Pakai cermin mata hitam ketika bersanding bukan perbuatan suka-suka. Cuma biasalah, dalam norma masyarakat kita, memakai cermin mata hitam atau sunglasses selalu menyebabkan mempelai dilabel sebagai ‘poyo’. Kenapa?
Tahukah kita, dalam satu kajian yang dilakukan oleh Dr Wilson, Psikologis dari University of London, memakai cermin mata hitam boleh meningkatkan keyakinan diri dan juga keyakinan seksual.
Cermin mata hitam membuatkan seseorang itu berasa dalam kawalan dan dapat melihat lebih banyak daripada merasakan dirinya dilihat.
Ini adalah logik buat seorang mempelai. Bersanding di hadapan orang ramai. Diperhatikan dan dinilai menyebabkan pengantin rasa kurang selesa. Apabila memakai cermin mata hitam, aksesori ini selain memberi gaya, ia membuatkan pengantin lebih tenang dan selesa berada di singgahsana.
Ada orang yang memerlukannya. So don’t judge!
Checklist jawapan lain kalau ada kawan-kawan tanya kenapa pakai cermin mata hitam ketika bersanding:
1. Selain unik dan kreatif berkaca mata hitam, kau hanya nak be yourself. Ok apa! Memanglah tetamu tak nampak mata, tapi senyuman lebar sampai telinga tu confirm diorang tau kau tengah bahagia.
2. Mata sensitif, taknak rosakkan gambar. Ketika beraraklah selalu terjadinya perkara ini. Matahari terlampau terik, jenuh mata terkelip-kelip. Apabila mata lari fokus, mulalah timbul gambar dengan wajah yang pelik-pelik. Tapi kan, this thing selalu happen pada lelaki, kenapa ya?
3. Cermin mata ada daya penarik seksual. Memang sukar diterima alasan ini. Tapi itulah antara perkara yang disebut oleh Dr Wilson dalam kajiannya. Memakainya boleh jadi penarik untuk berlainan jantina.
4. Normal sudah terlalu boring! Jadi kenalah berani untuk nampak berbeza. Mengenakan cermin mata hitam seperti Edisi Istimewa Swarovski dari Bonia akan memberi gaya boldand trendy kepada pengantin. Kaca polarisednya pula dapat kurangkan silau.
5. Sebab ada kat hantaran, so kau guna. Ini pun satu alasan brilliant. Misalnya cermin mata Bonia dengan harga permulaan RM517 dan jaminan satu tahun adalah affordable. Jadi kenapa tidak dijadikan hantaran. Kemudian guna.
Ads
Kalau diikutkan secara logik, Raja Sehari berhak untuk memilih untuk memakai atau tidak cermin mata hitam. Ini adalah hari anda, jadi be bold and different. Cuma time salam orang tua tu, bawa-bawalah buka cermin mata.
Sponsored:
Bonia Exclusive Special Edition Eyewear with Swarovski boleh didapati di seluruh Malaysia. Setiap pembelian bakal mendapat keychain percuma selagi stok masih ada. Maklumat lanjut di FB BONIA EYE WEAR MALAYSIA.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akhiri status duda, pelakon Hafidz Rohsdi sah bergelar suami kepada wanita pilihannya Athira Yuhada.
Majlis pernikahan Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, dengan pasangan berlangsung di Glasshouse Event Space Glenmarie, Shah Alam.
Hafidz Rohsdi Tamatkan Status Duda
Berita ini dimaklumkan sendiri aktor tersebut menerusi Instagramnya dengan kapsyen: “Alhamdulillah” berserta tanda pagar HafidzAthira.
Dengan sekali lafaz, pelakon drama Bisik-Bisik Gelora itu akhirnya memperisterikan Athira yang sebelum ini didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya dengan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Selepas selesai akad, tetamu dilihat bersorak beramai-ramai menunjukkan keterujaan atas pernikahan merpati dua sejoli itu.
Wang Mas Kahwin
Dalam majlis bertemakan serba putih tersebut, Hafidz menyerahkan RM300 kepada pengantin perempuan sebagai mas kahwin.
Sebelum ini, tular kad undangan perkahwinan antara Hafidz dan Athira tanpa mendedahkan butiran lanjut selain memaklumkan tarikh majlis.
Ketika gosip mengenai hubungan mereka, pada Julai lalu Hafidz menegaskan antaranya dengan wanita terbabit sekadar kawan, selain menegaskan mereka tidak mungkin berkahwin dalam masa terdekat.
Bahkan, wanita berkenaan juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafannya rapat dengan Hafidz pada Februari lalu iaitu sebaik Nurul Shuhada mendedahkan keintiman mereka.
Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun mereka bercerai talak satu pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.
Jika anda merupakan peminat K Pop, nama Lee Min-ho sememangnya tidak asing lagi. Aktor Korea tersebut sememangnya menjadi sebutan ramai kerana kekacakannya. Baru-baru ini tular seorang lelaki kelahiran Korea Selatan bernama Lee Min-ho selamat melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya yang berasal dari Indonesia, Puput Norman Desyta, lapor laman berita Suara.com.
Video perkahwinan Min-ho dan Puput menjadi tular di media sosial kerana nama pengantin lelaki itu sama seperti aktor popular Korea Selatan, Lee Min-ho.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Facebook Irvan Julivansyah, Min-ho dipaparkan melafazkan akad nikah dalam bahasa Indonesia dengan sangat fasih dan lancar.
Selain namanya yang serupa dengan aktor popular itu, hantaran perkahwinan Min-ho buat Puput juga menarik perhatian apabila menghadiahkan hantaran mewah berupa satu unit apartmen, sebuah kereta jenama Hyundai dan berlian seberat 15 gram!
Majlis tersebut berlangsung di Desa Kalimanggis Subah dalam wilayah Jawa Tengah. – Age
Sumber: Kosmo.com.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon berasal dari Singapura, Atikah Suhaime, 33, sah bergelar isteri ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada majlis tertutup di sini, kira-kira jam 8.45 malam tadi.
Pasangan itu dinikahkan bapa Atikah, iaitu Mohd Suhaime Mohd Jamali. Lokman menyerahkan mas kahwin bernilai RM300. Namun, wang hantaran dirahsiakan.
Difahamkan, majlis pernikahan itu hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat. Pengantin lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang.
Hubungan cinta Atikah dan Lokman diketahui umum apabila mereka dilihat akrab sejak berkenalan pada 2019.
Untuk rekod, Atikah mengumumkan bertunang dengan Lokman melalui Instagram (IG). Atikah turut memuat naik foto hadir ke kursus perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!