
Isi Kandungan
ToggleSalah satu biskut yang menjadi kegemaran orang ramai ketika Hari Raya adalah chocolate eclairs. Rasa coklatnya memang cukup enak. Lebih-lebih lagi jika anda merupakan pencinta coklat.
Menariknya, resipi ini hanya menggunakan 4 bahan sahaja dan cukup mudah untuk disediakan. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Norasikin Md Noor menerusi grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN).
*****
Chocolate Eclairs
Bahan-bahan:
- Biskut marie/apa-apa biskut
- Kacang tanah
- Susu pekat
- Coklat masakan
- Paper cup
Cara-cara:
- Hancurkan biskut.
- Kacang tanah disangai dan dibuang kulit. Hancurkan dan kisar kering sahaja.
- Masukkan susu pekat.
- Campur semua sampai boleh bulatkan doh.
- Celupkan ke dalam coklat masakan yang dah dicairkan. Masukkan ke dalam paper cup.
- Simpan dalam peti ais sehingga coklat keras.
- Siap!
Korang agak-agak je nak banyak mana. Nak sedap, kacang lebih.
Sumber: Norasikin Md Noor via grup Masak Apa Hari Ni…(MAHN)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Cucur Campak-Campak Lebih Sedap Dan Buat Pasangan Tersenyum

Resepi mudah untuk anda variasikan lagi menu sarapan pagi nanti.

POTATO FRITTERS
3 biji kentang (sagat halus)
4 sdm tpung jagung
3 sdm tpung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Ajinamoto (abaikan jika tdak perlu)
Minyak masak (utk mgoreng)
~ satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tpung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto -> gaul sebati
~panaskan minyak masak….sudukan dan goreng agak2 leper balik2 kan, tunggu sampai masak dan angkat.
Sedap dimakan bersama sos
Cekodok sosej dan isi ketam

Bhn potong…potongannya ikut kesukaan anda…kalau ros suka potong besar2 terasa sikit…
– 5 btg sosej
-7 btg isi ketam
-sebiji bawang besar
2 biji cili merah besar
– kucai/ daun sup..ikutlaaa
Bahan lain
4 cwn tepung gandum
4 cwn air panas ( kalau suka cair sikit tambah jer air biasa) ni saya tambah air biasa sikit
Satu sudu besar pati ayam
Garam secukupnya
Gula satu sudu besar .atau ikutle
Caranya….
Masukkan tepung dan ssemua bhn dlm bekas.. curah air panas…
Gaul dgn sodep kayu..gaul sebati..biarkan sejuk kejap..
Dah sejuk sikit.. gaul sebati dgn tgn.rasakan…goreng dlm minyak yg byk… siap
Kredit Resepi :rosma ros
Cucur ikan bilis

2 cawan tepung gandum
Segengam ikan bilis(cuci pastu tumbuk kasar)
Secubit garam
Kiub pati ayam(Saya guna separuh saja)
Daun bawang@kucai(ikot selera masing2)
Sebiji bawang besar
2 cawan air panas(kena betol2 panas okey)
Cara2
Masukkan semua bahan2 dalam bekas..gaul sebati..masukkan air panas..pastu gaul..gaul pakai senduk ye..jangan guna tangan pulak nnti melecur tak tau haa….bancuhan memang agak melekit sikit..letak minyak masak kat tapak tangan uli bulat2 dan goreng..siap..selamat mencuba..
Cdt irhana canella
Resepi Cucur Telur Sedap
.
Resepi :
.
200gm tpg gndum
25gm mntega
1bj telur
Secubit garam
1/4cwn air
.
Gaul tpg,mntega,telur,garam sebati.masukkn air sdkt2 uli hgga x mlekat d tgn.bhgkn doh kpd 8bj n bulat2kn doh.sapukn mntega n rehatkn doh.
.
Inti
2bj telur
2bj bwg besar dhiris*
2bj cili merah dihiris*
Scukup daun kucai/daun bwg.dpotong*
Sdkt garam
.
Pnskn kuali goreng bhn2 brtnda* tanpa minyak hgga layu masukkn garam n telur kacau hgga masak biar sejuk.
Leperkn doh letak inti n lipat sapu skali lg mntega…ms nk mngoreng tarik n leperkn sdkt doh..dh bleh goreng.
.
Selamat mencuba
.
Resepi Oleh: Raja Zulaida Raja Kamal
Resepi Cucur Bom Manis :

1 peket Yis Mauripan
4 sb gula pasir
Air suam
*kacau laju dalam bekas, untuk aktifkan yis. Biarkan ia berbuih tinggi.
6 cawan tepung gandum.
4 sb susu pekat manis
*Air yis berbuih cantik. Terus campurkan sedikit demi sedikit dalam tepung. Gaul rata sehingga dapat adunan seperti buat cucur.
*tutup bekas. Perap sejam
* kemudian tabur secubit garam halus, kacau rata.
*biarkan sementara panaskan minyak.
*mula mencucur. Goreng api sederhana.
Siap. Bolehlah dihidang dengan sambal tumis atau kuah kari. Selamat mencuba
***************
Tips nak dapatkan sambal tumis sedap :
1. Resepi sambal tumis bilis macam sambal tumis biasa nasi lemak tu. Nak sedap dan nampak gelap & likat letak sedikit gula melaka keping (Nise).
2. Bilisnya digoreng dulu baru digaul dalam sambal yang dah siap.
3. Ditumis dengan minyak yang cukup, dan betul-betul kering baru letak air asam jawa.
4. Lebihkan bawang merah besar masa kisar.
5. Lepas letak air asam jawa letak lagi hirisan bawang merah besar.
Cdt mizah ngatiman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Ogura Pandan , Kurang Manis Tapi Lembut Untuk Dinikmati Seisi Keluarga

Pasti ramai penggemar Kek Ogura Pandan kan, rasanya yang cukup mewah dengan tekstur yang sangat lembut, fluffy dan moist memang buat tak puas makan. Selain sedap dinikmati bersama keluarga, kek jenis ini semakin popular dijadikan sebagai hadiah di dulang hantaran. Jom kita belajar cara menyediakan kek Ogura Pandan ini. Terima kasih Mariana Zainal atas perkongsian resipi.
Bahan A :
5 biji Putih telur – gred A
1/2 cawan Gula castor ( boleh kisar gula pasir)
1 sk Jus lemon – boleh gantikan dengan 1/4 sk cream of tartar
Cara :
Pukul telur sehingga berbuih dan baru masukkan gula dan jus lemon. Putar lagi dalam 10 minit. Ketepikan.
Bahan B :
5 biji Kuning telur – gred A
1 biji Telur
80 ml Santan pekat
1 sb Jus pandan – boleh guna perisa pandan + pewarna hijau
85 gm Tepung kek
1/ 4 cawan Minyak jagung
Secubit garam
Cara :
Satukan semua bahan B dan pukul menggunakan whisk sehingga sebati dan berkrim.
Panaskan ketuhar selama 10 hingga 15minit menggunakan api atas dan bawah. Gris nipis loyang saiz 7 inci, gunakan loyang bersaiz 8 inci pun boleh dan lapik dengan baking paper.
Satukan bahan A dan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Kemudian tuang adunan ke dalam loyang. Ambil satu lagi loyang yang lebih besar, contoh loyang bersaiz 9 inci. Masukkan air panas mendidih 1/4 loyang, kemudian masukkan loyang yang berisi adunan tadi dan bakar selama 35 minit pada suhu 180c.
Selepas itu turunkan suhu kepada 150c dan bakar lagi selama 35 minit.
Selepas siap,rehatkan di atas redai.
Kredit resipi & foto : Mariana Zainal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aiskrim Homemade Dengan Resipi Paling Mudah. Suami Mesti Suka!

Isi Kandungan
TogglePKP ternyata menyerlahkan bakat anda sebagai seorang chef. Mana tidaknya, apa sahaja resipi yang sedang viral di laman sosial pasti akan dicuba. Sebenarnya seronok kan bila dapat masak pelbagai hidangan buat suami dan anak-anak?
Kali ini, kami ingin berkongsi resipi ringkas aiskrim homemade yang mampu menambat hati suami dan anak-anak anda. Jika anda penggemar aiskrim, wajib untuk anda cuba resipi ini. Dah tak perlu beli di kedai, boleh buat sendiri di rumah. Lebih puas hati.
Resipi ini dikongsi oleh Eyta Mazlie menerusi grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN) di Facebook. Jom kita lihat resipinya.
Bahan-bahan:
1 tin susu cair/susu kotak (saya guna susu tepung anak dibancuh dengan setin air masak)
¼ tin susu pekat @ ikut kemanisan
1 penutup esen vanila
1 sb ovallet (saya lebihkan 2 sudu besar)
Cara membuat:
- Mix semua bahan sampai gebu
- Masuk dalam bekas
- Bekukan dalam freezer
Nota:
- Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja bahan-bahan.
- Ini base untuk aiskrim vanila. Kalau suka perisa lain boleh letak apa-apa perisa yang anda suka.
- Untuk aiskrim ni, saya warnakan untuk nampak lebih menarik.
- Saya guna susu Everyday, jadi orang dewasa pun boleh minum. Nak lebih sedap gunakan susu kotak fullcream@lowfat. Tapi PKP ni kita guna bahan apa ada kat dapur saja.
- Sebaiknya buat waktu malam supaya esok boleh terus makan.
Sumber: Eyta Mazlie via Masak Apa Hari Ni… (MAHN)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI