
Kebelakangan ini anda merasakan sesuatu yang tidak kena pada pasangan seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikannya? Daripada anda terus berteka-teki, cuba perhatikan jikalau ada tanda-tanda ini pada pasangan:
1. Mengelak dari bertentang mata tatkala berbicara
Ini adalah tindak tanduk paling ketara dalam menyembunyikan sesuatu. Kerana pembohongan biasanya dapat dikesan melalui pergerakan mata. Ada kajian mengatakan, jika anak mata bergerak ke arah atas di sebelah kanan, itu tandanya si dia tidak bercakap benar. Manakala jika matanya bergerak ke arah atas di sebelah kiri, itu bermakna dia bercakap benar. Dan sebaliknya untuk individu yang kidal.
2. Berhenti sejenak sebelum menjawab pertanyaan
Berhenti sejenak biasa digunakan untuk memikirkan jawapan yang relevan sebelum menjawab. Walaupun suami sudah punyai saksi, namun otaknya tetap memerlukan waktu untuk mengingat butiran jawapannya supaya ianya tidak bercanggah di antara satu sama lain.
3. Berpeluh-peluh
Berpeluh walaupun suhu persekitaran tidak panas adalah satu petanda bahawa si dia sedang gugup kerana berbohong atau menyembunyikan sesuatu.
4. Menggaru-garu Hidung
Mengikut fakta, beberapa perlakuan di wajah boleh menggambarkan perasaan gugup. Jadi jika suami tiba-tiba menggosok-gosok mata, menggaru hidung, atau meletakkan tangan di mulut saat menceritakan kisah yang tampak dibuat-buat, anda patut merasa curiga!
5. Ceritanya tidak sepadan antara satu sama lain
Cerita suami bercanggah antara satu sama lain, boleh jadi si dia terlupa. Namun jika ianya kerap terjadi anda seharusnya berwaspada. Dalam hal ini anda harus menjadi lebih peka terhadap cerita-ceritanya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Praktis Surah Al-Kafirun, Akidah Anda Bersama Pasangan Akan Terpelihara

Surah Al-Kafirun (سورة الكافرون) yang bermaksud orang-orang kafir adalah surah ke-109 dalam Al Quran. Surah yang mengandungi 6 ayat ini telah diturunkan di Makkah (Surah Makkiyah). Nama ‘Al Kafirun’ (orang-orang kafir) diambil dari kata yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Dalam Surah Al-Kafirun ini Allah SWT menegaskan tentang amal ibadat secara Islam dan menolak sebarang cara penyembahan dan amalan syirik. Ia dengan jelas menyatakan tidak ada tolak ansur dan kompromi untuk mencampuradukkan ajaran agama, terutama dalam soal akidah dan ibadah dengan orang-orang kafir. Surah ini telah ditujukan kepada kaum Musyrikin kerana orang kafir tersebut tidak mahu menerima seruan dan petunjuk kebenaran yang dibawakan Nabi Muhammmad SAW kepada mereka.

Penyangkal Kaum Kafir
Pada masa penyebaran Islam di Mekkah, kaum Quraisy yang menentang Rasulullah SAW tidak putus- putus mencari jalan untuk menyekat pengaruh dan ancaman Islam terhadap kepercayaan nenek moyang mereka. Antaranya mereka telah berusaha mengajukan cadangan kompromi kepada Rasulullah SAW dimana mereka menawarkan; jika Rasulullah SAW bersetuju memuja Tuhan mereka, mereka pun akan memuja Tuhan sebagaimana konsep Islam.
Dengan demikian mereka akan bertukar-tukar mempraktikkan ibadat sehingga salah satu daripada cara mereka terbukti benar. Maka, menurut fikiran kaum kafir, jika ajaran Nabi benar, mereka akan memperoleh keuntungan dan mengikuti ajaran Nabi; tapi, jika cara ibadat kaum kafir benar, maka mereka dan kaum muslim akan mendapat keuntungan dari menyembah berhala-berhala. Kemudian surah ini diturunkan untuk menjawab hal itu.

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Ibn Abi Hatim meriwayatkan bahawa orang Quraisy telah mengundang Nabi SAW untuk memberinya harta yang banyak, sehingga Baginda SAW boleh menjadi orang terkaya di Mekkah dan akan mengawinkannya dengan wanita mana saja yang Baginda sukai. Mereka berkata, “Inilah untukmu, wahai Muhammad tetapi (sebagai imbalannya) kamu berhenti menghina tuhan-tuhan kami dan tidak menrendah-rendahkannya. Jika kamu tidak bersedia, maka mari kita bergiliran; kamu menyembah tuhan-tuhan kami selama setahun, lalu setahun berikutnya giliran kami yang menyembah tuhan-mu.”
Maka, Rasulullah SAW menjawab, “Nanti dulu hingga wahyu diturunkan Rabbku kepadaku.”Lalu Allah menurunkan, [Qul Yâ Ayyuhal Kâfirûn] dan juga turun ayat lainnya, iaitu [Qul Afaghairallâhi Ta`murûûni A’budu Ayyuhal Jâhilûn; “Katakanlah, ‘maka apakah kamu menyuruh aku menyembah selain Allah, hai orang-orang yang tidak berpengetahuan.’] -az-Zumar:64
Keutamaan Dan Kelebihan Surah Al-Kafirun
Terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang fadhilat dan faedahnya surat ini, di antaranya:
- Surah ini menyamai 1/4 Al-Quran. Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, nescaya terpelihara dari syirik.
- Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa apa-apa hajat yang dikehendaki. InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat sekalipun.
- Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya.

1. Menyamai Seperempat Al-Qur’an
- Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, “Bukankah kamu hafal (Al Kafirun).?” Orang itu menjawab, “Benar.” Baginda menjawab, “(Ia senilai) seperempat al-Qur’an.” (HR. At-Tarmizi r.a.)
- Rasulullah SAW bersabda: “Surah ‘Qul ya ayyuhal kafirun’, sama dengan seperempat Al-Quran.” (HR. Al Hakim).
- Ubay bin Ka’b berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapayang membaca surah Al-Kafirun, pahalanya seperti membaca seperempat Al-Quran, ia akan dijauhkan dari godaan setan, diselamatkan dari kemusyrikan dan diampuni pada hari kiamat.” (Tafsir Nur Ats-Taqalayn 5/684).
- Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.” (HR. At Tirmizi)

2. Membebaskan Diri Dari Kesyirikan
- Riwayat ath-Thabaraniy dengan sanadnya dari Jibillah bin Haritsah, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu telah ke tempat tidurmu, maka bacalah (Al Kafirun) hingga kamu membacanya sampai akhir, sebab ia membebaskan diri dari kesyirikan.” (al-Mu’jam al-Kabir, jld.II, h.278. Al-Haytsamiy berkata di dalam Majma’ az-Zawa`id, jld.I, h.121, “Para periwayatnya telah dinilai Tsiqah.”
- Dari Farwah bin Naufal, dari ayahnya ra. bahawa Nabi SAW bersabda: “Bacalah surah Al Kafirun, kemudian tidurlah setelah itu, kerana sesungguhnya itu adalah pembebas (pembersih) dari syirik.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban, dan Al Hakim).
- Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca…(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik.” (H.R. al-Tirmidzi)
3. Sunnah Membaca Bersama Surah Al-Ikhlas
Disunnahkan membacanya dalam solat dua raka’at sebelum Tawaf. Hal ini berdasarkan riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya dari Jabir bahwasanya Rasulullah SAW pernah membaca keduanya. Demikian juga, disunnahkan membaca keduanya pada solat sunat Qabliyyah Subuh berdasarkan hadits dari Abu Hurairah dalam Shahîh Muslim.
- Dari Abu Hurairah ra. Berkata, “Rasulullah SAW telah membaca kedua surah ini (Qul ya ayyuhal kafiruun dan Qul huwallahu ahad) dalam solat sunat Fajar.” (HR. Muslim).
- Dari Ibnu Umar dikatakan, “Rasulullah SAW membaca surah al-Ikhlash dan al-Kaafiruun dalam dua rakaat sebelum solat Subuh (solat sunat fajar) dan dua rakaat setelah Mahgrib (Ba’diyyah Maghrib) lebih dari 20 atau 10 kali.” (HR. Ahmad)
- Dari ‘Aisyah r.ha. Bahawa Nabi SAW bersabda, “Kedua surah itu ialah sebaik-baik surah!” (HR. Ahmad, Ibnu Majah).
- Dari Ibnu Masud katanya, “Rasanya tidak dapat saya hitung betapa kerapnya saya mendengar Rasulullah SAW dalam kedua rakaat solat sunat sesudah solat Maghrib dan kedua rakaat sunat sebelum fajar, membaca surah Qul yaa ayyuhal kaafiruun dan Qul huwallaahu ahad.” (HR. Ibnu Majah, Tirmidzi).
- Nabi pernah mendengar seorang sahabat membaca surah pertama (Al-Kafirun) pada raka’at pertama, lalu Baginda bersabda, “Orang ini adalah orang yang beriman kepada Tuhannya.” Seterusnya, ia membaca surah kedua (Al-Ikhlash) pada raka’at kedua, lalu Nabi bersabda, “Orang ini benar-benar mengenal Tuhannya.” (HR. Thahawi, Ibnu Hibban dalam Shahihnya di Hasankan oleh Hafizh dalam kitab Al-A’aliyaat).
- Imam Ja’far Ash-Shadiq berkata: “Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlash dalam solat fardhu, Allah akan mengampuni dosanya dan dosa orang tuanya. Dan ia tidak akan melahirkan anak yang celaka, walaupun semestinya anak itu tergolong pada anak yang celaka, Allah SWT menghapusnya dari lembaran catatan orang-orang yang celaka dan menetapkannya di lembaran catatan orang-orang yang bahagia, menghidupkannya dengan kehidupan yang bahagia, mematikannya sebagai syuhada’, dan membangkitkan (dari kuburnya) seperti orang yang syahid.” (Kitab Tsawabul A’mal, hlm 127).
- Imam Ja’far Ash-Shadiq, dari ayahnya berkata: “Surah Al-Ikhlash adalah sepertiga Al-Qur’an dan surah Al-Kafirun seperempat Al-Qur’an.” (Tafsir Nur Ats-Taqalayn 5/687).
- Dari Ali r.a., “Seekor kala jengking menyengat Rasulullah SAW, Baginda segera meminta air dan garam yang digunakan untuk mengusapnya sambil membaca surah Al-Kafirun, Al-Falaq dan An-Naas.” (HR. Thabrani).
Maka marilah kita sama-sama beramal, memahami dan menghayati surah al-Kafirun yang senilai dengan seperempat al-Quran ini, dimana ia mengandungi pokok akidah, segala perbuatan hati dan larangan menyembah selain Allah SWT supaya kita dapat menjaga akidah kita supaya tidak syirik kepada Allah Ta’ala.
Dalam bab akidah dan tauhid kita langsung tidak boleh berkompromi atau bertolak ansur kerana akidah ini adalah hak Allah SWT yang tidak boleh disekutukan dengan perkara-perkara syirik kepada-Nya.
Ya Allah! Janganlah Dikau pesongkan hati kami sesudah Dikau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu.
Amin…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila Suami Ada Ciri Murni Ini, Pasti Bahagia Dan Beruntunglah Isteri

Membangunkan sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah tentu menjadi tujuan bagi setiap keluarga Islam. Sebuah keluarga diibaratkan sebagai sebuah kapal yang sedang mengharungi lautan, maka suami adalah nakhoda yang mengendalikan kapal tersebut, sedangkan isteri adalah anak kapal yang membantu suami sehingga kapal tetap sejahtera.
Semak tip berikut sama ada anda miliki seorang suami yang mithali menurut Islam. Jika belum miliki ciri ini masih belum terlambat untuk anda membaiki diri menjadi suami yang terpuji.
1. Memiliki iman dan takwa
Seorang suami yang baik menurut Islam ialah mereka yang selalu taat pada Allah. Imannya yang kuat pada sang Pencipta membuatnya tidak pernah lalai menjalankan kewajipannya sebagai seorang Muslim. Bila suami selalu rajin beribadah, segala urusan peribadi mahupun urusan keluarganya akan dimudahkan oleh Allah.
2. Menjadi pemimpin keluarga
Seperti yang sudah disebutkan sebelumnya bahawa suami adalah seorang nahkoda yang memimpin perjalanan mengharungi lautan agar sampai pada tujuan iaitu keluarga yang sakinah, mawadah, dan wa rahmah. Menurut Islam, kelak di akhirat nanti suami akan dimintai pertanggungjawabkan sebagai seorang pemimpin keluarga. Ia seharusnya boleh membahagiakan isteri dan anak-anaknya. Suami juga perlu boleh membuat keputusan-keputusan yang memerhatikan hak dan kewajipan setiap anggota keluarga.
3. Memberikan nafkah yang halal
Seorang suami yang baik wajib memberi nafkah kepada keluarganya dengan cara-cara yang halal termasuk memberikan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang layak. Pemberian nafkah perlu sesuai dengan keperluan, tidak berlebihan dan tidak kekurangan.
4. Memuliakan isteri
Dengan memiliki akhlak mulia, suami akan selalu menjaga hubungan baik dengan orang lain mahupun dengan Allah. Memiliki akhlak mulia juga bererti menghindarkan diri dari perbuatan dan perkataan yang kotor. Suami yang berakhlak mulia akan selalu lembut dan baik kepada isterinya.
5. Menjaga penampilan
Menjaga penampilan bererti tampil rapi, bersih dan wangi. Selain itu, seorang suami yang baik juga perlu berpakaian sesuai syariat Islam. Mengapa demikian? Ini kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Bila suami tampil bersih dan berpakaian kemas, tentu akan memberikan kesempurnaan dalam keluarga. Seperti halnya suami yang menginginkan isteri tampil cantik, begitu pula isteri pun ingin agar suami dapat menjaga penampilannya.
6. Menjaga aib keluarga
Dalam kehidupan sehari-hari, jarang seseorang terjebak oleh keinginan memperkata kekurangan pasangannya. Seorang suami yang baik menurut Islam tidak boleh mengaibkan keluarga. Keluh kesah mengenai hal-hal buruk isteri justeru menjadi petanda kurang baik bagi keharmonian keluarga. Bukankah sejak awal ketika anda memintanya sebagai isteri, anda sudah siap menerimanya dengan segala kelebihan mahupun kekurangannya? Maka bila suatu kali anda tergoda untuk membicarakan kekurangan isteri, ingat lagi komitmen perkawinan anda.
7. Selalu menepati janji
Karakter inilah yang perlu dimiliki oleh seorang suami Islam yang baik. Ia perlu sentiasa boleh memanfaatkan waktu dengan baik dan menepati janjinya kepada siapa pun. Dalam Islam, waktu amatlah berharga sehingga manusia perlu memanfaatkan lima perkara sebelum lima perkara: muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, senggang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati.
8. Membantu isteri melakukan kerja rumah
Masih banyak yang faham bahawa pekerjaan rumah tangga biarlah menjadi urusan isteri semata-mata. Padahal untuk menjaga keharmonian keluarga perlukan kerjasama yang baik antara suami dan isteri. Sebagai bentuk kepedulian anda terhadap isteri, bantulah dia mengerjakan kerjaan rumah ketika anda memiliki kesempatan. Dengan begitu, anda telah menjadi seorang suami yang baik di mata isteri.
9. Mendidik anak-anak dengan baik
Suami juga berperanan dalam mendidik anak-anak. Suami yang baik ialah yang boleh membuat anak-anaknya mencintai ilmu serta mengamalkannya bagi bangsa, negara dan agamanya. Mendidik keluarga dengan ajaran Islam dan mengajak mereka menjalankan perintah Allah akan menjaga mereka dari api neraka.
10. Meluangkan waktu untuk isterinya
Tersenyumlah dan peluklah isteri anda sekerap mungkin. Ungkapkan rasa cinta dan terima kasih anda atas semua yang telah istri anda lakukan. Suami yang baik akan selalu meluangkan waktu untuk bersama dan mendengarkan apa yang menjadi permintaan isterinya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini Sebab Kenapa Wanita Perlu Ada Harta & Simpanan Sendiri Sebelum Kahwin

Tidak dapat dinafikan wanita zaman sekarang ramai yang memiliki kerjaya yang bagus dan hebat. Malah, ada juga yang menerima gaji bulanan lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Keadaan ini membuatkan wanita lebih berdikari dan tidak mengharapkan lelaki dalam hidup mereka.
Namun, berbeza jika anda sudah berkahwin. Jika suami meminta anda untuk berhenti kerja, anda terpaksalah mengikut kata suami. Namun, janganlah berhenti begitu sahaja. Pastikan ada alasan yang kukuh diberikan sebelum anda berhenti. Pastikan anda ada harta dan simpanan sendiri sebelum nekad untuk berhenti kerja.
Seperti perkongsian Azizul Azli Ahmad, kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ini antara sebab kenapa wanita perlu ada harta sebelum menjadi seorang isteri.

WANITA PERLU BERHARTA
Saya galakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tidak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.

- Usahakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.
- Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.
- Jika suami tercinta beri duit nafkah, usahkan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
- Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan sendiri. Tak cerita semua bukan dosa.
- Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.
- Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.
- Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita ke mana.
- Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila-bila masa boleh dijemput pergi dan digoda oleh wanita misteri.

Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.
“Alahhh lelakikan ada?”
Bersedialah hadapi bencana.
Semoga berjaya
Azizul Azli Ahmad
#GadisBestariAdaSimpananSendiri
Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

