
Ketahuilah penat isteri akan hilang bila dekat dengan alam, jadi sebaiknya bawalah pasangan anda keluar dari rumah bermain air pantai atau sungai.
Ini cara paling mudah untuk sembuhkan emosi si dia yang sedang kusut. Untuk ketahui lebih lagi, jemput baca perkongsian Dr Taufiq Razif, yang mana baginya, dekati alam adalah sebaik-baik terapi untuk jiwa yang kepenatan.
Ini gambar isteri saya tengah Grounding di tepi rumah. Memang saya perasan isteri saya jadi cepat moody sikit bila dah lama tak ‘connect’ dengan alam.
Sebab tu boleh kata setiap beberapa bulan sekali dia akan hiking. Kadang beberapa minggu sekali dia akan ajak pergi pantai, sungai ataupun jungle tracking.
Secara saintifik kajian tentang efek grounding pada kesihatan mental ni tak terlalu banyak lagi ada tapi bagi saya selagi ianya boleh baiki mood pasangan apa salahnya mencuba.
1. Cari tempat yang ada bunyi-bunyian alam.
2. Cari tempat yang kita boleh ‘direct contact’ dengan alam contohnya ada padang rumput yang luas, air sungai yang mengalir ataupun pasir pantai yang luas terbentang.
3. Buka selipar dan kasut.
4. Nikmati sentuhan direct kita dengan alam.
5. Sambil tengok dan nikmati bunyi-bunyian alam, cuba kira 10 perkara di situ yang kita boleh syukuri.
6. Efek syukur tersebut boleh dirasai dalam hanya beberapa saat sahaja selepas amalkan tips no 5 tadi
Jadi, kalau sudah tahu info ini, segera lah bertindak. Paling tidak pun keluar tidur hotel kejap atau ajak berkelah di tepi pantai hujung minggu. Suami mithali mesti akan buat punya. Jangan lupa buat, ya!
Isteri Letih Urus Rumah Tangga, Amalkan Zikir Fatimah Untuk Kurangkan Penat

Hari ini ramai isteri yang mengeluh penat dan stres dek kerana tugas yang tak menang tangan. Mereka ini terutama yang bergelar ibu bukan saja mengurus rumah tangga, malah turut bekerja mencari rezeki. Antara cara kebiasaan wanita meredakan kepenatan ini dengan berehat, bercuti dan juga ke spa untuk rawatan tubuh.
Hakikatnya dalam Islam sendiri telah tersedia penawar kepenatan ini melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah s.a.w kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah. Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya. Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu baginda bersabda; “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906) Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
SUMBER : JAGUNGMANIS
Bertuah Punya Pasangan Yang Menangis Ketika Solat Kerana Cintakan Allah

Adakah anda pernah menangis dalam solat? Mungkin sesetengah orang sekali atau tidak pernah langsung menangis ketika dalam solat. Tidak mengapa menangis dalam solat biarlah sekadar sahaja jangan tersekat-sekat bacaannya.
Menangis sewajarnya kerana rasa menyerah diri kepada Allah yang teramat sangat kerana takut azabNya, pohon rahmatNya, sedar akan diri yang dhaif di sisi Allah atau sebab-sebab lain. Jika menangis tentang perkara lain seperti kehilangan ayah atau ibu, kena marah dengan big boss, putus cinta dan sebagainya tak digalakkan kerana ia tak khusyuk dan jika terkeluar suara boleh batal solat tersebut.
Menangislah seperti Saidina Abu Bakar, yang hangus hatinya kerana takutkan Allah SWT sehingga terbau bau hatinya kepada makmum.
Jika menangis kerana sayangkan Allah SWT, jika bacaan surah tersekat-sekat kerana esakan, dibolehkan. Kalau rukun qauli (alfatihah, takbiratul ihram, tasayhud akhir, salawat dan sebagainya) tersekat-sekat sehingga mengubah makhraj dan mengganggu bacaan, wajib diulang. Jika surah tak ulang pun tidak mengapa.

Sebab-sebab menangis dalam solat.
1. Ada orang menangis ketika solat kerana takut seksaan Allah, bertaubat.
2. Ada orang menangis ketika solat kerana dalam kesusahan.
3. Ada orang menangis ketika solat kerana cintakan Allah.
Orang yang menangis ketika solat kerana takut akan seksaan Allah atau mengharap keampunan Allah, adalah orang yang meletakkan Allah sebagai Pemerintah Alam Yang Maha Berkuasa. Kita adalah hambaNya, Allah yang menentukan nasib kita.
Orang yang menangis ketika solat kerana dalam kesusahan atau kesedihan, adalah orang yang meletakkan dirinya dalam hina dan meletakkan Allah sebagai Yang Maha Pemurah, Maha Kaya. Orang ini tahu yang dia adalah hamba dan tidak punyai apa-apa pun. Macam dalam kisah Nabi Ayub a.s, Nabi Ayub a.s menangis, mengadu dan mohon kepada Allah tentang penyakit dirinya. Dia kehilangan orang rapat kerana penyakitnya, kehilangan harta kerana penyakitnya dan dibenci orang kerana penyakitnya. Tapi Nabi Ayub a.s tak pernah putus-putus berdoa kepada Allah.
Orang yang menangis ketika solat kerana cintakan Allah, adalah orang yang meletakkan Allah sebagai kekasihnya. Menangis ketika sembahyang itu maknanya jiwa seseorang itu dekat dengan Allah. Sentiasa bertawadhuk, malah hati yang sentiasa dengan Allah akan selalu menangis bila melihat kemungkaran. Hatta sesaat dia lupa dengan Tuhan dia akan merasa bersalah. Kita hendaklah selalu memohon kepada Allah agar hati kita tidak lalai dari mengingati Dia.

Bagi penulis, orang yang paling hebat adalah seorang yang bangun tengah malam lalu berwuduk dengan sempurna dan mengerjakan solat dua rakaat dan menitiskan setitik air mata sedangkan sesiapa pun tidak mengetahuinya.
Mari tengok klip video Imam Sheikh Mishary Rashid Alafasy menangis semasa mengimamkan solat di sebuah masjid di Kuwait. Bagi mereka yang berbangsa arab mesti menangis kerana tahu makna ayat dari surah tersebut yang barangkali menerangkan hal seksa api neraka dan balasan Allah di hari akhirat.
Bagi kita yang tidak faham makna ayat-ayat Al-Quran semasa imam membaca tetapi menangis juga dalam solat. Orang itu sangatlah istimewa disisi Allah SWT. Dimuliakan oleh Allah SWT, diampunkan dosa-dosanya serta mendapat ganjaran dari ibadahnya. InsyaAllah.
Wasallam.
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES
Ada Sebab Kenapa Wanita Zaman Sekarang Memang Diciptakan Untuk Check Handphone, Poket Suami

Bukan suka-suka perempuan nak buat spot check dekat barang-barang suami termasuk handphone kalau tiada sebab. Baca lelaki bernama Mizan Dzai kongsi kenapa perempuan dilahirkan untuk check semua benda milik suami.
HARUS SALING MEMAHAMI聽
=====================
Apa yang kau takut sangat bini kau check handphone? Ramai yang bergaduh sampai bercerai sebab social media ni. Semuanya bergantung pada pasangan masing masing. Ada yang tak kisah dan tak check handphone tapi hampir kesemua bini (bini aku pun sama kah kah) akan ada rasa insecure bila bab social media dan phone terutamanya FB, IG, Twitter, Whatsapp, Snapchat, Wechat, Telegram, Tumblr dll.
Normal brader. Wanita zaman sekarang memang diciptakan untuk check poket, handphone, kereta, briefcase dan clutch kau. Bukannya tulang rusuk dah (gurau gurau). Paling penting, password kau jangan rahsiakan. Kita suami ni fikir sampai Jalan Klang Lama je tapi Bini ni fikir sampai ke Oxford Street, London. Punya jauh. Resit takyah cakap lah. Resit Starbucks beli 2 kopi pun habis sampai Subuh disiasatnya. Kalau time cuti, sampai Asar esok kang baru habis. Diorang punyalah nak protect suami dan rumahtangga. Tak penat ke? Belum campur penat balik kerja, masak, basuh baju, jaga anak dan kemas rumah. Yang suami?
