
Suami memahami, selebriti iaitu Jiggy Masin menyokong dari belakang dan meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Dhabitah Sabri berjaya ke pusingan separuh akhir bagi kategori 3 meter papan anjal di Sukan Olimpik Paris 2024.
Jiggy Masin Bagi Sokongan Buat Isteri

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Stories, Jiggy atau nama penuhnya, Mohamad Aizat Ahmad Nazri, 35, berkongsi kedudukan terkini isterinya itu yang meraih tempat ke-12 daripada 28 peserta dalam saingan awal.

“Alhamdulillah, semi final baby. Jangan lupa semua, teruskan memberi sokongan kepada mereka,” tulisnya ringkas.
Memahami Kerjaya Dhabitah Sabri

Terdahulu, Jiggy menerusi temu bual bersama media mengakui, dia memahami kerjaya isterinya itu apabila terpaksa berjauhan kerana Nur Dhabitah Sabri sering ke luar negara.
Malah, dia turut menerima ‘pesanan’ daripada isterinya agar sentiasa menjaga diri dengan baik sepanjang ketiadaannya.

Sebelum ini, Nur Dhabitah berjaya melangkah ke separuh akhir acara 3 meter papan anjal apabila mengumpul sebanyak 283.65 mata selepas lima terjunan sekaligus melengkapkan peluangnya menjadi 18 penerjun yang berjaya ke separuh akhir.
Pada penyertaan di Olimpik Tokyo lalu, Nur Dhabitah berjaya menamatkan saingan di tempat keempat dengan 326.15 mata, dipisahkan 17.6 mata berbanding pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.

Sekadar info, Jiggy dan Dhabitah sah bergelar suami isteri pada 28 April 2023.
Jiggy sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara, Elly Arifin pada 9 September 2016 namun bercerai pada 30 Januari 2020.
Kredit gambar: Nur Dhabitah Sabri
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!



“Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan kakak kesayangan saya Siti Norsaida Tarudin bersama pasangannya. Doa adikmu agar bahagia hingga ke Jannah.. aamin ya rabb..”
Dalam perkongsian itu, Saida kelihatan anggun dalam dress kembang berwarna putih manakala suaminya segak mengenakan sut bercorak hitam-putih. Para tetamu dihiburkan dengan persembahan dari anak saudara mereka, Umairah. Majlisnya nampak cukup meriah yang berlangsung di Magica Cheras Hall.
Pernikahan Saida bersama Mohd Nooraizal Rasip pada 12 Disember lalu adalah perkahwinan ketiganya. Menurut Saida, suaminya itu adalah sahabat lama yang sebaya dengan usianya dan berstatus bujang. Saida memilih untuk ‘kunci mulut’ tentang perceraiannya dengan bekas suami ke-2 dan menganggap jodoh mereka tak panjang.


Setelah 9 bulan berstatus janda buat kali ke-2, Saida kini kembali memegang gelaran seorang isteri. Dia percaya jodoh itu ketentuan dan takdir yang sudah tertulis biarpun pintu hatinya hampir tertutup. Saida mengenali hati budi suaminya yang terkini (Nooraizal) selama 5 bulan sebelum mereka mengambil keputusan untuk bernikah.
Tambahan lagi, keikhlasan suaminya itu untuk menerima kehadiran anak-anak telah membuatkan dirinya kembali terbuka hati untuk menerima cinta seorang lelaki selain sikapnya yang matang dan bertanggungjawab. Mohd Nooraizal merupakan pengurus kanan bahagian operasi di salah sebuah syarikat kewangan.
Pasangan secocok ini bernikah dan bersanding pada hari yang sama. Istimewanya lagi, bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 ini bergelar isteri sehari sebelum genap usianya yang ke-45.
Untuk majlis nikah Saida dan suami menyarungkan persalinan rekaan fashion designer terkenal Shanell Harun. Dan disolek cantik oleh makeup artist yang tak asing lagi, Epie Temerloh. Manakala untuk majlis persandingan pula, Saida tampil jelita dalam persalinan dress kembang tajaan Magica Events.
Dikhabarkan juga majlis sebelah suaminya akan diadakan khas buat keluarga terdekat dan sanak saudara.



