi. Dia boleh diajak bersembang, walaupun pun topik yang dibualkan lebih kepada topik kegemaran kaum lelaki contohnya seperti sukan.
Selain itu juga, dia mampumenjadi pendengar yang baik jika pasangannya mempunyai masalah dan mampumemberikan pendapat dan respon yang baik. Wanita seperti ini juga bijak mengalihkan perbualan yang serius kepada yang lebih menarik. Pasti membuat lelaki rasa selasa dan sentiasa ingin berada di sampingnya.
Kredit : Viramon
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI