Apa maksud sebenar mommy’s boy@anak emak? Adakah ia membawa maksud yang baik kerana semua sudah sedia maklum bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu, ataupun ia banyak mengundang keburukan terhadap hidup seseorang yang digelar anak emak?

Dalam kehidupan ini, setiap kelakuan seharusnya seimbang agar segalanya berjalan dengan lancar. Jika terlebih dan terkurang maka pasti wujudnya ketidak seimbangan dalam situasi ini. Perlakuan lelaki yang terlampau manja dengan emak sedikit sebanyak mampu mengundang maslah kepada pasangan jika tidak ditangani dengan seadilnya.

Menantu bermasam muka dengan mertua, penceraian, tidak puas hati, rungutan dan pelbagai lagi isu berbangkit pasti muncul sekiranya lelaki tersebut merupakan anak emak. Jika lelaki tersebut memiliki pasangan yang memahami, baguslah. Bagaimana pula jika pasangan itu jenis yang tidak mahu mengalah dengan mertua? Parah bukan?! Mari kita selidik ciri-ciri anak emak, baik dan buruknya bergelar anak emak dan pendapat awam mengenai hal ini.

Pasangan Hati ‘Anak Emak’? Senang Nak Handle Atau Selalu Kena Mengalah

IKLAN

Definisi Anak Emak : Anak yang terlalu manja dengan ibunya. Dalam apa sahaja tindakan pasti emak menjadi rujukan walaupun umur sudah melangkaui tahap dewasa dan matang.

Pasangan Hati ‘Anak Emak’? Senang Nak Handle Atau Selalu Kena Mengalah

Ciri-ciri Anak Emak: 

IKLAN
  • Manja
  • Setiap masa ibu memantau pergerakannya walaupun sudah dewasa
  • Keputusan dalam setiap perkara dirujuk kepada ibu dahulu
  • Sesetengah dari mereka kurang berusaha kerana kerap dibantu
  • Mengutamakan pendapat ibu sendiri dari pasangan
  • Dari segi ekonomi, kadang kala tidak banyak berusaha kerana masih ditampung oleh ibu
  • Kurang tokoh menjadi pemimpin kerana sering bergantung kepada ibu

 

Kebaikan Anak Emak:

IKLAN
  • Sentiasa diberi perhatian
  • Mendapat layanan terbaik dalam keluarga
  • Sesetengahnya mewah dari segi ekonomi kerana sering dibantu oleh ibu
  • Hati dan perasaannya terjaga dari diusik oleh ahli keluarga yang lain kerana sering dibackup oleh ibunya.

Pasangan Hati ‘Anak Emak’? Senang Nak Handle Atau Selalu Kena Mengalah

Keburukan Anak Emak:

  • Kurang berkawan/ sering diejek oleh rakan-rakan yang menyedari perlakuan ini
  • Tidak suka berusaha dan hanya meminta di sokong dalam segala hal.
  • Mudah putus asa
  • Ada kalanya, individu ini tidak mampu menjalani kehidupan secara sendirian
  • Sering berselisihan pendapat dengan pasangan kerana mendahulukan ibu dalam segala hal.
  • Sentiasa tersepit dan berada dalam dilema untuk mendahulukan ibu sendiri atau pasangan.
  • Setiap masa kehidupannya berhadapan dengan masalah.
  • Sebagai seorang suami, lelaki sebegini tidak dapat mengimbangi tanggungjawabnya dengan ibu dan isterinya. Malah dia tidak memahami tanggungjawab sebagai suami.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI