Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambut tidak akan kering sempurna dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu.
Jika anda membiarkan rambut kering hanya 50 peratus dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, ini boleh memudaratkan rambut. Berikut adalah panduan yang boleh anda ikuti demi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik walau anda bertudung.
.
1. TIDAK PERLU MENCUCI
Kalau anda mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Sebagai wanita bertudung, tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira bagaimanapun kadar kepanjangan rambut anda, tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak kering dengan sempurna secara menyeluruh.
Cadangan : Cucilah rambut sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Sebaik-baiknya cucilah pada waktu petang, iaitu selepas pulang daripada kerja. Selebihnya cucilah pada hujung minggu. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan rambut lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.
Ads
2. PILIH KAIN TUDUNG BERFABRIK LEMBUT
Jika anda berkerja dari jam 9 hingga 5, bayangkan berapa lama anda harus menutup rambut dengan tudung. Oleh itu, pilih tudung berfabrik lembut. Tudung bawal adalah pilihan terbaik. Elakkan memakai tudung fabrik kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.
Cadangan : Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.
3. SENTIASA MERAWAT RAMBUT
Ads
Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat. Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut mereka yang lebat satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. ini semua kerana tindakan mereka yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.
.
4. ATASI MASALAH RAMBUT JIKA ADA
Ads
Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak punyai kos yang cukup untuk mendapatkan rawatan di salun terkemuka, anda boleh mendapatkan nasihat daripada pakar farmasi untuk syampu yang sesuai dengan anda. Sebagai contoh, jika anda dapati syampu yang anda guna sekarang tidak memuaskan, cuba minta nasihat daripada pakar.
Cadangan : Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan info yang betul cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu pada rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab rambut mudah rosak.
5. BEREHAT DAHULU SEBELUM MEMBERSIHKAN DIRI
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun daripada beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaik-baiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Elakkan terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
Cadangan : Waktu ini, sebaik-baiknya anda berehat sepenuhnya. Jangan lakukan kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan ‘rehat’ dengan sempurna.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena bulan yang penuh kemuliaan ini,kita dianjurkan untuk menambah pahala dengan amalan-amalan yang mulia. Antaranya menunaikan solat tarawih , membaca Al Quran dan bersedekah. Buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan juga mereka yang sudah lama berkahwin inilah caranya anda dan pasangan menjadi lebih rapat dan berkasih sayang. Manfaatkan tip ini lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.
1. Solat Tarawih bersama
Tarawih solat yang membezakan bulan puasa dengan bulan-bulan lain. Ajaklah isteri atau suami untuk bertarawih di masjid bersama. Perjalanan ke masjid pastinya buat hubungan tambah erat selain memberikan situasi berbeza. Pasti indah rumahtangga yang dibina bila sama-sama mengerjakan amalan ini secara bersama..
2. Bersedekah
Tangan yang memberi pastinya lebih baik daripada yang menerima. Jadikan tangan sebagai tangan yang memberi. Ajak suami atau isteri bersedekah setiap hari di mana sahaja sepanjang bulan puasa ini. Jadikan ini teladan pada bulan-bulan seterusnya. Secara mudahnya bertukar juadah dengan jiran pun dikira sedekah. Isteri masak, suami hulurkan juadah dengan jiran sebelah… sedekah juga tu.
3. Solat Tahajud
Mengejar malam lailatulqadar pastinya lebih indah bila dilakukan bersama suami dan isteri tercinta. Ajak lembut pasangan untuk sama-sama bangun dan bersolat penuh khusyuk keduanya menghadap Ilahi. Ganjarannya bukan sedikit, kenikmatan pasti dirasai bersama. Tentunya romantik kalau dapat tahajjud bersama kan… tak tergambar dek kata-kata. Tambah romantik kalau dapat teruskan amalan tahajjud ni sampai bila-bila.
4. Kucup dahi
“Rasulullah SAW sentiasa mencium dahi isterinya dalam bulan Ramadhan. Ketika itu Baginda sedang berpuasa”. Hadis ini jelas membuktikan, Nabi SAW tetap memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu. Tabiat ini wajar dicontohi oleh semua suami kerana ciuman itu tanda sayang sejati. Rebutlah ganjaran pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk berubah. Jika ciuman sudah dianggap janggal, mulakannya semula.
Puasa tak menghalang untuk jadi suami isteri yang romantik… peluk dan ciumlah dengan kasih sayang…. ia tak membatalkan puasa bahkan bertambah pahala di bulan puasa.
5. Tadarus Bersama
Bacaan al-Quran secara tadarus suami dan isteri sememangnya digalakkan, malah besar manfaatnya. Ajak suami mengambil sebahagian juz al-Quran dan selebihnya diberikan kepada isteri. Berusahalah untuk khatam al-Quran bersama-sama sambil merasa nikmatnya.
6. Ajakan dan didik Isteri menutup aurat
Jika isteri auratnya tidak sempurna, ajaklah dia menutup auratnya di bulan yang mulia ini dengan lembut. Mana tahu apabila habis Ramadan hatinya terbuka untuk berhijab penuh. Jadi, doakan dan belikan tudung… nasihat baik-baik… kongsikan kebaikan berhijab dan menutup aurat dengan sempurna. Isteri yang sayang suami pasti akan patuh.
7. Pilih memasak dari membeli
Jika juadah bazar Ramadan selalunya menjadi pilihan berbuka, apa kata ubah kebiasaan ini dengan menyediakan makanan sendiri untuk suami dan anak-anak. HR at-Tirmizi menyebut, “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa. Ubah kelainan dan rasai nikmatnya kala makanan habis licin dijamah. Memang nikmat bila masakan kita habis dimakan. Satu kepuasan bila masak sendiri.
Sumber: http://www.mariafirdz.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cekalnya seorang isteri, perempuan, wanita dan ibu itu kerana satu hal. Bukan kerana seorang suami tapi sesuatu yang dikongsikan lelaki bernama Abu Hurairah Asifa.
Seorang ibu.
Seorang isteri.
Seorang perempuan.
Seorang wanita.
Dia kuat kerana sebuah hati. Sekalipun hati itu telah pecah dan menjadi serpihan, asalkan yang baki sebesar zarah itulah yang akan membina semula sebuah hati yang kuat lagi.
Sebab itu, jagalah hati.
Dekatkan ia dengan Tuhan. Buat sebanyaknya kebaikan. Isi hati dengan Al Quran.
InsyaAllah. Allah akan menjaga wanita yang di uji.
Kini, ramai yang lebih gemar memilih dapur masak yang permukaanya diperbuat dari kaca. Ia bukan sekadar dekorasi dapur kelihatan moden malah kemas. Namun, akhir-akhir ini banyak kes dapur kaca pecah atau meletup ketika digunakan. Hal ini mengundang bahaya terutamanya apabila dapur kaca pecah ketika sedang digunakan atau api masih menyala. Ia akan mengundang ancaman lain seperti kebocoran gas atau impak lebih kuat berlaku letupan besar.
Oleh itu, sebelum memilih dapur gas kaca yang bersesuai, pastikan anda paham langkah-langkah keselamatan berikut:
TEMPOH MASA PENGGUNAAN
Sebaiknya, tempoh masa penggunaan dapur gas kaca ini dimaksimumkan untuk tempoh 2 jam sahaja. Ia bagi memastikan bahang yang diterima oleh permukaan kaca tidak keterlaluan
TIDAK DIGUNAKAN PADA SUHU MAKSIMUM
Dapur kaca tidak seperti wadah masakkan untuk kegunaan lasak. Ia hanya boleh digunakan pada suhu sedarhana sahaja. Julat suhu maksimum yang diterima oleh permukaan dapur kaca menjadi pendorong kepada berlakunya pecahan molekul pada kaca
ELAK LAP MENGGUNAKN KAIN BASAH
Ketika permukaan kaca dapur masih basah, anda tidak dibenarkan sama sekali untuk mengelap dengan menggunakan kain basah. Ia akan menyebabkan penurunan suhu pada permukaan yang menerima haba secara drastik. Secara tidak langsung ia menajdi pendorong kepada pemutusan peganggan molekul pada kaca
ELAK MENGGUNAKAN DAPUR YANG TELAH RETAK
Jika kelihatan permukaan dapur mula retak, segera tukarkan. Jika tidak berkesempatan untuk ditukarkan, hadkan penggunaan dapur pada tempoh yang sekejap dan kurangkan beban
SEDIAKAN LUBANG ANGIN
Kosong atau buka bahagian bawah dapur untuk meamstikan haba yang terhasil bebas dan tidak terperangkap di bawah. Jika dibiarkan terperangkap, ia akan menyababkan wujudnya tekanan di bawah dapur
KOSONGKAN DAPUR KACA SELESAI DIGUNAKAN
Jangan tinggalkan sebarang beban di aats dapur kaca selesai digunakan. Selepas masak, letak periuk atau kuali di tempat lain. Beban yang diterima ketika selesai memasak juga boleh menjadi punca kepada dapur kaca sepat rosak
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!