JAKARTA – Kisah cinta seorang pemuda dengan tunangnya menjadi tular di media sosial Indonesia kerana mereka merupakan pengetua dan pelajar sebuah sekolah tahfiz, lapor portal Wolipop baru-baru ini. Lelaki tersebut, M. Fajrul Islam, 26, berkata, kisah cinta mereka bermula sekitar tahun 2019 apabila gambar Dila Santika, 19, menghiasi poster sekolah berkenaan.
“Sudah tentu saya memaparkan sikap profesional ketika berada di sekolah kerana Dila merupakan anak murid saya,” katanya.
Tambah Fajrul, Dila merupakan seorang pelajar yang cemerlang.
Ads
“Kebetulan, saya ada melatih Dila dan membantunya dalam persiapan pertandingan. Jadi, mungkin dari situ timbulnya persefahaman antara kami,” ujarnya.
Ads
Perasaan Fajrul kepada Dila mendapat restu pihak sekolah serta kedua-dua ibu bapa gadis itu. Fajrul lantas memberitahu hasratnya untuk memperisterikan Dila dan mereka terus bertunang.
Ads
“Kami akan berkahwin pada Mei ini sejurus selepas Hari Raya Aidilfitri. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya. – AGENSI
Seorang pengantin lelaki di India meninggal sehari selepas perkahwinannya pada 17 Jun, sementara 30 tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan itu disahkan positif koronavirus. Berita itu telah menimbulkan kebimbangan kepada penduduk kampung kerana semua penduduk di kampung tersebut menghadiri majlis itu.
Pengantin lelaki, yang melangsungkan perkahwinan di wilayah Patna, bekerja di Gurgaon. Pada 15 Jun, dia datang dari Gurgaon dengan kenderaan peribadi dan terus menuju ke tempat perkahwinan di Naubatpur Patna. Berdasarkan kenyataan penduduk kampung, pengantin lelaki tidak sihat tetapi masih meneruskan majlis perkahwinannya. Perarakan perkahwinan tetap diteruskan. pengantin lelaki dan isterinya dihantar pulang ke rumah mereka.
Keesokan harinya, keadaan pengantin lelaki bertambah buruk dan dia dibawa ke pusat kesihatan kerajaan tempatan yang terletak di Paliganj. Kerana keadaannya tidak menunjukkan peningkatan, dia dipindahkan ke Institut Sains Perubatan All India di Patna. Bahkan dia pengsan ketika kenderaan yang membawanya baru tiba di pintu masuk tempat jagaan.
Setelah diberitahu lelaki itu meninggal dunia, keluarganya membawa jenazah lelaki itu ke rumah dan membakarnya tanpa memberitahu pihak kesihatan dan tanpa melakukan beberapa ujian kesihatan sama ada dia terkena virus korona atau tidak.
Sementara itu, beberapa penduduk kampung telah memberi amaran kepada pegawai tempatan dan memberitahu mereka tentang bagaimana pengantin lelaki meninggal dunia selepas hari perkahwinannya. Mereka juga memberitahu pegawai tempatan bahawa pengantin lelaki telah tiba dari Gurgaon, sebuah wilayah di Haryana, salah satu negeri di India yang paling tinggi kes koronavirus.
Jabatan Kesihatan Negeri kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mengumpulkan sampel dari 125 penduduk kampung yang menghadiri majlis perkahwinan itu. Setelah pengumpulan dan pemeriksaan, 15 dari 125 sampel positif Covid-19.
Pada 20 Jun, pihak berkuasa kesihatan negeri mengumpulkan sampel lebih daripada 81 orang dari kawasan yang terjejas. Dari 81 sampel, 16 positif Covid-19.
“Kebanyakan orang yang positif Covid-19 adalah mereka yang menghadiri majlis perkahwinan,” kata Dr. Ramanujam, seorang pegawai kesihatan, kepada media pada hari Rabu (23/6/2020).
Dia menambah bahawa keadaan sedang dipantau dengan teliti. Menurut laporan terbaru dari Jabatan Kesihatan Bihar, India, 55 orang dinyatakan mati dan 8,100 yang lain dijangkiti. Daripada jumlah positif, 5,174 orang adalah pekerja migran yang kembali ke kampung halaman mereka setelah penutupan kebangsaan di India. Kerajaan negeri telah menutup 13,000 pusat karantina yang sebelumnya telah diedarkan ke seluruh negeri.
Biasanya, orang yang datang dari luar negeri mesti dikuarantin secara mandiri di tempat itu kecuali dia mengalami komplikasi serius.
Sumber: Kompas.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi anak seni dan usahawan popular, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, kehidupannya cukup bermakna pada usia 50 tahun yang disambut pada 9 Mac lalu.
Penantian empat tahun menghuni rumah jenis banglo mewah itu selepas menghadapi beberapa masalah termasuk kontraktor pembinaan menghilangkan diri selepas Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta melabur jutaan ringgit akhirnya ternoktah.
“Tak dapat saya gambarkan perasaan menyambut ulang tahun kali ini. Tambah pula dapat masuk rumah baharu. Bukan sekecil anak jumlah saya laburkan untuk rumah ini.
“Kena tipu dengan beberapa kontraktor pembinaan lagi. Kemudian kita diuji dengan pandemik COVID-19, jadi proses pengubahsuaian rumah itu pun tertangguh.
“Tapi kini, saya bersyukur semuanya berakhir. Nak pula, Ramadan dan Syawal bakal disambut umat Islam tak lama lagi. Dapat masuk rumah baharu ini, kira hadiah paling terindah buat saya,” katanya.
Memilih konsep dekorasi klasik Inggeris, memang Che Ta sukakan gaya yang mewah!
“Zain sendiri terkejut dan tak sangka saya nekad mengajak ibunya tinggal bersama. Tak ketinggalan teman rapat saya pun ada yang berperasaan sama.
“Lagipun mak mentua saya tinggal seorang diri selepas cucunya yang juga anak Sasha Saidin berpindah ke luar negara. Jadi saya fikir tak salah ajaknya duduk sekali di rumah baharu.
“Keadaan kesihatannya kebelakangan ini pun tak bagus selepas menjalani pembedahan. Setidak-tidaknya ada yang melihat dan membantunya apabila tinggal sekali,” katanya.
Pengasas bersama empayar perniagaan Inai Che Ta itu berkata Zain pada awal bimbang ibunya menjadi beban.
“Saya tak pernah berfikir begitu terhadap sesiapapun yang berada di bawah tanggungan ini. Saya percaya kadang-kadang Allah beri rezeki kita melalui orang lain.
“Dia pun tak cerewet dan mudah diurus. Di usianya 76 tahun, dia makan apa saja yang dihidangkan. Orang tua makan banyak mana sangat pun. Malah dia enggan menyusahkan saya termasuk pembantu rumah.
“Selama ini, masa tinggal dengan cucunya (anak Sasha Saidin), dia memang sangat kuat dan kental. Dialah yang memandu kereta menghantar cucu ke sekolah, kelas taekwondo dan membeli barangan harian. Tapi sejak kesihatannya terganggu
selepas terjatuh dan pinggulnya retak hingga terpaksa jalani pembedahan, dia seakan lemah,” katanya.
Che Ta juga mengakui ibunya terbuka dan menyambut baik usaha mengajak ibu mentua tinggal bersama.
“Cuma lucunya, apabila ibu dan ibu mentua bersembang masing-masing macam ayam dan itik. Seorang cakap Melayu, seorang lagi berbahasa Inggeris. Saya pun terhibur melihat gelagat mereka,” katanya.
Dalam pada itu, saban tahun menyambut ulang tahun kelahiran, wanita kelahiran Kedah ini tak ketinggalan menganjurkan majlis.
Tahun ini, genap usia 50 tahun, Che Ta menganjurkan sebuah majlis santai bertemakan menuju ke syurga dihadiri keluarga, teman akrab dan pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat di sebuah premis terkemuka di ibu kota.
Malah entri Instagram (IG) miliknya turut dipenuhi dengan sesi fotografi bertema keemasan (old is gold).
“Tak ada apa lagi yang saya nak kejar. Selagi kuat, insya-Allah saya akan berusaha sehabis baik menjadi isteri, ibu dan anak yang baik. Saya takkan putus membahagiakan mereka yang disayangi.
“Jadi wanita ini kena rajin dan bercita-cita tinggi. Saya pun kena ada keutamaan kepada diri sendiri. Saya kena sedikit berkira untuk diri sendiri, jangan penyegan dan terlalu berserah.
“Cuma kawan akrab bimbang saya kuat bekerja dan tak ada masa berehat. Saya pun bukan makin muda dan bergetah. Jadi kenalah jaga kesihatan di usia emas ini,” katanya.
Mengenai kejutan hadiah hari lahir mengerjakan umrah tajaan teman niaganya, Anas Zahrin, Che Ta belum dapat memberikan kata putus bila nak ke Tanah Suci Makkah.
“Awalnya, saya bercadang nak menunaikan umrah sewaktu sambutan ulang tahun kelahiran tahun ini. Tapi tak menjadi kenyataan atas beberapa sebab.
“Mungkin masa terbaik kalau diizinkan, saya nak ajak suami bersama ke sana pada 10 terakhir Ramadan. Harap niat itu dipermudahkan,” katanya yang turut terbabit mengacarakan program masakan, Rasa tak lama lagi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa bulan yang lalu sukarelawan Abang Viva telah melangsungkan perkahwinan. Bagaimanapun perkahwinan tersebut mendapat perhatian warga maya selepas timbulnya kontroversi yang mengatakan bahawa perkahwinannya itu tidak direstui keluarga.
Dimaklumkan bahawa kemelut yang melibatkan ahli keluarga telah selesai selepas melalui proses perbincangan.
Terbaru, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar memuat naik satu hantaran di Facebooknya. Dia memaklumkan akan mengadakan majlis persandingan pada 31 Disember ini.
Menurut apa yang diberitahu oleh Abang Viva dalam hantaran di Facebooknya, majlis persandingan itu akan diadakan secara kecil-kecilan di rumah ibu dan bapanya yang terletak di Alor Gajah, Melaka.
Pada masa sama juga, Abang Viva juga sempat berseloroh kepada para pengikutnya dengan mengatakan bahawa dia sangat mengalu-alukan tajaan untuk majlis resepsinya kerana kekurangan bajet.
Rupa-rupanya gurauan Abang Viva telah disalah ertikan. Ramai yang menganggap Abang Viva benar-benar mengharapkan sponsor untuk majlis perkahwinannya nanti.
Untuk meredakan salah faham terhadap gurauannya itu, Abang Viva telah membuat naik satu hantaran dilaman Facebooknya untuk memperbetulkan keadaan.
Semoga penjelasan yang diberikan oleh Abang Viva ini dapat memperbetulkan salah faham yang telah berlaku.
Berikut antara komen-komen warga maya:
-“La… Sy baca pagi td status tu sy tau dh itu gurauan. Kenape lurus sgt. Tu bukan point dia. Dia cuma nak maklumkan yg dia buat kenduri kecik2lan je. Kesian xpasal2 jd isu…”
– “Ramai pembaris..bergurau sikit pun xboleh😅😅abaikan je,Zaman skrg xpelik kalau yg membangkitkan perkara kecik dan dijadikan isu besar,maka ramai la yg suka perli dan mengaibkan isu yg xseberapa tu,pape pun sy doakan moga dipermudahkan urusan majlis Azwan Omar dan isteri Evanoza D Sini .. Aamiin..”
– “Ujian saat kita dh popular. Apapun bersabar dan betulkan niat. Haters mmg akan ada, sbb x semua org suka dgn apa yg kita buat. Apapun semoga majlis berjalan lancar dan kekal ke Jannah. Aamiin”
– “Abaikan negatif manusia. Biasa lah orang kita. Suka cari silap kita untuk di kecam. Moga majlis berjalan lancar. Rezeki tu luas,innsyaAllah di permudahkn semuanya.”
– “Ada orang faham dan ada orang akan salah faham. Dalam penulisan ni tak sama bila kita cakap berdepan. Bagi kita bergurau, tapi bagi orang yang take it serious akan jadi masalah besar. Sangat sangat perlu untuk jaga penyampaian kita dalam penulisan untuk elak kita sendiri rasa sakit hati bila orang salah faham.”
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...