Acar Ikan Talang Masin ini memang cukup sesuai untuk dijadikan stok simpanan di rumah. Maklumlah kadang kala jika tak sempat masak, inilah alternatif terbaik untuk dihidangkan kepada keluarga. Goreng telur dadar, memang confirm bertambah makan. Malah kalau anda sedang berdiet, menu ini memang tidak sesuai. Silap haribulan terlajak bertambah makan nasi dek kerana keenakan yang berganda.
Bahan :
Seekor ikan talang saiz sederhana ambil bahagian isi sahaja. Rendam sejam sebelum masak. Bilas & sejat. Goreng sehingga garing.
Lobak masin
20 ulas Bawang merah – potong 4 kalau kecil / potong 6 kalau besar bergantung pada kuantiti bahan*
3 ketul halia sebesar 3 inci dipotong mancis*
2 labu Bawang putih – di belah 2 setiap ulas*
*Rendam dengan air kapur makan dan cuka. Sejat, bilas dan goreng supaya acar tahan lama.
2 labu bawang besar dan 6 ulas bawang putih – Kisar halus
Jeruk cili
2 sudu serbuk cili
Ads
2 sudu rempah ikan / daging
Kulit lemon
Bahan lain :
Bahan- bahan lain yang saya guna berdasarkan apa yang ada di rumah
(Bahan-bahan ni boleh tukar ikut apa yang ada di rumah. Boleh masuk buah-buah jeruk pun boleh.)
Kurma merah 10 biji (saya guna kurma merah sebab kurma ini kering jadi tak hancur bila masak)
Goji berry / wolfberry
Ads
Buah pala kering
Antioksidan booster Signature Market dalam segenggam ( Dried Apricot, Dried Cranberry, Dried Wolfberry, Dried Blackcurrant.) (Ini boleh tukar pakai kismis)
Gula melaka seketul + gula merah 2 sudu besar
Satu sudu besar halba + satu sudu besar biji sawi + satu sudu kecil jintan manis ( Ini tumis dengan minyak goreng ikan sebelum masuk pes bawang tadi)
Cara masak :
1. Goreng ikan masin sehingga garing, sejat dan ketepikan.
Ads
2. Goreng lobak masin sehingga garing, sejat dan ketepikan.
3. Goreng bawang merah, bawang putih dan halia sehingga agak garing (jangan terlampau coklat nanti pahit), sejat dan ketepikan.
4. Dengan minyak gorengan tadi, tumis halba, biji sawi dan jintan sebentar (kalau minyak banyak, buang tinggal satu senduk kecil. Nanti masuk bahan bergoreng akan jadi terlampau berminyak).
5. Tuang pes bawang dan masak sehingga wangi dan pekat.
6. Masukkan serbuk cili dan rempah, tumis sehingga pecah minyak atau agak garing (kalau kurang minyak tambah sedikit).
7. Masukkan gula melaka yang sudah diketuk kecil. Kalau masukkan seketul nanti lambat cair. Masukkan gula merah. Garam satu sudu kecil sebab lobak dan ikan sudah masin. Masak sampai pekat kuah.
8. Masuk kulit lemon, kurma, goji berry, antioksidan boost atau kismis dan buah pala. Masuk air sedikit kalau kuah pekat sangat, kalau tidak nanti hangus. Masak lagi sampai nampak kurma yang kecut tadi dah kembang. (Kurma dan goji dibasuh dahulu sebelum guna).
9. Sudah agak pekat, masukkan balik lobak yang di goreng, ikan masin dan bawang-bawang serta halia yang digoreng tadi. Kacau sebatikan bersalut kuah.
10. Akhir sekali masukkan jeruk cili kacau sebatikan.
Resepi ini memang pedas. Jika tidak tahan pedas, dinasihatkan kurangkan serbuk cili atau tak perlu letak langsung serbuk cili dan cili jeruk. Cili jeruk boleh tukar kepada cilia pi segar.