Kau malas sangat apahal? Tolong lah sikit bini kau kat rumah tu. Aku tak paham suami yang tak reti menolong ni. Basuh berak anak, mandikan pun payah sangat. Pasal ego? Ke malas? Ego & malas kau tu kalau tak menyusahkan bini tak apa bang. Keluar melepak rajin pulak sampai tengah pagi. Anak bini kat rumah tu siapa nak jaga? “Tak ada pape lah, kan ada guard ada jiran. Selalu elok je” kalau dah kena sekali kat batang hidung kau, padan muka. Ada anak bini tapi suruh orang lain tengokkan. Kau takut member bahan? Pampers anak bini kau bukan dia yang beli der. Kau dah lah sibuk kerja, cuti cuti tu lepak lah dengan anak bini kat rumah, tengok anak membesar, tengok keperluan diorang. Melepak tak salah, yang salah tu bila kau melepak tak beragak.
Tapi aku paling respect lelaki yang banyak pasang awek kat luar. Kau boleh hidup dengan kona bini kau berbulan bertahun. Handphone memanjang kat tangan, delete chat atau apps konon kononnya tak pernah download. Sampai ada yang sorok handphone kedua dalam kereta semata mata nak menipu. Tambah jelah cawangan tu kalau mampu ye dak? Tak haram pun, rezeki masing masing. Tapi ingat, kalau isteri sorang pun kelam kabut kat rumah inikan pulak nak tambah cawangan banyak banyak. Buat apa cari penyakit? Aku bukan kantoikan tapi kau kena ingat, bini kau tak bodoh. Kau yang bodoh. Bini ni, kau toksah menipu lah, diorang cuma belum jumpa bukti atau malas gaduh. Sebab apa? Kekadang sebab diorang sedar diorang dah tak lawa macam dulu.
Kereta pun boleh modified, inikan pulak bini sendiri. Dah pakai bertahun tahun sampai 2-3 orang anak, pergi lah spend sikit kasi cun balik. Kau tengok bini orang macam nak makan, bini kat rumah kau tak selera pulak? Nak ngorat bini orang, sanggup PM sampai berminggu berbulan bertahun semata mata nak say Hai. Sebab tu kalau kau kena tibai kena sembelih sebab kacau bini orang, jangan pelik. Apahal dengan orang yang bersusah payah lahirkan zuriat kau pun nak kedekut? Dah lah tak menolong, tak bagi bibik. Duit tak ada nak provide bibik? Dah tu, reti lah sedor diri, tolong ringankan beban bini. Ohh, dengan awek kau boleh tabur duit tapi dengan bini kedekut nauzubillah. Ingat sikit jasa bini kau tu berbanding awek yang kau baru kenal. Kalau dah angau, tiang lampu pun kau nampak macam ayam Siam.
Dah kau sorok bini bertahun tahun kat rumah mana lah member tu tak bosan? Diorang tak akan cakap, tak akan luahkan apa yang terpendam, bertuahlah kau kalau dapat jenis yang meluahkan sebab diorang tahu suami sibuk cari rezeki, ekonomi keluarga pun tak berapa stabil. Cukup dengan bawak pergi jalan jalan, pusing pusing, kalau belum berkemampuan kau just bawak anak bini minum mamak atau breakfast kat warung time cuti. Sesekali apa ada hal? Untung untung sampai ke malam mood diorang baek kah kah. Seronok diorang kemain. Aku pun tak paham makhluk bergelar wanita ni sebenarnya dan kita tak akan pernah paham but at least, show some appreciation. Best diorang tau.
Kau pernah tak rasa macam mana perasaan tak ada duit? Macam tulah perasaan suri rumah. Jangan campurkan sekali belanja barang rumah, anak anak dengan nafkah isteri. “Balance belanja keperluan tu kira nafkah u lah yang”. BIG NO! Kau ingat diorang tak ada FB? Tak ada IG? Tak ada nafsu membeli? Gila. Kau menidakkan keperluan seorang wanita. Terseksa zahir dan batin diorang. Ekonomi sekarang drop, tapi nafsu diorang tak pernah. 9 nafsu termasuk shopping bro. At least, set pencuci muka RM90 atau tudung ENAARA ELEENA RM49-RM79 untuk 3 bulan sekali (mana mana suami yang beli, aku bagi diskaun). Sebab tu bidang ni sentiasa dapat sambutan. Yang drop ekonomi kita si suami je haha. Spend bro. Trust me, jauh lebih berharga senyuman isteri tercinta dari duit rokok & duit ngeteh kau.
Isteri, jagalah maruah dan aib suami dari orang luar terutamanya aurat, dan paling mencabar adalah kewangan suami. Jika perlu, bantulah ekonomi bersama. Banyak peluang tanpa modal yang boleh menjana pendapatan dari rumah contohnya jadi agent dan dropship ENAARA ELEENA, ambik order je then HQ yang akan spend duit/masa untuk buat marketing dan postage. Tak banyak, sedikit sebanyak akan membantu meringankan beban. Pernah ada dropship ENAARA ELEENA dapat RM1,050 x 150 pcs sebulan dengan hanya jadi dropship dari rumah sambil jaga 3 orang anak. Steady kak. Alah, produk lain pun ada, banyak je. Dari sibuk gosip, komen entah pape kat page KRT tu, baik buat duit sikit dan boleh jalan jalan dengan keluarga betul tak? Lepas lah nak beli night cream ke, order brownies ke. Zaman sekarang zaman yang orang fight untuk survive, bukan zaman mengangkang tak ada hala tuju. Nak layan drama Pukul 7 boleh tapi jaga maghrib. Selesaikan tanggungjawab kat rumah dulu. Kata nak jumpa suami kat syurga?
Jangan bandingkan kelebihan atau kekurangan suami korang dengan lelaki lain. Jangan iri hati, jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Mana maruah si suami nanti? Setiap suami ada rezekinya, lambat atau cepat je. Lebih lebih lagi anak, Allah dah janji makan minum diorang ada tersedia. Jangan takut.
Suami, amanah di rumah iaitu isteri dan anak bukan punching bag, bukan tempat melempiaskan nafsu amarah. Sekali sekala berjemaah, baca Yassin sama sama seminggu sekali pun dah cukup bagus untuk permulaan, Usahalah. Usaha. Kalau dah final, pulangkan cara baik macam mana kau ambik dulu. Jangan jadi jantan tak ada telur yang pukul isteri tanpa sebab munasabah. Kalau depan aku, dahi kau yang bertelur. Pondan.
Lelaki cepat rimas, cepat angin. Tak payah cakap orang, aku sendiri pun sama. Isteri kekadang tanya itu tanya ini. Kita punya penat, kita je paham. Tanggungjawab kita sebagai suami ni besar, anak isteri, keluarga sendiri dan mertua, adik beradik, bil bil yang datang setiap bulan tanpa salah alamat (tak pernah tak sampai weh), staff bawahan, boss dan kerja yang menimbun. Give and take. Kita pun kena ingat, isteri punya penat lagilah. Nak berak pun ada timming, sampai ada yang terpaksa bawak anak sekali sambil mencangkung. Tiap pagi gosok baju, cari spender and stoking kita. Sekali sekala charge kan lah handphone bini. Kang kau call ke whatsapp tak dapat tau melenting. Rumahtangga ni mudah dan seronok kalau kita sentiasa bersyukur, berkongsi suka duka, berusaha bersama sama. Sesekali kenang balik zaman zaman bercinta. Jangan nanti dah senang cari lain pulak. Banyak kau punya lawa.
Janganlah kau mementingkan diri sendiri kerana lelaki itu dilahirkan untuk berkorban dan berjuang.
Mana yang buruk datangnya dari aku, mana yang baik datangnya dari Allah. Minda kalau dilatih positive, in shaa Allah tidak akan negative hasilnya. Semoga kau orang bahagia dan berjaya, dunia dan akhirat.