Kita sering mendengar, ‘hanya masa yang akan dapat merawat hati luka’, namun berapa lama sebenarnya masa yang diperlukan untuk menghilangkan segala kedukaan? Sebulan, enam bulan atau satu tahun? Tempoh diperlukan seseorang untuk pulih dari hati terluka berbeza mengikut individu. Bagaimanapun, menurut satu kajian yang disiarkan dalam Jurnal Psikologi Positif terbitan syarikat Taylor & Francis dari Amerika Syarikat, 71 peratus daripada 155 individu mengambil masa 11 minggu atau tiga bulan untuk pulih daripada kelukaan hati selepas putus cinta.

Selepas tempoh itu, mereka akan mula dapat melihat sinar baru dan hikmah di sebalik ‘tragedi’ yang berlaku dalam itu. Mereka juga menjadi lebih berwawasan dan semakin dewasa serta matang sejurus bangkit daripada kedukaan.

Normal, Tiga Bulan Untuk Pulih Daripada Kelukaan Hati Selepas Putus Cinta
.

Namun sementara 11 minggu berlalu, apa yang perlu dilakukan untuk membantu diri mengatasi keperitan hati terluka?

Antara cara terbaik memulihkan hati yang terluka adalah menerima hakikat dengan dada lapang dan membiarkan emosi melalui proses kesedihan yang normal, misalnya menangis atau berasa marah secara terkawal sehingga diri berasa lega. Di sini disenaraikan tip yang boleh digunakan bagi merawat kedukaan hati akibat putus cinta, supaya kesedihan dapat dilupakan dan meneruskan hidup dengan gembira.

IKLAN

Normal, Tiga Bulan Untuk Pulih Daripada Kelukaan Hati Selepas Putus Cinta
.

1. Terima kelukaan dengan hati terbuka. Biarkan diri berada dalam kesedihan seketika kerana ia adalah proses normal untuk merawat hati yang sengsara. Jika perlu menangis, biarkan air mata mengalir kerana luahan perasaan secara sendirian atau bersama rakan rapat akan mengurangkan beban perasaan yang ditanggung.

2. Ubah keadaan rumah, susun atur perabot atau apa saja, termasuk membuang semua gambar, surat, hadiah serta nombor pasangan bagi ‘melenyapkan’ kesan pasangan. Ini bagi memberi persekitaran baru sekali gus semangat baru untuk mengejar matlamat baru dalam hidup.

IKLAN

3. Ubah tabiat berfikir misalnya jangan lagi mendengar lagu kegemaran yang mengingatkan anda kepada bekas kekasih. Berhenti menganggap kebahagiaan anda terletak pada bekas pasangan atau berasa hidup sudah tidak bermakna. Sebaliknya lihat hubungan yang gagal sebagai peluang memperbaiki diri dan mengejar impian lebih besar dalam hidup.

4. Memiliki mental positif membantu seseorang pulih daripada kelukaan hati dengan lebih pantas. Senaraikan kekuatan dalam diri anda dalam berhadapan cabaran dalam hidup selama ini dan secara tidak langsung, ia menunjukkan anda seorang yang kuat dan mampu berhadapan apa saja.
Normal, Tiga Bulan Untuk Pulih Daripada Kelukaan Hati Selepas Putus Cinta
.

5. Tidak mudah ‘terjun’ dalam hubungan baru sebaliknya beri masa untuk hati benar-benar pulih supaya diri tidak terus kusut dengan permasalahan cinta. Jauhkan seketika diri anda daripada permainan perasaan dan beri ketenangan kepada hati anda.

IKLAN

6. Lebih menghargai diri dan menanam perasaan sayang kepada diri sendiri. Jangan mengejar cinta tidak kesampaian. Biarkan ia pergi. Jaga maruah dan tidak sesekali membiarkan cinta bersifat duniawi ini menguasai diri hingga tahap merosakkan jiwa dan raga.

7. Percaya apa yang berlaku mempunyai hikmah yang besar dan anda akan bertemu seorang insan lebih baik, lebih sesuai dan membahagiakan. Dalam usaha bertemu cinta baru, jangan terlalu terdesak, sebaliknya terima seadanya situasi yang berlaku.
Normal, Tiga Bulan Untuk Pulih Daripada Kelukaan Hati Selepas Putus Cinta
.

8. Memulakan kehidupan baru tanpa terburu-buru mencari cinta baru. Beri lebih perhatian kepada diri sendiri. Apabila anda lebih menyayangi diri sendiri dan bersikap positif dalam kehidupan, pasti akan ada insan istimewa akan hadir dan menganggap anda istimewa.

9. Percaya dan berserah kepada kuasa Tuhan. Pasangan yang sudah ditakdirkan pasti akan muncul dan menyayangi diri anda seadanya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI