Bertemu jodoh kali kedua, kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman, Ahad lalu.
Dengan tenang, pereka fesyen terkenal iaitu Datuk Jovian Mandagie mengucapkan tahniah buat bekas isterinya kerana sudah kembali bergelar isteri.
Ads
Menerusi posting di Instagram Story, Jovian memohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri semasa majlis perkahwinan Nina dan Hafiz.
Tambah Jovian, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Nina dan Hafiz.
Ads
Semoga kalian gembira dan bahagia sentiasa. Kita akan makan malam bersama selepas saya balik semula ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
Ads
Sementara itu, di posting yang berlainan, Jovian berkata, perpisahan bukan pengakhiran tetapi permulaan untuk mencari kebahagiaan yang lebih indah. Ujar Jovian, dia dan Nina masih berhubung baik dan saling menghormati antara satu sama lain demi masa depan anak mereka.
Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan masing-masing. Dan berdosa bagi suami jika menahan nafkah kepada orang di bawah tanggungannya. Walau bagaimanapun, nafkah tidaklah bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama kemampuannya. Ada yang kaya dan berkemampuan menyediakan semua keperluan dan ada pula sebaliknya.
Namun apa yang penting, suami memberikan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin dengan memberi keselesaan kepada isteri, bukan kemewahan atau pembaziran yang melampau. Baca perkongsian lelaki bernama Wan Kamarul Wan Salim ini tentang kepentingan nafkah isteri.
Seusai mengemas semua barang yang akan dibawa pulang ke Negeri Kenyalang, tiba-tiba aku didampingi oleh isteri tercinta. Senyum-senyum malu dengan menampakkan wajah yang sedikit gelisah. Aku hanya perhatikan gerak geri dan bersedia mendengar apa jua tutur katanya.
“Abang, ada tak duit seringgit (RM 1)?” soalnya. “Ada. Nak buat apa sayang?” Ku lihatnya makin kelu. Tampak berkaca di ruangan kelopak matanya. Tergagap-gagap apabila suara dilontarkan.
“Abang, sayang faham abang banyak berhabis sebulan dua ni. Membeli tiket ulang alik ke kampung halaman. Lumrah anak rantau. Terkadang melupakan untuk hal diri sendiri. Tapi sayang tiada punya niat lain. Sayang nak bersihkan rezeki abang. Sayang nak selamatkan abang dari murka Allah. Maafkan sayang,” ujarnya perlahan.
“Kalau abang ada seringgit (RM1), abang hadiahkan kepada sayang. Anggaplah ia sebagai nafkah pemberian abang kepada sayang.” Allah, sesungguhnya aku terkedu Ya Allah. Air mataku mula berlinangan. Mungkin kita suami terlupa, atau memang keadaan kita yang mendesak.
Ya Allah, Kau anugerahkan kepadaku seorang wanita yang mulia hatinya. DemiMu Ya Allah, aku akan berusaha tidak akan menyakiti hatinya.
Maafkan saya atas perkongsian ini. Nampak simple. Hanya nafkah. Walaupun isteri kita bekerja. Itu hak mereka. Hakikat yang lebih besar ialah rahmat Allah untuk kita dalam berumah tangga. Moga dengan kita berbuat baik kepada isteri, rahmat Allah akan mencurah-curah dalam hubungan kita. Aamiin.
Dalam rezeki kita, tersimpan hak orang lain. Walau hanya seringgit!
Beruntungnya duhai suami jika kau memiliki isteri yang cukup memahami. Yang tidak pernah meminta lebih daripada apa yang dia tahu suaminya mampu. Hargailah isterimu!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cinta itu buta! Benarkah cinta itu buta? Atau pemilik cinta itu yang buta dalam percintaan? Saat bercinta adalah satu perkara yang teragung dalam kehidupan yang memiliki rasa cinta itu. Siapa yang tidak menginginkan diri ini di sayangi dan di cintai. Pastinya setiap hari berbunga-bunga dengan senyuman tanpa disedari. Ada yang alpa dalam tanggungjawab tatkala asyik diulik rasa cinta yang tiada kesudahannya. Usah membinasakan diri mahupun membuang masa dengan gaya hidup kurang sihat dengan semata-mata mengejar erti cinta.
Cinta adalah satu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada setiap umatnya. Ia juga tidak mengalakkan umatnya hanyut di dalam rasa cinta yang diberikan. Apa yang dikatakan dengan cinta pandangan pertama? Dengan detik pertama pertemuan hati sudah mula berdegup kencang, inilah yang dikatakan dari mata turun kehati. Dalam perasaan sebegini siapa yang pernah alaminya. Pasti indah bukan. Jika saat itu anda telah jatuh cinta pada seseorang dengan hanya senyumannya ataupun gerak gerinya, pastinya usia, raut wajah dan sebagainya tidak menjadi pesoalan saat itu. Perasaan dan nikmat indah itu hanya hadir pada saat anda bertemu dengan si dia.
Tatkala memilih pasangan yang lebih tua ada kelebihannya, pastinya dia adalah orang yang akan lebih bertolak ansur dengan anda yang lebih muda jauh daripadanya, dan dia juga akan lebih menyanyangi kamu dan melayan kerenah anda yang seakan-akan anak kecil itu.
Manakala jika anda memilih pasangan yang lebih muda daripada anda atau seusia anda ia akan menyuntik rasa selesa tatkala bersama kerana anda akan mempunyai idea yang tidak jauh beza dan juga kadang kala anda yang perlu bertolak ansur dengan pasangan anda. Wanita lebih cepat matang berbanding dengan lelaki yang agak lambat matang dalam percaturan kehidupan. Tidak kiralah tua atau muda jika itu sudah menjadi pilihan dan jodoh anda, sayangi pasangan anda dengan sebaik mungkin. Jika saat bercinta segalanya indah dan manis. Bak kata orang ‘kentut pun wangi masa bercinta’, tetapi bila dah berkahwin dan memulakan kehidupan bersama macam-macam perkara yang keluar.
Jika perselisihan faham berlaku di dalam rumah tangga, cuba selesaikan dengan baik. Berbincang adalah satu perkara penting yang pertlu diambil berat oleh semua pasangan. Elakkan perasaan ego yang terlampau di dalam alam berumah tangga ini mengudang kerumitan untuk hidup bersama bersama pasangan. Jadikan sesuatu yang berlaku itu satu hikmah atau pengajaran untuk kita semua matang dan mengenali lebih rapat dengan pasangan masing-masing.
Barulah harmoni rumah tangga dan berkekalan sehingga jannah! Ungkapkan kata-kata manis setiap kali bertentang mata. Hnagatkan suasana seperti mana pernah anda lalui saat bercinta dahulu agar pasangan anda masih kuat melekat pada aura cinta anda.
Kredit Foto: Pinterest
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami memahami, selebriti iaitu Jiggy Masin menyokong dari belakang dan meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Dhabitah Sabri berjaya ke pusingan separuh akhir bagi kategori 3 meter papan anjal di Sukan Olimpik Paris 2024.
Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Stories, Jiggy atau nama penuhnya, Mohamad Aizat Ahmad Nazri, 35, berkongsi kedudukan terkini isterinya itu yang meraih tempat ke-12 daripada 28 peserta dalam saingan awal.
“Alhamdulillah, semi final baby. Jangan lupa semua, teruskan memberi sokongan kepada mereka,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Jiggy menerusi temu bual bersama media mengakui, dia memahami kerjaya isterinya itu apabila terpaksa berjauhan kerana Nur Dhabitah Sabri sering ke luar negara.
Malah, dia turut menerima ‘pesanan’ daripada isterinya agar sentiasa menjaga diri dengan baik sepanjang ketiadaannya.
Sebelum ini, Nur Dhabitah berjaya melangkah ke separuh akhir acara 3 meter papan anjal apabila mengumpul sebanyak 283.65 mata selepas lima terjunan sekaligus melengkapkan peluangnya menjadi 18 penerjun yang berjaya ke separuh akhir.
Pada penyertaan di Olimpik Tokyo lalu, Nur Dhabitah berjaya menamatkan saingan di tempat keempat dengan 326.15 mata, dipisahkan 17.6 mata berbanding pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.
Sekadar info, Jiggy dan Dhabitah sah bergelar suami isteri pada 28 April 2023.
Jiggy sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara, Elly Arifin pada 9 September 2016 namun bercerai pada 30 Januari 2020.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...