Sumber : Intan Izaida
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman sekarang ramai yang suka guna gajet untuk memasak tetapi tak semua ambil peduli tentang cara bersihkan alatan tersebut, salah satunya air fryer.
Ya, betul kalau ada peralatan memasak canggih, aktiviti memasak akan menjadi jauh lebih mudah dan singkat.
Tip Bersihkan Air Fryer Cara Mudah, Hasilnya Lebih Bersih!
Namun, selepas digunakan sudah semestinya kita perlu mencuci bersih peralatan tersebut sebelum disimpan. Mungkin ada yang beranggapan perkara ini remeh tetapi nak cuci air fryer ni rumit juga ya.
Jadi, apa kata anda ikut step-by-step mudah yang dikongsikan Amanda Tan melalui grup Resepi Air Fryer [Malaysia] ini supaya air fryer sentiasa suci bersih tanpa terjadi apa apa kerosakan pada komponen elektrik.
Hari ini kita kongsikan cara membersihkan Air Fryer kita. Semenjak aktif dalam group ini, saya pun menerima banyak PM untuk menanyakan saya cara saya membersihkan Air Fryer. Hah! kebetulan saya nak membersihkan Air Fryer hari ini lalu terfikir untuk membuat video ini. Harap perkongsian saya memberi serba sedikit manfaat kepada semua!
Peralatan Yang Diperlukan:
Cuka Buatan
Soda Bikarbonat
Span Lembut
Sabun Cuci Pinggan
Kain Bersih
Berus Plastik
Hah, lepas ini senang kerja rumah golongan isteri bila dah dapat tip bersihkan air frayer macam ini. Yang penting bersih daripada kotoran dan pastinya lebih selamat untuk keluarga tersayang. Jangan lupa cuba tip ini, ya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gabungan biskut Oreo dan kek keju sememangnya enak dan menjadi kegemaran ramai. Bagaimana pula jika kita menggunakan biskut Oreo perisa Red Velvet? Pastinya lebih sedap rasanya kan?
Dengan hanya menggunakan 7 bahan, anda mampu menghasilkan Red Velvet Oreo Cheese Cake yang ‘super’ sedap. Resipi ini telah dikongsikan oleh Rozmaliza Omar menerusi Facebook miliknya.
Jom kita cuba. Boleh buat pencuci mulut di Hari Raya nanti.
Orang Selatan terutamanya di Johor tentunya suka telur pindang kan? Telur pindang seringkali menjadi buah tangan setiap kali menjelang majlis perkahwinan. Disebabkan cara membuatnya agak rumit dan memakan masa, ramai yang tidak suka menyediakannya. Namun bagi penggemarnya, cabaran inilah yang membuatkan telur pindang lebih berharga dan terasa kenikmati saat menjamah.
Walaupun banyak resipi yang hanya memerlukan waktu penyediaan sehari, namun proses rebusan menggunakan api kecil selama tiga hari dua malam itulah yang terbaik kerana semua bahan akan mesra dan serasi di dalam telur yang direbus.
Terima kasih Rohanah Tahirin atas perkongsian resipi.
Bahan :
30 biji Telur – basuh bersih
1 sb Ketumbar
1 sb Jintan manis
1 sb Jintan putih
Rempah 4 beradik
2 botol kicap yang kecil / Kicap manis
1 cekak Daun manggis / Kulit manggis
1 cekak Daun mengkudu
1 cekak Daun jambu batu
1 cekak Daun senduduk
1 cekak Daun serai wangi
5 tangkai Daun kari
6 batang Serai
10 biji Bawang merah – belah empat, kulit tak perlu kupas
Sedikit Lengkuas – hiris
5 helai Daun pandan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara :
Masukkan semua daun dan bahan-bahan lain berselang-seli dengan telur. Buat sehingga bahan habis.
Masukkan air sehingga telur tenggelam.
Perasakan dengan garam.
Rebus menggunakan api kecil sehingga tiga hari dua malam supaya semua bahan mesra dan serasi dengan telur.