Masa Penyediaan: 30 minit, Masa Memasak:20 minit, Jumlah Hidangan:6 orang
Resepi Nasi Daging Air Asam ni sangat terkenal di sebelah utara tanah air. Selalunya dihidangkan di hari perayaan atau kenduri-kendara. Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, haruslah direbus lebih lama dalam anggaran masa 2-3 jam. Kelebihan masak menggunakan daging yang banyak urat ialah rasa daging tu lagi menarik dan sedap, cuma agak leceh nak rebus dalam masa yang lama. Masa dapat dijimatkan jika anda ada pressure cooker.
Bahan-Bahan:
4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
5 cawan air rebusan daging
1 cawan sudu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam
Bahan untuk rebusan daging:
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebih
Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
Bahan untuk air asam:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis
Ads
Cara Penyediaan, cara untuk memasak:
-Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
-Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. -Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
-Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
-Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.
-Cara untuk air asam:
-Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.
Ads
Tips:
Kalau nak dapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang.
Ads
Resepi Oleh: Che' Nom
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cheesekut Tiramisu dessert yang sedap sangat kalau dimakan waktu sejuk. Lapisan biskut yang dicelup dalam bancuhan bancuhan kopi instant, diselang selikan dengan adunan cheese yang lemak berkrim rasanya. Dessert ni pernah viral pada suatu masa dulu, dan Che Nom share cara mudah nak sediakannya. Tak perlu guna oven, tak perlu guna telur dan juga tanpa gelatin.
.
Bahan-Bahan:
250g krim keju
3/4 cawan susu pekat (anggran 1/2 tin)
250g krim putar tenusu
biskut cream cracker
1 pek kopi segera premix
3/4 cawan air panas
serbuk koko
.
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk lapisan adunan cheese:
Lenyekan krim cheese sehingga lembut.
Masukkan susu pekat kemudian adun sampailah pekat sebati.
Dalam mangkuk berasingan, tuang whipping cream dan putar sehingga menjadi kental dan pekat.
Tuang whipping cream dalam adunan creamcheese tadi dan kacau sebati.
Cara-cara untuk melapis cheesekut tiramisu:
Bancuh Nescafe 3 in 1 dengan 3/4 cawan air panas.
Celup biskut dalam bancuhan Nescafe dan susun dalam bekas.
Lapis selang-seli biskut dengan adunan creamcheese.
Sejukkan sekurang-kurangnya 5-6 jam ataupun semalaman.
Bila dah sejuk boleh keluarkan dan hias dengan taburan serbuk koko diatas.
Tips:
Jangan pukul whipping cream terlalu lama, jika tidak ia akan pecah dan cair.
Jangan rendam biskut dalam bancuhan Nescafe terlalu lama, takut nanti lembik.
Untuk kepingan biskut kecil yang nak disusun ditepi-tepi biskut, biskut hendaklah dipatahkan mengunakan pisau agar potongan biskut sekata dan tidak hancur.
Masa Penyediaan: 15 minit, Masa Memasak:5 jam, Jumlah Hidangan:5 orang
Resepi Oleh: Che’ Nom
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tarikh untuk majlis pertunangan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Namun hantaran masih belum digubah.
Usah panik! Tarik nafas dalam-dalam. Sebenarnya hanya dengan sedikit bahan-bahan ringkas serta kreativiti, anda mampu menghasilkan hantaran dengan hasil air tangan sendiri.
Tidak perlu menggunakan bunga segar. Olahan bunga artifisial mampu mencipta gaya hiasan yang tersendiri. Yang penting anda bukan sahaja dapat menghasilkan hantaran yang cantik tetapi juga ‘super jimat.’
Bagi mereka yang ingin membuat sendiri hantaran boleh cuba idea ringkas seperti di bawah.
BAHAN-BAHAN:
Tin bekas makanan
Plastik pembalut
Dawai
Bunga artifisial
Gunting
Lidi
Reben
Pita Pelekat
4 Span (balut sekelilingnya dengan pita pelekat)
Tali Jut
Langkah Demi Langkah:
Ikat dua tin dengan tali Jut dengan kemas. Pastikan ikatan ketat bagi memastikan kedudukan tin tidak berganjak.
2. Letakkan tin di atas pelapik dulang kaca. Susun span di empat penjuru hantaran dan ikat dengan kemas menggunakan dawai.
3. Kemaskan kedudukan span dengan lidi buluh. Ia bagi mengelakkan span bergerak-gerak.
4. Cucuk bunga di atas span dengan kemas. Mulakan dengan bunga rona krim.
5. Seterusnya susun bunga dengan rona terang berselang dengan bunga rona krim tadi. Letakkan di atas dulang hantaran. Nah! hasilnya menjentik pandangan meskipun ringkas.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali berkunjung ke majlis perkahwinan, hadiah buat pengantin menjadi keutamaan. Bermula dari hadiah dan balutan amat ditelitikan apakah yang sesuai khas buat pengantin tambahan pula jika dia merupakan sahabat baik anda.
Sering kali anda membalut hadiah dengan menggunakan pembalut hadiah daripada material kertas yang mempunyai pelbagai corak dan paten. Apa kata kembangkan kreativiti anda dengan gaya yang lebih eksklusif iaitu membalutnya menggunakan fabrik lace dan digandingkan bersama reben satin.
Walaupun ia tidak mudah, anda boleh ikut langkah-langkah berikut untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan.
Bahan-bahannya:
1. Pembalut kertas
2. Fabrik lace
3. Reben
4. Pin
Tip #1:Gunakan kertas warna dan lace yang sama
Tip #2:Gunakan pin supaya lace di melekat dengan sempurna.
Sebagaimana anda bayangkan, pita pelekat tidak melekat pada fabrik lace. Oleh itu gunakan pin untuk melekatkan fabrik lace dengan sempurna sebelum reben belum diikat.
Tip #3: Gunakan reben bersaiz besar untuk tampil kemas dan menarik.
Penggunaan reben sangat membantu agar balutan tampak lebih kemas. Selepas reben diikat kemas, jangan lupa untuk membuang pin yang melekat sebelumnya.
Rona merah jambu dan merah merupakan kombinasi warna yang menarik. Jika anda tidak suka membeli fabrik lace, anda boleh mencari baju lama yang mempunyai lace atau langsir di thrift store selain mendapatkan warna yang sesuai dan saiz yang anda inginkan.