Kopi merupakan satu minuman yang menjadi kegemaran ramai. Malah, ada individu yang wajib mengambil kopi setiap hari dan ia bukan sekadar minum air untuk menghilangkan dahaga.
Selain daripada rasanya yang sedap, kopi juga kaya dengan khasiat. Antara khasiat kopi adalah memberi tenaga dan meningkatkan fungsi otak, mengelakkan kemurungan, mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok serta membantu membakar lemak.
Zaman sekarang, ramai memilih untuk minum kopi di dalam tin. Tetapi, tahukah anda bahawa kopi di dalam tin mengandungi kandungan gula yang tinggi dan ia bahaya untuk kesihatan anda.
Di laman Facebook Public Health Malaysia, mereka telah berkongsi jumlah kandungan gula bagi beberapa minuman tin yang popular di Malaysia. Jika anda dan pasangan memilih jenama-jenama ini, berhati-hatilah. Janganlah minum selalu ya!
Ads
Adakah anda peminat kopi di dalam tin?
Sila ambil perhatian kepada kandungan GULA yang TINGGI dalam minuman minuman ini.
Berikut merupakan kandungan gula bagi beberapa minuman kopi dalam tin yang popular di Malaysia.
Ads
*kandungan gula bagi setiap 100ml air
✔️ NESCAFE Original 5.7 Latte 6.3 g Tarik kaw 6.3 g Smooth latte 6.3 g White coffee 6.8 g
✔️ WONDA Kopi tarik 9.6 g Premium kopi 4.9 g Extra presso 5.9 g
Ads
✔️ POKKA Premium mocha coffee 7.9 g Milk coffe 7.1 g Capoucino 6.3 g
Buang air kecil sudah adalah salah satu perkara yang wajib dilakukan oleh semua manusia. Tetapi, setiap kali anda pergi membuang air kecil, jangan terus ‘flush’ dulu. Apa kata, ambil sedikit masa yang sekejap saja untuk melihat warna air kencing anda tersebut.
Kenapa? Sebabnya, berdasarkan warna air k3ncing, kita boleh tentukan tahap kesihatan tubuh badan kita! Oleh itu, selepas membuang air kecil, pastikan warna air kencing anda dahulu untuk mengetahui sebab-sebab perubahan warna air k3ncing seperti yang tersenarai ini :
TIADA WARNA ATAU JERNIH
Kalau air kencing anda tidak mempunyai warna iaitu jernih sahaja, ini kerana anda telah minum terlalu banyak air. Memang betul minum banyak air sangat bagus untuk kesihatan tetapi jangan terlebih kadar air pula ya. Jika keadaan sebegini berlaku, anda boleh kurangkan sedikit minum air untuk mendapatkan warna air kencing yang sihat.
WARNA KUNING PUCAT
Inilah warna air kencing yang menjadi penanda aras kesihatan tubuh badan seseorang itu. Minum air dengan cukup dan jangan terlebih kandungan air, kerap pergi ke tandas dan mengamalkan pemakanan yang sihat adalah faktor yang membantu anda untuk mendapatkan air kencing berwarna kuning pucat ini. Ini bermaksud, tubuh badan anda adalah normal dan terhidrat.
WARNA KUNING JERNIH / KUNING TERANG
Air kencing berwarna kuning yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu pucat ini juga adalah penanda aras bahawa tubuh badan anda adalah di tahap yang normal. Salah satu penyebab kepada air kencing berwarna ini adalah kerana anda terdeedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama. Jadi, kurangkan dari terdeedah dengan cahaya matahari untuk mendapatkan warna air kencing yang lebih sihat.
WARNA KUNING PEKAT SEPERTI MADU
Air kencing berwarna kuning pekat ini berada di dalam fasa terakhir tahap ‘normal’ badan seseorang itu. Ini menunjukkan bahawa anda tidak mendapatkan kandungan air yang cukup untuk buah pinggang terus berfungsi. Untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan, minum air dengan lebih banyak dan kerap membuang air kecil. Rutin ini dapat membantu buah pinggang untuk terus mencerna toksin di dalam badan kita.
WARNA COKLAT
Air kencing warna coklat? Tahu atau tidak, jika air kencing anda berwarna ini, anda mungkin mempunyai masalah hati atau ‘severe dehydration’ iaitu dehidrasi terlampau. Untuk mengatasinya pada peringkat awal, pastikan anda minum air dengan secukupnya. Jika keadaan masih berlarutan, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk proses yang seterusnya.
WARNA KEMERAH-MERAHAN
Jika anda banyak makan ubi merah atau ‘blueberries’, jadi mungkin itu adalah sebabnya. Tetapi jika tidak? Ini bermakna terdapat darrah dalam air kencing anda. Mungkin kadang-kadang ada yang terlepas pandang khususnya wanita yang fikir ada kena mengena dengan darrah haid, tetapi tidak seperti apa yang anda sangka. Jika ada darrah dalam air kencing, ini mungkin penyebab kepada masalah buah pinggang, tumor, jangkitan kuman dalam air kencing mahupun masalah prostat.
WARNA OREN
Kadang-kadang ramai yang keliru sama ada air kencing mereka berwarna kuning pekat atau oren kan? Jika air kencing anda berwarna oren, ini boleh juga terjadi di atas faktor pemakanan. Makan terlalu banyak lobak merah juga menjadi penyebab kepada air kencing berwarna sebegini, tetapi dalam masa dua hari air kencing akan kembali normal. Sebab lain ialah, anda mungkin ada masalah dengan hati. Jadi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor supaya masalah ini boleh diselesaikan.
WARNA KEBIRUAN ATAU KEHIJAUAN
Air kencing berwarna biru terjadi di atas faktor pengambilan ubat. Faktor pemakanan juga adalah penyebab kepada air kencing berwarna biru ini. Tengok macam aneh kan? Faktor lain juga adalah mungkin saluran urinari atau air kencing anda telah dijangkiti bakteria dan menyebabkan air kencing menjadi warna biru. Dapatkan nasihat doktor supaya anda sentiasa mendapat rawatan yang sepatutnya.
AIR KENCING BERBUIH
Air kencing berbuih ini dikatakan terjadi kerana buah pinggang menyahkan segala toksin dan protein yang berlebihan di dalam buah pinggang. Air kencing berbuih juga terjadi kerana masalah dalam sistem urinari dimana jangkita kuman pada saluran air kencing telah berlaku. Jadi, perkara ini adalah agak serius dan jangan perlu dipandang remeh.Untuk individu yang tidak hamil, tidak mengalami dehidrasi dan tidak mengambil supplemen tetapi masih mempunyai air kencing berbuih, anda perlu dapatkan nasihat dan rawatan doktor untuk mengelakkan hal yang lebih teruk. Selamat menjalani hidup yang lebih sihat.
Sumber :siraplimau.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malam berinai? Sebenarnya malam berinai ni perlu ke? Tradisi siapa sebenarnya? Rasa tema macam mana yang sesuai? Sekarang memang kebanyakan pengantin akan membuat majlis malam berinai. Bagi yang tertanya-tanya pasal malam berinai ini, Jom baca apa itu malam berinai sebenarnya.
Sebenarnya Malam berinai ini merupakan tradisi perkahwinan Melayu tapi makin dilupakan, kini sudah menjadi trend kembali.Cuma berbeza sedikit dahulu dan kini, zaman dulu malam berinai ini terbahagi kepada dua iaitu berinai kecil dan berinai besar. Malam berinai kecil biasanya diadakan pada waktu petang tiga malam sebelum hari perkahwinan. Biasanya cuma ahli keluarga terdekat sahaja yang hadir waktu majlis tersebut, untuk merias pengantin perempuan. Inai akan dipakaikan pada kedua-dua belah tangan dan kaki pengantin perempuan. Pengantin lelaki juga diletakkan inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja.
Manakala untuk malam berinai besar biasanya diadakan pada malam sebelum hari perkahwinan. Rakan-rakan dan saudara mara dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Masa majlis ini tetamu lelaki akan melemparkan sikit nasi kunyit pada sebelah kiri dan kanan pengantin lelaki. Proses yang sama diulang dengan menggunakan bertih dan tangkai daun wangi dicelup dalam air daun setawar. Di akhiri dengan sedikit pes inai diletakkan di atas daun sirih dan diletakkan pada tapak tangan pengantin lelaki.
Berbeza dengan zaman sekarang pula, sesetengah masyarakat menganggap malam berinai ini satu majlis yang tidak perlu dan satu pembaziran. Maka, hanya yang mampu sahaja yang akan membuat malam berinai. Sesetengah pulak fikir yang malam berinai ni satu majlis wajib dan perlu dilakukan dan ada jugak yang siap buat acara mandi bunga pada majlis malam berinai tu.
Malam berinai ni sebenarnya tidaklah wajib pun sebenarnya, tapi lebih kepada adat. Kalau mampu dan rasa hendak buat, buatlah kahwin buka selalu sekali seumur hidup. Kos perbelanjaan kali ini pun bukanlah murah berbeza dengan zaman lampau. Malam berinai ini, lain tempat lain caranya, lain definisi malam berinai. Tetapi biasanya, waktu malam berinai ini, bakal pengantin akan membuat persalinan beberapa baju mengikut daerah masing-masing, tetapi kini sepasang baju sahaja di pakai. Sebenarnya Majlis Malam Berinai ini dibuat secara berperingkat.
1) Berinai curi – Diadakan tiga malam sebelum hari berlangsung majlis untuk saudara mara terdekat sahaja.
2) Berinai kecil – Diadakan dua malam sebelum hari berlangsung majlis untuk saudara mara, jiran tertangga dan sahabat handai sahaja.
3) Berinai besar – Yang ni diadakan satu malam sebelum hari berlangsung majlis atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan,macam yang orang sekarang buat.
Kesimpulannya Majlis Malam Berinai ini tidak juga penting tapi lebih kepada adat. Ikut bajet masing-masing sebenarnya. Biar bersederhana asalkan gembira dan meriah sewaktu majlis berinai anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...