Kahwin bukan sekadar nak elak maksiat. Kahwin bukan sebab kita dah lama kenal dia maka kita pun kahwin dengan dia. Kahwin bukan sebab mak ayah paksa suruh kahwin. Maka kita pun kahwin. Kahwin bukan sebab pakcik makcik asyik sibuk tanya bila nak kahwin? Maka kita pun kahwin. Kahwin is not just about loving each other. Is not about kita nak elak maksiat.

Ketahuilah nikah itu bukan hanya sekadar lafaz sahaja. Tetapi nikah itu adalah tentang janji. Janji yang kamu akan menjaga isteri kamu dengan sebaik yang mungkin. Berjanji akan memberi makan pakai kepada isteri kamu. Memberikan nafkah kepada isteri kamu. Baik nafkah zahir mahupun nafkah batin yang kamu wajib menunaikannya.

Nikah Itu Bukan Sekadar ‘Aku Terima Nikahnya’

Nikah itu juga adalah tentang ‘amanah’. Amanah yang kamu ambil daripada ayah si perempuan yang di saksikan oleh Allah SWT. Perempuan itu adalah amanah daripada Allah untuk kamu bimbing dan pimpin tangan dia ke jalan yang di redhai Allah. Dan pasti kelak nanti kamu akan di persoalkan tentang kepimpinan kamu.

Nikah itu adalah tentang ‘tanggungjawap’. Saat dia mula lalai kau menegurnya dengan penuh belaian kasih, cinta dan sayang. Saat dia mengabaikan perintah Tuhan kau menasihatinya dengan penuh kecintaan. Saat dia ada berbuat kesilapan kau memperbetulkan salah dan silapnya dengan penuh hikmah sekali.

Nikah Itu Bukan Sekadar ‘Aku Terima Nikahnya’

Saat dia jatuh sakit kau rela berjaga malam. Bersengkang mata di malam hari demi untuk menjaga dan memastikannya dia segera sembuh daripada sakit. Saat dia kelaparan kau memberi makan kepadanya sekali pun ketika itu kau juga tersangat lapar.

Kalau kamu yakin diri kamu seorang manusia yang boleh memikul amanah Allah dengan sebaik mungkin. Boleh jaga Amanah Allah itu dengan sepenuh hati maka silakan kamu menikah.

IKLAN

Kalau kamu cukup yakin diri kamu seorang manusia yang bertanggungjawap. Boleh menjalankan tugas sebagai suami/isteri dengan baik sesuai tuntutan agama maka silakan kamu menikah. Tapi kalau nak urus diri sendiri pun masih lagi terumbang ambing maka perbaiki lah diri sebelum nak masuk ke alam perkahwinan.

Saya tidak mampu untuk melistkan segalanya kerana saya sendiri masih belum pernah bernikah. Cubalah kalian bertanya kepada mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Bertanya kepada Mak Ayah kerana mereka sudah melalui ujian demi ujian selama berkahwin.

Buat yang sudah menikah semoga kalian di kurniakan rumah tangga yang Mawaddah, Rahmah wa Sakinah. Juga buat kalian yang masih single semoga cepat bertemu jodoh. Sentiasa berharap hanya pada Allah.

Silakan di share tulisan ini kepada semua orang dengan tekan butang SHARE. Tag adik-beradik dan kawan-kawan kalian yang tidur jadi tak lena. Gila bayang, sampai ada yang malamnya tidur jatuh dari katil sebab nak kahwin sangat.

IKLAN

Kepada yang sudah berkira-kira hari menanti hari bahagia. Saya nak ucapkan selamat pengantin baru. Dan kepada yang masih single selamat menikmati makan percuma. Makan kan bahagia juga.

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Kredit : themuhammadshafri

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI