Acar Ikan Talang Masin ini memang cukup sesuai untuk dijadikan stok simpanan di rumah. Maklumlah kadang kala jika tak sempat masak, inilah alternatif terbaik untuk dihidangkan kepada keluarga. Goreng telur dadar, memang confirm bertambah makan. Malah kalau anda sedang berdiet, menu ini memang tidak sesuai. Silap haribulan terlajak bertambah makan nasi dek kerana keenakan yang berganda.
Bahan :
Seekor ikan talang saiz sederhana ambil bahagian isi sahaja. Rendam sejam sebelum masak. Bilas & sejat. Goreng sehingga garing.
Lobak masin
20 ulas Bawang merah – potong 4 kalau kecil / potong 6 kalau besar bergantung pada kuantiti bahan*
3 ketul halia sebesar 3 inci dipotong mancis*
2 labu Bawang putih – di belah 2 setiap ulas*
*Rendam dengan air kapur makan dan cuka. Sejat, bilas dan goreng supaya acar tahan lama.
2 labu bawang besar dan 6 ulas bawang putih – Kisar halus
Jeruk cili
2 sudu serbuk cili
2 sudu rempah ikan / daging
Ads
Kulit lemon
Bahan lain :
Bahan- bahan lain yang saya guna berdasarkan apa yang ada di rumah
(Bahan-bahan ni boleh tukar ikut apa yang ada di rumah. Boleh masuk buah-buah jeruk pun boleh.)
Kurma merah 10 biji (saya guna kurma merah sebab kurma ini kering jadi tak hancur bila masak)
Goji berry / wolfberry
Buah pala kering
Ads
Antioksidan booster Signature Market dalam segenggam ( Dried Apricot, Dried Cranberry, Dried Wolfberry, Dried Blackcurrant.) (Ini boleh tukar pakai kismis)
Gula melaka seketul + gula merah 2 sudu besar
Satu sudu besar halba + satu sudu besar biji sawi + satu sudu kecil jintan manis ( Ini tumis dengan minyak goreng ikan sebelum masuk pes bawang tadi)
Cara masak :
1. Goreng ikan masin sehingga garing, sejat dan ketepikan.
Ads
2. Goreng lobak masin sehingga garing, sejat dan ketepikan.
3. Goreng bawang merah, bawang putih dan halia sehingga agak garing (jangan terlampau coklat nanti pahit), sejat dan ketepikan.
4. Dengan minyak gorengan tadi, tumis halba, biji sawi dan jintan sebentar (kalau minyak banyak, buang tinggal satu senduk kecil. Nanti masuk bahan bergoreng akan jadi terlampau berminyak).
5. Tuang pes bawang dan masak sehingga wangi dan pekat.
6. Masukkan serbuk cili dan rempah, tumis sehingga pecah minyak atau agak garing (kalau kurang minyak tambah sedikit).
7. Masukkan gula melaka yang sudah diketuk kecil. Kalau masukkan seketul nanti lambat cair. Masukkan gula merah. Garam satu sudu kecil sebab lobak dan ikan sudah masin. Masak sampai pekat kuah.
8. Masuk kulit lemon, kurma, goji berry, antioksidan boost atau kismis dan buah pala. Masuk air sedikit kalau kuah pekat sangat, kalau tidak nanti hangus. Masak lagi sampai nampak kurma yang kecut tadi dah kembang. (Kurma dan goji dibasuh dahulu sebelum guna).
9. Sudah agak pekat, masukkan balik lobak yang di goreng, ikan masin dan bawang-bawang serta halia yang digoreng tadi. Kacau sebatikan bersalut kuah.
10. Akhir sekali masukkan jeruk cili kacau sebatikan.
Resepi ini memang pedas. Jika tidak tahan pedas, dinasihatkan kurangkan serbuk cili atau tak perlu letak langsung serbuk cili dan cili jeruk. Cili jeruk boleh tukar kepada cilia pi segar.
Sumber : Intan Izaida
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah seharian berpuasa, tentunya kita inginkan minuman yang dapat menghilangkan dahaga. Air Soda Laici antara minuman yang cukup menyegarkan. Terasa segar ditekak bila dapat minum terutama ketika cuaca panas.
Jika anda bukan jenis orang yang ‘tabah’ beratur panjang di bazar Ramadan untuk membeli Air Soda Laici, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Nak buat pun tak susah. Hanya dengan beberapa langkah mudah, korang dan boleh nikmati minuman yang ‘super sedap.’
Berikut resipi Air Soda Laici seperti yang dikongsikan oleh Liza Idris
RESIPI AIR SODA LAICI
BAHAN-BAHAN:
1 botol air aiskrim soda
1 tin laici
2 batang serai diketuk
1/2 biji lemon hiris bulat
Asam boi
Daun pudina
CARA MEMBUAT:
1. Satukan asam boi, serai, lemon dan daun pudina dalam mangkuk.
2. Masuk air soda. Nak letak separuh dulu pun boleh.
Memang selalunya kita beli siap-siap makanan ringan seperti nugget untuk dijadikan hidangan simple untuk anak-anak di rumah. Tapi tidak salah sebagai seorang suri rumah anda cuba membuatnya sendiri. Selain dapat mengurangkan bajet bulanan, malah hasilnya juga lebih banyak dan tanpa bahan awet. Ini resepi perkongsian Noor Liyana semoga mampu beri manfaat kepada semua.
Tempura Nugget Homemade..
Asalnye nk buat sausage.. tp xde plastik aiskrim tu, jd terjadi lah nugget ni.. hehe.. lembut, xde lemak atau keraguan sbb totally isi aym bhgian dada yg digunakan.. senang nk buat tp leceh sikit part nk ptg aym kecik2 sbb sy blend guna blender biase je..
bahan2:
1. isi ayam (sy pakai bhgian dada dipotong kecil2) dlm 700gm
2. telur 2 biji
3. bawang putih 5 ulas
4. bawang merah 2 biji (saiz sedang)
5. lada hitam (ditumbuk) ikut suka nk byk mana
6. tepung ubi kayu 3 sudu
7. garam dan perasa (ikut suka)
8. tepung goreng serbaguna (sy guna brand aroma. sdp sbb die ade rse pds2 sikit. brand aji pun sdp.)
9. sedikit butter
cara2 membuat:
1. blend semua bahan (boleh guna food processer jika ada. kalau x, boleh guna blender. tp blend perlahan2 sbb tkut blender rosak.
2. kemudian, adunan dikukus lebih kurang 30 mnt. (sebelum masuk adunan, sy ade sapu butter sikit di loyang supaya nugget cake senang dikeluarkan)
3. kemudian, potong nugget cake mengikut saiz n bentuk yg kite suka.
4. bancuh tepung serbaguna dengan air. jgn pekat sgt n jgn cair sgt supaya nugget tersalut dengan sekata.
5.celupkan nugget dalam tepung serbaguna, n goreng sehingga garing.
kalau nk rasa lebih sihat, boleh juga grill nugget cake tu..
selamat mencuba..
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu biskut yang menjadi kegemaran orang ramai ketika Hari Raya adalah chocolate eclairs. Rasa coklatnya memang cukup enak. Lebih-lebih lagi jika anda merupakan pencinta coklat.
Menariknya, resipi ini hanya menggunakan 4 bahan sahaja dan cukup mudah untuk disediakan. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Norasikin Md Noor menerusi grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN).
*****
Chocolate Eclairs
Bahan-bahan:
Biskut marie/apa-apa biskut
Kacang tanah
Susu pekat
Coklat masakan
Paper cup
Cara-cara:
Hancurkan biskut.
Kacang tanah disangai dan dibuang kulit. Hancurkan dan kisar kering sahaja.
Masukkan susu pekat.
Campur semua sampai boleh bulatkan doh.
Celupkan ke dalam coklat masakan yang dah dicairkan. Masukkan ke dalam paper cup.
Simpan dalam peti ais sehingga coklat keras.
Siap!
Korang agak-agak je nak banyak mana. Nak sedap, kacang lebih.