Meniti alam perkahwinan di usia yang muda mungkin banyak cabarannya. Tambahan lagi, status sebagai pelajar yang menjadi kekangan dalam membahagikan masa dalam pelajaran. Menurut pasangan ini, Halimah Mohd Nasarruddin, 29 dan Fauzan Sabri, 29, sifat sabar serta tolak ansur haruslah dipegang dan dijadikan prinsip hidup agar perkahwinan yang dibina di usia muda sentiasa utuh dan kekal bahagia.

Pasangan Ini Buktikan, Cinta Zaman Sekolah Tidak Halang Mereka Berjaya Sehingga Sama-Sama Bergelar Doktor!

  1. Bagaimanakah anda dan pasangan mula berkenalan dan ceritakan detik pertemuan buat pertama kali?

Kami mula berkenalan semasa berada di tingkatan lima di Sekolah Menengah Seksyen 18, Shah Alam dan waktu itu dia suka kawan baik saya, saya hanyalah perantaraan antara mereka. Namun lama kelamaan, hubungan kami menjadi semakin akrab dari kawan menjadi kawan baik dan akhirnya rapat.

  1. Berapa lama tempoh percintaan sebelum mengambil keputusan untuk terus berkahwin. Apakah yang membuatkan anda bertindak dengan keputusan sedemikian?

Kami mengenali hati budi masing-masing dan mengambil masa kira-kira lapan tahun sebelum mengambil keputusan untuk ke peringkat seterusnya iaitu dari kami SPM hingga habis Dental School. Oleh kerana selepas belajar kami bakal dihantar di tempat yang berasingan, kami mengambil keputusan untuk berkahwin supaya dapat diletakkan di satu kawasan yang berdekatan atau sama.

IKLAN
  1. Bagaimanakah lamaran dibuat? Terangkan momen tersebut.

Saya dan Fauzan seorang yang simple dalam segala benda dan kami tidak ada cara istimewa dalam membuat lamaran. Cuma berbincang tentang masa depan kami dan dari situ kami membuat keputusan untuk berkahwin.

  1. Bagaimanakah respon keluarga mengenai isu ini?

Ibu dan ayah mana tidak bimbang bila anak bercinta sewaktu zaman belajar kerana takut bakal menjejaskan pelajaran. Tapi alhamdulillah kami buktikan pada mereka yang kami tidak mensia-siakan pelajaran waktu itu sehingga kami sama-sama berjaya memasuki Dental School.

  1. Apakah perasaan anda sebagai suami isteri selepas berkahwin setelah bercinta sekian lama?

Alhamdulillah, tiada perkara yang manis yang boleh digambarkan kerana akhirnya perkenalan kami tidak sia-sia. Bercinta dengan lelaki yang sama dan akhirnya menjadi suami itu ialah antara perkara yang diimpikan setiap insan bercinta.

IKLAN
  1. Apakah keistimewaan yang ada pada pasangan anda sehingga menyebabkan anda mengambil keputusan untuk hidup bersama?

Fauzan bukan sahaja suami tetapi dia juga sahabat yang sentiasa ada di masa saya jatuh dan bangun. Dia juga mempunyai kesabaran yang tinggi. Sifat rajin dan bertanggung jawab yang ada di dalam dirinya juga membuatkan dia istimewa buat saya.

  1. Kongsikan kenangan pahit dan manis sepanjang percintaan.

Lumrah pasangan bercinta, bila sedang bahagia, mesti ada dugaan yang menduga. Pernah juga ada yang cuba mengganggu hubungan kami. Dan mungkin kerana itu juga yang membuatkan hubungan ini menjadi lebih kuat dan akhirnya ke jinjang pelamin.

IKLAN
  1. Apakah pendapat dan pandangan anda mengenai isu cinta zaman sekolah?

Bagi saya tiada isu jika kita pandai seimbangkan antara cinta dan pelajaran. Tidak salah untuk bercinta tetapi harus ingat batas pergaulan dan perlu mempunyai hala tujunya. Pasangan terbabit perlu sedar tentang tanggungjawab mereka kepada agama dan keluarga. ‘Tepuk dada tanya selera’, itulah yang perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar kini agar setiap gerak-geri mereka tidak menimbulkan tanggapan yang kurang enak di mata masyarakat.

  1. Apakah nasihat anda buat mereka yang bercinta semasa zaman sekolah?

Jika mampu untuk terus fikus pada pelajaran,maka fokuslah. Jika mahu juga bercinta, maka jangan sampai pelajaran tergadai. Zaman sekarang pelajaran adalah sangat penting untuk menentukan masa depan kita. Future starts from young. Jgn lalai kerana bercinta. Dalam cerita kami, kami belajar sama-sama, i teach him addmath, he teach me biology. Yang baik mungkin kita oleh ambil namun yang  buruk, kita tinggalkan.

  1. Ucapan anda buat suami tersayang

Terima kasih kerana menjadi sahabat dan lelaki yang terbaik untuk saya. Moga ikatan rasa cinta yang dibina berkekan hingga ke syurga, inshaAllah.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI