Walaupun perit untuk memaafkannya dan melupakan setiap luka dalam hati anda disebabkan episod hitam ini, anda sendiri mungkin masih tertanya, patutkah anda memberikan peluang kedua kepadanya? Setelah luka sembuh dan anda mampu memaafkannya, patutkah cinta disemai kembali? Tiada siapa yang dapat memberikan jawapannya melainkan diri anda sendiri. Hanya anda yang tahu apa yang anda telah lalui dan apa yang anda sanggup untuk lalui dan perjuangkan selepas ini. Peluang Kedua Untuk Si Pelaku Curang? Hidup Bersendirian Atau Berdua Bukanlah Ukuran Kebahagiaan

Dalam menimbang keputusan yang berat ini, berikut adalah lima sebab anda TIDAK patut memberikan peluang kedua kepada pasangan yang curang:

Kecurangan berlaku dengan bekas kekasih
Hubungan tersebut serius dan berlaku dalam tempoh masa yang lama
Pasangan anda tidak menunjukkan penyesalan atau tidak meminta maaf
Kecurangan tersebut berlaku seawal hubungan anda dan pasangan
Kecurangan tersebut berulang atau merupakan tingkah laku kerap pasangan
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memberi pasangan anda peluang kedua, berikut adalah beberapa soalan penting untuk anda tanyakan kepada diri sendiri:

Adakah ini kali pertama pasangan anda berlaku curang?
Adakah pasangan anda memahami kekecewaan yang anda alami?
Adakah pasangan anda mengenal pasti kecurangan tersebut sebagai masalah?
Adakah pasangan anda menerima kesalahannya kerana tidak setia?
Walau apa pun alasannya curang, adakah pasangan anda mengakui bahawa dia perlu berubah?
Adakah pasangan anda meminta maaf?
Adakah anda percaya pasangan anda benar-benar menyesal kerana tidak setia?
Adakah pasangan anda akan menghadiri kaunseling perkahwinan dan individu?
Adakah pasangan anda benar-benar telah memutuskan hubungan sulit tersebut?
Jika orang itu adalah rakan sekerja pasangan anda, adakah anda telah berbincang bagaimana pasangan anda boleh mengekalkan hubungan sebagai rakan sekerja sahaja?
Adakah anda fikir anda dan pasangan anda boleh mempunyai perkahwinan yang berjaya, gembira dan berkekalan?
Adakah anda fikir anda boleh mempercayai pasangan anda lagi?
Adakah anda fikir perkahwinan anda berbaloi untuk diselamatkan? Jika ya, mengapa?
Adakah kecurangan pasangan anda ini akan menghantui minda dan hati anda?
Bolehkah anda memaafkan pasangan anda?
Adakah kalian bersedia untuk berusaha membina semula perkahwinan ini dan belajar bagaimana untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul dan berkomunikasi dengan efektif?
Sekiranya anda memutuskan untuk memberi pasangan anda peluang kedua, pastikan pasangan anda mengetahui bahawa peluang ini hanya sekali. HANYA sekali. Anda tidak akan memaafkannya berulang kali. Katakan dengan jelas bahawa tidak akan ada lagi peluang lain. Adalah penting untuk anda menekankan bahawa kemaafan dan peluang kedua ini bukanlah penerimaan atas kecurangannya.

IKLAN

Tiada siapa yang dapat memutuskan apa yang perlu dilakukan dalam keadaan ini. Tidak mudah untuk meninggalkan pasangan atau memecahkan keluarga yang anda miliki. Anda boleh membina semula perkahwinan anda dengan bantuan yang betul. Panduan profesional dan buku atau sumber dalam talian boleh membantu anda menentukan hala tuju rumah tangga anda.

IKLAN

Hidup bersendirian atau berdua bukanlah ukuran kebahagiaan. Anda lebih tahu apa yang membahagiakan anda. Apa pun pilihan anda, sama ada berpisah atau kekal bersama, semoga anda dapat mengecap kebahagian lagi!

IKLAN

kredit : Hello Doctor
Oleh

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI