Masalah berat badan sememangnya menjadi fobia buat semua orang khususnya wanita. Sebut saja apa jua cara untuk kurus, semua buat wanita tergoda ingin mencubanya. Tidak kiralah dengan ubat sapuan, minum dan makan semua mahu dicuba asalkan boleh kurus.

Sebut tentang tip membuang lemak, teringat pada satu petua kurus yang dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai di mana dia sendiri mengolah dan mengamalkan minuman tradisional ini untuk menjaga badan. Mereka yang obsesi nak membuang lemak dan turunkan berat badan, boleh cuba cara yang disarankan ini.

Yang penting, dia menggunakan bahan semula jadi yang mempunyai khasiat tersendiri. Mungkin cara ini dapat memberi peluang untuk anda yang mahu kurus dengan cara yang selamat, mudah dan berkesan.

AIR KURUS VIRAL

Ni la resepi air kurus viral yang jadi igauan kakak kakak kat luar sana. Bila restock jek mesti licin disambar orang. Tak sempat Aisyah nak pelok pelok selfie ngan KMC ni.

Camano laa tak jadi rebutan. Yang dulu pakai baju size XL, lepas minum air kurus viral ni terus pakai baju size M. Yang berat 73 kg, lepas raya boleh pulak berat tinggal 63 kg.

Yang penting, air kurus viral ni kita buat sendiri kat dapur. Guna bebahan dapur jek. Tak de bahan pepelik. Jadi tak de la kita risau nak minum kann.

Jom tengok resepi air kurus viral, kalau bahan dah cukup, malam ni boleh rebus. Untung untung minum 3 hari turun skiloPakej 3 Dalam 1! Guna Bahan Dapur Je, Air Kurus Viral Ini Buat Badan Kurus, Kulit Cantik & Badan Wangi?
.
====================================

Bahan-bahan 

1 liter air
2 batang serai, diketuk
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu

Pakej 3 Dalam 1! Guna Bahan Dapur Je, Air Kurus Viral Ini Buat Badan Kurus, Kulit Cantik & Badan Wangi
Ni la watak watak utama air kurus viral. Kayu manis ceylon tu patahkan 2 tau. Jadi rasa dengan khasiat dia lagi cepat keluar masa rebus.

Cara-cara

1. Rebus kayu manis Ceylon, halia, serai, dan cengkih dengan 1 liter air.

2. Rebus sampai mendidih tau, agak agak 15-20 minit gitu. Pastu tutup api.

Pakej 3 Dalam 1! Guna Bahan Dapur Je, Air Kurus Viral Ini Buat Badan Kurus, Kulit Cantik & Badan Wangi

3. Amik 1/2 gelas air kurus viral.

4. Pastu tambahkan lagi dengan 1/2 air panas. Tapi masa ni Aisyah letak air masak biasa, sebab air kurus viral baru masak.

Pakej 3 Dalam 1! Guna Bahan Dapur Je, Air Kurus Viral Ini Buat Badan Kurus, Kulit Cantik & Badan Wangi

5. Oraitt, pastu perahkan dengan lemon. Satu hiris jek cukup. Jangan korang belasah pakai limau kasturi pulak, khasiat dia tak sama.

6. Last sekali, masukkan 1 sudu besar madu. Pastikan pakai sudu plastik tau. Kalau pakai sudu besi nanti khasiat dia terjejas.

Pakej 3 Dalam 1! Guna Bahan Dapur Je, Air Kurus Viral Ini Buat Badan Kurus, Kulit Cantik & Badan Wangi

7. Tadaaa, kacau rata rata sambil selawat. Pastu niat nak sihat tubuh badan dan KURUS. Minum 30 minit sebelum makan.

Pakej 3 Dalam 1! Guna Bahan Dapur Je, Air Kurus Viral Ini Buat Badan Kurus, Kulit Cantik & Badan Wangi

8. Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Minum waktu suam tau, baru mujarab.

Khasiat

Air ni bukan tuk kuruskan badan jek, tapi kalau amalkan minum hari hari, nanti badan kita KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI sebab bebahan yang kita guna semua best best.

KMC
– boost metabolisme badan
– kurangkan kolestrol
– Kurangkan selera makan
– lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
– lancarkan period dan servis dalaman

Serai
– bantu penghadaman
– buang toksin dalam badan
– kurangkan bau badan
– cantikkan kulit
– kurangkan stress
– cairkan lelemak degil
– anti kanser
– kurangkan kencing manis
– kurangkan jerawat kat muka

Halia
– buang angin dan toksin dalam badan
– pecahkan lemak
– hilangkan bau badan
– lancarkan perjalanan darah, muka berseri kusam

Lemon
– cuci kerak kerak lama dalam usus
– bakar lemak degil
– ada vit c, bagus untuk kulit
– anti kanser
– mengempiskan perut

Cengkih
– boleh mencegah stroke, cegah darah beku
– lancarkan pencernaan
– cantikkan kulit
– wangikan badan

Madu
– melancarkan darah
– tambahkan tenaga
– antioxidant
– mencegah kanser
– pemanis semula jadi

Siapa nak badan KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI. Wajib try resepi ni. Memang bestt sangat.

Korang dah kurus belum?Pakej 3 Dalam 1! Guna Bahan Dapur Je, Air Kurus Viral Ini Buat Badan Kurus, Kulit Cantik & Badan Wangi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI