Di antara tanda penting yang anda akan perasan ialan suami tidak lagi memberikan perhatian kepada anda seperti dulu. Kalau dulu suami selalu bersembang dan bergurau-senda dengan anda, kini suami tidak lagi mesra seperti selalu. Malah jika anda mengadu atau ajak bersembang, suami akan kelihatan dingin dan kurang memberikan respons.
Kalau dulu suami kerap menelefon atau menghantar mesej walau pun sibuk dengan kerja di pejabat, kini dia tidak lagi menghubungi anda. Malah jika anda menelefon suami, kebanyakan masa dia tidak menjawab panggilan anda dengan alas an terlalu sibuk. Pesanan teks yang anda hantar juga lambat dibalas.
Tanda suami tak sayang isteri yang seterusnya ialah anda akan mula perasan bahawa suami tidak lagi mesra seperti dulu. Kebiasaannya ketidak mesraan yang ditunjukkan kepada anda akan cuba disembunyikan apabila ada orang lain di sisi seperti anak-anak atau ahli keluarga yang lain. Suami seolah-olah cuba berlakon di hadapan semua orang.
Cuba perhatikan suami anda, adakah secara tiba-tiba dia terlalu banyak meluangkan masa dengan telefon bimbit semasa berada di rumah? Lagi parah kalau secara tiba-tiba telefon bimbit suami anda mempunyai password rahsia dan anda selaku isteri tidak lagi dapat membuka telefon suami anda.Ini adalah salah satu tanda yang paling nyata bahawa suami tidak lagi menyayangi anda. Malah telefon bimbit suami akan sentiasa ada bersamanya, langsung tak boleh berenggang. Apabila masuk ke tandas, suami anda akan membawa telefon bimbitnya sekali. Semasa tidur pada waktu malam, suami anda akan meletakkan telefon bimbintnya dibawah bantal. Sebagai seorang isteri pastinya anda akan mula memahami bahawa sesungguhnya ada sesuatu yang tidak kena dengan suami.
Tanda suami tak sayang isteri yang seterusnya ialah suami anda kelihatan seperti lebih suka berada di luar daripada menghabiskan masa di rumah bersama keluar. Sebagai contoh, jika dulu suami anda akan bergegas pulang dari pejabat apabila habis waktu bekerja namun kini suami anda selalu melakukan overtime.Malahpada hari sabtu dan ahad juga suami anda terpaksa ke pejabat dengan alasan ada tugasan yang perlu diselesaikan. Malah ada masanya suami anda memilih untuk minum bersama rakan sekerja selepas habis bekerja.