Kita sering mendengar perkataan nusyuz yang sering dikaitkan dengan perangai isteri. Wanita terutamanya isteri sangat takut kepada perkataan nusyuz kerana memperlihatkan perangai buruk yang menyebabkan dia diceraikan.
Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian. Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif sehingga meninggi suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.
Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan sebagai derhaka. Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah dia bertaubat.
Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku’, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi menjawab: ‘Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Setiap pasangan yang berkahwin akan mengimpikan rumah tangga yang bahagia dan harmoni. Ikatan suci yang terbina seharusnya dipelihara dengan sebaik yang mungkin supaya dilimpahi rahmat Allah serta kasih sayang akan terjalin antara suami isteri tersebut.
Apabila terbitnya ikatan perkahwinan ini, maka akan terbitlah juga satu bentuk hubungan yang perlu dijaga oleh setiap pasangan lebih-lebih lagi isteri. Jika isteri tidak menjaga hubungannya dengan suami, dia akan keluar daripada mentaati suaminya atau nusyuz.
Perkara-perkara Mengakibatkan Isteri nusyuz:
1. Keluar dari rumah tanpa keizinan suami
Apabila isteri ingin keluar dari rumah sama ada hendak keluar bekerja atau ke mana-mana sahaja, hendaklah meminta izin daripada suami. Namun, beberapa hal yang boleh dikecualikan seperti isteri pergi bertemu dengan pegawai agama untuk menuntut hak, dan isteri pergi mencari nafkah apabila suami tidak mampu mencari nafkah untuknya. Selain itu, jika isteri meminta keizinan suaminya untuk bertemu dengan kedua-dua ibu bapanya atau menziarahi jenazah ibu atau bapanya, suami juga berhak untuk tidak mengizinkannya. Namun, dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik jika suami mengizinkannya.
Ads
2. Enggan mengikut suami berpindah
Jika suami telah ditugaskan ke tempat lain dan memaksanya untuk berpindah, maka isteri juga wajib mengikutinya. Jika isteri gagal berbuat demikian, maka akan jatuh nusyuz padanya. Namun, isteri boleh untuk tidak mengikut suami jika isteri mengalami keuzuran, sakit, negeri yang bakal dituju itu tidak aman, ataupun dilanda wabak penyakit seperti taun.
3. Tidak membuka pintu untuk suami
Isteri boleh dianggap nusyuz jika tidak membuka pintu untuk suami masuk ke dalam rumah atau dalam bilik dengan tujuan untuk melarang suami masuk.
4. Tidak menyerahkan diri pada suami
Walaupun maksudnya remeh, namun ia berdosa besar. Jika seorang isteri tanpa sebarang kesakitan atau keluar haid ketika suami berhajat dengannya, sangat berdosa isteri tersebut kerana telah menolak keinginan suaminya. Seperti hadis riwayat al-bukhari yang bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.”
5. Tidak mengendahkan panggilan suami
Walaupun sibuk menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak, namun apabila suami memanggil isteri, isteri hendaklah segera mendapatkan suami dan bukan mengendahkannya. Suami menjadi keutamaan isteri walaupun sibuk bekerja.
Ads
Wahai bakal isteri… Tahukah anda?
Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayaninya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.
Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga anak atau suami yang sedang sakit, maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, allah akan memandangnya dengan penuh rahmat.
Ads
Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantai baitullah.
Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas manakala jika disuruh, akan mendapat tujuh ketul perak.
Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.
Kemudian, bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya dengan cepat, dan taat kepada suami, allah akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintu mana yang disukai.
Apabila isteri menjemur baju, maka matahari akan mendoakan keampunannya.
Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan akan menjadi ketua bidadari.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedap mata memandang pelakon wanita, Shera Aiyob dengan penampilan terkini yang kelihatan menutup aurat dan bertubuh kecil molek, maintain seperti awal perkahwinan.
Digali tentang tip rumah tangga, menurut Shera, sepanjang berkahwin dia tidak pernah menyuruh suaminya yang juga pelakon, Zahiril Adzim melakukan kerja rumah yang bukan kepakarannya.
Shera Aiyob Kongsi Tip Rumah Tangga
Namun, menurut Shera, Zahiril sering membantu dirinya dalam urusan menggosok baju di rumah.
“Aku tak pernah paksa dia (Zahiril) masak sebab aku tak nak makan maggi hari-hari. Hehe Tapi bab iron baju ni bila aku minta tolong, jarang lah dia tak buat.,”
Shera turut menambah bahawa jika ingin bahagia dalam rumah tangga, haruslah mencari kelebihan yang ada pada pasangan masing-masing.
“Bersyukur dan hargai pasangan kita. Kalau nak happy dan tak sakit hati, kita cari kelebihan dia. Yang mana kurang, kita sama-sama baiki. Ecehhh!”
Peminat dan pengikut yang mengikuti entri berkenaan rata-rata memuji dan bersetuju dengan tip yang diberikan Shera itu.
Kena Cyst Dan Semakin Pulih
Buat pengetahuan anda, baru-baru ini Shera Aiyob ada menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sista atau cyst sebesar 8 sentimete di sebuah hospital.
Berkongsi lanjut keadaan kesihatannya, isteri kepada Zahiril Adzim itu mula mengesan cyst sejak November tahun lepas.
Namun alhamdulillah, kesihatannya kembali pulih dan semakin sihat.
Untuk rekod, pasangan bahagia itu yang berkahwin pada 20 November 2011 yang lalu telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Nadi Anaqi.
Kalau nak rumah tangga anak menantu aman bahagia, jangan cari salah menantu. Cuba terima kekurangan dan kalau ada salah, duduk berdua bercincang dengan elok.
Nampak Kekurangan Menantu
Ada pasangan muda yang duduk bersama mentua. Mungkin untuk tempoh awal perkahwinan tidak menjadi masalah. Elok juga mentua memberi petua bagaimana nak menjaga anaknya. Tapi apabila sudah terlalu lama, maka akan berisiko untuk timbul hal-hal lain.
Ada mentua yang seperti juruaudit yang selalu membuat pemeriksaan mengejut cara menantu menguruskan anak dan cucunya. Memang niatnya tulus suci mahukan yang terbaik. Tetapi terus-terang cakap, siapa yang suka setiap hari diaudit?
Lebih mencabar apabila suami pula terpaksa menyebelahi ibunya. Oleh itu, elok jika disebut begini. Cukuplah sekadar enam bulan dan selepas itu berdirilah di atas kaki sendiri. Betul, banyak faktor penjimatan tetapi jangan lupa cabarannya juga besar.
Ini sebab lain timbulnya konflik:
Cemburu
Tanpa mengikut urutan keutamaan, saya melihat faktor cemburu kepada rakan pasangan, sering menjadi isu perbalahan antara suami dan isteri. Suami cemburu kepada rakan isteri dan isteri pula sakit mata dengan rakan suami.
Mengikut satu kajian, konflik yang berpunca daripada rakan pasangan merangkumi 7% pada pihak suami dan 8% pada pihak isteri.
Suka atau tidak suka, media sosial memang menyumbang kepada perkara ini. Bekas kekasih lama bertemu semula. Mungkin tidak secara berdepan dan sekadar dalam laman sosial tetapi sudah cukup menggetarkan hati pasangan.
Walaupun masing-masing menyedari status yang sudah berubah tetapi itu memang kerap menjadi penguji tegar kepada keyakinan pasangan sendiri. Oleh itu, pilihan keutamaan ada di tangan anda.
Hubungan Intim
Bertengkar tentang hal dalam bilik tidur juga kerap menjadi isu. Ada isu pasal terlebih dan ada juga isu terkurang. Isu begini jarang berlaku pada pasangan muda tetapi lebih kerap berlaku pada pasangan yang boleh dianggap sudah berpengalaman lima hingga 10 tahun perkahwinan.
Perubahan hormon, kekuatan fizikal dan ayunan emosi yang berbeza menjadikan aktiviti di bilik tidur tidak seringkas seperti waktu berbulan madu dahulu. Waktu itu pantang tersentuh terus ‘menjadi’, tetapi sekarang tidak lagi begitu. Lelaki perlukan layanan fizikal tetapi isteri mahukan lebih perhatian emosi. Memang berlaga!
Isteri Lebih Berduit
Masa bercinta semua nampak cantik dan elok. Setelah habis tempoh bulan madu barulah dunia sebenar rumah tangga bermula.
Cinta memang indah tetapi komitmen dalam rumah tangga itu perlu dibuktikan.
Hari ini ramai pasangan yang isterinya mempunyai pendapatan jauh lebih tinggi daripada suami. Ini adalah asid pekat yang pasti menguji kesabaran dan keikhlasan anda.
Tidak salah anda ikhlas membayar lebih kos pengurusan rumah tangga tetapi anda perlu lebih kebijaksanaan untuk berbincang tentang hal tanggungjawab suami. Suka atau tidak realiti ramai pasangan muda hari ini bercerai kerana faktor komitmen kewangan ini.
Cara Didik Anak Berbeza
Jangan lupa yang terakhir ialah faktor cara mendidik anak-anak terutama apabila kedua-dua suami isteri berpendidikan tinggi. Ada pertengkaran disebabkan kelakuan anak-anak yang dianggap berpunca daripada sikap atau cara didikan sama ada si suami atau isteri di rumah. Suami salahkan isteri dan isteri menunding jari kepada suami kerana tidak peduli pasal anak-anak.
Keadaan menjadi lebih runcing apabila pasangan itu dikurniakan anak istimewa. Percayalah, hanya pasangan yang ada anak istimewa sahaja yang tahu betapa hebat cabarannya. Berat mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Masalah besar timbul apabila hanya ada satu bahu sahaja yang memikul dan yang satu lagi berlepas tangan. Oleh itu bersedialah!
Wahai wanita andai rasa diri lemah, rendah diri , tidak berkeyakinan bacalah perkongsian oleh Ustazah Siti Khadijah. Moga dirimu wanita rasa bangga sentiasa dan tidak pernah rasa lelah dengan dugaan yang mendatang.
Wahai wanita,
Sekiranya engkau terlambat menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Khadijah radiallahuanha, yang sentiasa bersabar hingga mendapat suami terbaik di muka bumi pada ketika usianya 40.
Wahai wanita,
Sekiranya engkau tidak menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Maryam, yang sentiasa gigih berjuang, hingga Allah mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat.
Wahai wanita,
Sekiranya engkau memiliki suami yang buruk perangainya, maka ingatlah kisah Saidatina Asiah isteri Firaun, yang tetap tabah memegang iman, hingga Allah janjikan kepadanya istana di syurga.
Wahai wanita,
Sekiranya engkau dimadu, tidak memiliki keturunan atau menjadi janda, maka ingatlah bahawa Saidatina Aisyah radiallahuanha telah mengalami itu semua, namun Allah tetap menguatkannya, menolongnya dan memuliakannya.
Wahai wanita,
Sekiranya engkau telah diceraikan suamimu, maka ingatlah firman Allah, “Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurniaanNya, dan adalah Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Bijaksana.”
Wahai wanita,
Sekiranya engkau adalah seorang ibu, maka syurga anak-anakmu berada di telapak kakimu dan seiranya engkau adalah seorang anak, maka engkau dapat menjadi pelindung kedua orang tuamu dari api neraka dan sekiranya engkau adalah seorang isteri, maka engkau adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki oleh suamimu.
Wahai wanita,
Dengarlah agamamu, yang telah bercerita kepadamu dengan sebaik-baik cerita untuk bekalan hidupmu.
Wahai wanita,
Dengarlah agamamu, yang telah memuliakanmu, menghargaimu dan mengangkatmu maka ikutilah segala jalan, yang telah ditunjukkan oleh agamamu.
Hanya Allah Maha Mengetahui
Perkara Yang Benar.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...