Jom cuba buat sendiri ikut resepi roti nan Puan Fatihah Hamid ni. Nampak mudah. Memang gebu-gebas hasilnya! Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara nak buat roti nan selengkapnya.
RESEPI ROTI NAN SIMPLE. GEBU SANGAT, BUBUH CHEESE LAGI SEDAP!
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum, hibu guna bakers choice
1 sudu besar gula
1 sudu besar yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver atau boleh guna baking powder
1+1/4 cawan air
3 sudu besar minyak masak / Olive oil (saya campurkan)
CARA-CARA MEMBUAT:
1. ADUN SEMUA BAHAN MENJADI DOH. Mula-mula gaulkan semua bahan dan adunkan sehingga menjadi doh.
Ads
2. REHATKAN DOH 30 MINIT Lepas tu tutup doh dan rehatkan lebih kurang 30 minit. Doh akan naik hingga 2 kali ganda.
3. KELUARKAN ANGIN & CANAI Kemudian, tumbuk doh bagi keluar angin. Dan bulatkan ikut besar mana kita nak roti nan tu. Lepas tu canaikan.
Ads
4. BUBUH CHEESE / GARLIC Masa ni kalau nak bubuh cheese pon boleh. Lepas dah bubuh cheese, bulatkan balik dan canaikan semula. Yang suka perasa garlic pun boleh bubuh bawang putih yang dicincang / ditumbuk, butter dan parsley / daun ketumbar untuk sapuan masa masak nanti.
*Kalau suka roti nan yang kosong, skip langkah ni dan terus masak atas api.
Ads
5. MASAK Saya masak roti yang dah dicanai tadi di atas kuali non-stick pan. Guna api paling kecil dan tutup dengan tudung periuk masa memasak tu.
Agak-agak dah masak, bolehlah angkat.
Siap!
KREDIT : Puan Fatihah Hamid
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak tahu nak masak apa untuk berbuka nanti? Jom kita cuba menu yang ringkas ini tetapi rasanya memang sedap, ayam meraung dengan sos ala Thai.
Resipinya mudah sahaja tetapi rasanya pasti akan buat anda makan bertambah. Resipi ini telah dikongsi oleh Sarina Seman. Jom kita cuba resipi ini!
*****
Malam ni kakak nak kongsikan resipi ni, Ayam Meraung. Berinspirasikan daging bakar Thai, tapi kali ni kakak guna ayam atas permintaan kluster ayam kat rumah ni. Ayam potong 4, kakak guna bahagian peha dan betis, buang tulang.
AYAM MERAUNG
Bahan perapan daging/ayam (perap 3 jam):
Daging (biar ada lemak sikit)/ayam
Akar ketumbar
Bawang putih
Gula perang
Sos ikan
Kicap pekat
Lada sulah/hitam
Minyak
Blend semua, lumur pada daging/ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
Kakak perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.
Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit, bakar dengan api kecil.
Setiap kali berkunjung ke majlis perkahwinan, hadiah buat pengantin menjadi keutamaan. Bermula dari hadiah dan balutan amat ditelitikan apakah yang sesuai khas buat pengantin tambahan pula jika dia merupakan sahabat baik anda.
Sering kali anda membalut hadiah dengan menggunakan pembalut hadiah daripada material kertas yang mempunyai pelbagai corak dan paten. Apa kata kembangkan kreativiti anda dengan gaya yang lebih eksklusif iaitu membalutnya menggunakan fabrik lace dan digandingkan bersama reben satin.
Walaupun ia tidak mudah, anda boleh ikut langkah-langkah berikut untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan.
Bahan-bahannya:
1. Pembalut kertas
2. Fabrik lace
3. Reben
4. Pin
Tip #1:Gunakan kertas warna dan lace yang sama
Tip #2:Gunakan pin supaya lace di melekat dengan sempurna.
Sebagaimana anda bayangkan, pita pelekat tidak melekat pada fabrik lace. Oleh itu gunakan pin untuk melekatkan fabrik lace dengan sempurna sebelum reben belum diikat.
Tip #3: Gunakan reben bersaiz besar untuk tampil kemas dan menarik.
Penggunaan reben sangat membantu agar balutan tampak lebih kemas. Selepas reben diikat kemas, jangan lupa untuk membuang pin yang melekat sebelumnya.
Rona merah jambu dan merah merupakan kombinasi warna yang menarik. Jika anda tidak suka membeli fabrik lace, anda boleh mencari baju lama yang mempunyai lace atau langsir di thrift store selain mendapatkan warna yang sesuai dan saiz yang anda inginkan.
PKP ternyata menyerlahkan bakat anda sebagai seorang chef. Mana tidaknya, apa sahaja resipi yang sedang viral di laman sosial pasti akan dicuba. Sebenarnya seronok kan bila dapat masak pelbagai hidangan buat suami dan anak-anak?
Kali ini, kami ingin berkongsi resipi ringkas aiskrim homemade yang mampu menambat hati suami dan anak-anak anda. Jika anda penggemar aiskrim, wajib untuk anda cuba resipi ini. Dah tak perlu beli di kedai, boleh buat sendiri di rumah. Lebih puas hati.
Resipi ini dikongsi oleh Eyta Mazlie menerusi grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN) di Facebook. Jom kita lihat resipinya.
Bahan-bahan:
1 tin susu cair/susu kotak (saya guna susu tepung anak dibancuh dengan setin air masak)
¼ tin susu pekat @ ikut kemanisan
1 penutup esen vanila
1 sb ovallet (saya lebihkan 2 sudu besar)
Cara membuat:
Mix semua bahan sampai gebu
Masuk dalam bekas
Bekukan dalam freezer
Nota:
Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja bahan-bahan.
Ini base untuk aiskrim vanila. Kalau suka perisa lain boleh letak apa-apa perisa yang anda suka.
Untuk aiskrim ni, saya warnakan untuk nampak lebih menarik.
Saya guna susu Everyday, jadi orang dewasa pun boleh minum. Nak lebih sedap gunakan susu kotak fullcream@lowfat. Tapi PKP ni kita guna bahan apa ada kat dapur saja.
Sebaiknya buat waktu malam supaya esok boleh terus makan.