Cukup unik majlis kahwin pasangan ini, punca pengantin minat binatang membuatkan mereka berdua memilih Zoo Negara sebagai lokasi untuk persandingannya.
Pengantin Minat Binatang
Wartawan dan penyampai berita TV3, Siti Khadijah Jaafar, 39, selamat diijab kabul dengan pasangannya yang juga penyampai berita dan radio RTM, Otto Othman, 40, dalam satu majlis di Zoo Negara hari ini.
Lebih unik, perarakan masuk pengantin turut diiringi 10 ekor burung upih sebagai ‘bridesmaid’ memasuki dewan.
Memilih Zoo Negara sebagai lokasi persandingan, kedua-dua pasangan pengantin itu diraikan meriah di Dewan Kancil di sini, dengan kehadiran kira-kira 300 tetamu.
Sifat sayang kepada haiwan membuatkan Siti Khadijah atau lebih mesra dengan panggilan Khaty dan pasangannya itu memilih Zoo Negara sebagai lokasi hari bersejarah mereka.
Ads
“Saya sangat suka haiwan. Begitu juga suami, setiap kali berpeluang selepas kerja akan mencari beberapa lokasi untuk memberi kucing jalanan makan.
Memilih Zoo Negara sebagai lokasi persandingan, kedua-dua pasangan pengantin itu diraikan meriah di Dewan Kancil di sini, dengan kehadiran kira-kira 300 tetamu.
Sifat sayang kepada haiwan membuatkan Siti Khadijah atau lebih mesra dengan panggilan Khaty dan pasangannya itu memilih Zoo Negara sebagai lokasi hari bersejarah mereka.
“Saya sangat suka haiwan. Begitu juga suami, setiap kali berpeluang selepas kerja akan mencari beberapa lokasi untuk memberi kucing jalanan makan.
“Lebih manis, dalam dewan ini terdapat haiwan yang agak jinak seperti angsa, ayam, kura-kura, ular sawa, arnab dan burung kakak tua bagi membolehkan tetamu bergambar,” jelasnya.
Ads
Tetamu Boleh Bergambar Dengan Binatang
Dalam majlis itu, tetamu turut berpeluang ‘beramah mesra’ dengan beberapa haiwan, antaranya ular sawa albino, pelbagai spesis burung dan arnab di ruang zoo mini.
Lebih bermakna, pasangan itu menerima tajaan set barangan kemas bertatahkan berlian dan batu permata bernilai RM2.89 juta untuk tiga persalinan pengantin tajaan Habib Jewel.
Auto Promosikan Zoo Negara
Ads
Sementara itu, Timbalan Presiden Zoo Negara, Datuk Rosly@Rahmat Ahmat Lana yang juga bapa angkat kepada pengantin itu amat teruja, kerana ia merupakan majlis perkahwinan pertama di pusat tarikan pelancongan itu.
“Secara tidak langsung kita juga dapat mempromosikan Zoo Negara dan meningkatkan jumlah kedatangan pengunjung ke sini,” katanya ketika ditemui.
Antara tetamu yang hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan isteri; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pithcay dan isteri serta Presiden Zoo negara, Datuk Sr. Zaharin Md Arif.
Turut memeriahkan majlis, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr. Syed Hussain Aljunid dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian TV Media Prima, Nini Yusof serta pengurusan tertinggi Bilik Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3.
Antara tetamu lain yang turut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Syed Mahadzir Syed Manshor; Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya, Mohamed Zaini Mazlan serta bekas Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ramlan Mohamed Ali dan isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang lelaki sanggup meninggalkan tunangnya yang terjatuh daripada motosikal ketika menghentikan jenteranya secara mengejut pada sekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau.
Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, pada kejadian jam 9.45 malam itu, ketika Op Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina, lelaki yang menunggang Yamaha LC135 terbabit berkemungkinan takut ditahan pihak berkuasa kerana tidak mempunyai lesen atau tiada cukai jalan.
“Lelaki itu mungkin terkejut dan ketika dia membrek, pemboncengnya yang juga wanita terjatuh dan mengalami kecederaan ringan di tapak tangan.
“Ketika kami mengarahkannya membuat lencongan untuk pemeriksaan lanjut, lelaki itu terus membuat pusingan U dan memecut dengan meninggalkan wanita itu.
“Wanita itu mengakui lelaki berkenaan tunangnya dan mereka dalam perjalanan dari Seberang Perai ke pusat bandar,” katanya.
Menurut Adenan, wanita berusia 20-an itu tidak ditahan kerana tidak melakukan sebarang kesalahan namun dia menghilangkan diri tidak lama kemudian tanpa sempat diberi rawatan awal.
Manakala melalui perkongsian seorang pengguna @amirulainul4788, video rakaman kejadian tersebut dipercayai tular di aplikasi TikTok sehingga meraih 331,700 tontonan dalam kalangan warga maya.
Tiada yang lebih memilukan buat Noor Fatihah Osman 23, apabila suaminya maut dalam tragedi kebakaran dan perkahwinan mereka baru berusia 4 bulan.
Pasangan ini telah bernikah pada bulan Mei namun baru berkesempatan membuat majlis kenduri walimahtul urus pada minggu lalu.
Suaminya Mohd Amirul Nizam Sukarno, 25, adalah guru yang juga warden di pusat tahfiz berkenaan.
Ustaz Mohd Amirul Nizam Sukarno
Ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob,50, berkata setiap hari Allahyarham akan menghubungi Noor Fatihah yang sedang mengikuti pengajian hadis di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai Negeri Sembilan.
Namun hari ini arwah tidak membuat sebarang panggilan kepada isterinya. Noor Fatihah yang tidak sedap hati cuba beberapa kali menghubungi suaminya, namun panggilan itu tidak dijawab.
“Mohd Amirul Nizam seorang yang peramah dan sentiasa mengambil berat terhadap orang lain. Dia akan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.
“Kami sekeluarga amat rapat dengan arwah. Pemergiannya amat kami rasai. Kali terakhir saya bertemu Amirul ketika majlis perkahwinannya (walimah) di Kelantan minggu lepas,” kata beliau.
Waris mangsa ditenangkan anggota polis di tempat kejadian. – Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI, Harian Metro
Walaubagaimanapun, wartawan gagal mendapatkan respons daripada Noor Fatihah, 23, berhubung tragedi itu.
Difahamkan, Noor Fatihah menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 6pagi, sebelum bergegas ke tempat kejadiaan.
Insiden yang berlaku di bangunan tiga tingkat itu meragut nyawa 22 pelajar dan dua guru di pusat tahfiz terbabit.
Takziah buat semua keluarga mangsa dan semoga isterinya kuat dengan ujian ini. Alfatihah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Benarlah kata pepatah, jodoh dan maut itu ketentuanNYa. Selepas empat tahun bergelar ibu tunggal selepas kehilangan suami angkara badai Tsunami, isteri kepada Allahyarham Herman Sikumbang, pemain gitar kumpulan Seventeen kini kembali memegang status sebagai isteri.
Pada tanggal 27 Mei 2022 yang lalu, Juliana Moechtar selamat dinikahkan dengan pasangannya seorang tentera TNI, Left Kolonel Nur Wahyudi.
Untuk info, arwah Herman Sikumbang meninggal dunia dalam Tsunami yang melanda pantai Tanjung Lesung, Banten, Indonesia pada Disember 2018 ketika sedang mengadakan persembahan majlis hari keluarga sebuah syarikat korporat.
Turut sama terkorban dalam tragedi tersebut ialah pemain bass Seventeen, Bani serta pemain dram kumpulan tersebut. Hasil perkongsian hidup bersama Allahyarham Herman Sikumbang, pasangan ini dikurniakan dua cahayamata iaitu Hafuza Dhamiri Herman
Hisyam Quraisy Herman.
Wanita kelahiran Acheh merupakan bekas model dan aktress telah melakukan solat istikharah selama 3 bulan sebelum menerima pinangan dari pihak lelaki. Malah perkenalan dengan Wahyudi bermula di majlis keluarga dan secara kebetulan berkongsi kisah perjalanan hidup yang sama.
“Kami bukan yang sembarang dekat terus nikah. Kami benar-benar istikharah dan tahajud selama 3 bulan, benar-benar meminta. Sampai akhirnya, Allah mengkehendaki, ya dilancarkan saja”, ujar Juliana.
.Dengan sekali lafaz, Juliana sah bergelar isteri kepada Wahyudi. Majlis pernikahan pasangan ini telah dijalankan di Masjid Istiqlal, Jakarta. Juliana turut menerima mas kahwin sebanyak 27gram emas dibayar tunai bersama iringan lain iaitu sebentuk cincin berlian.
.Melalui pernikahan ini, Juliana sekaligus menjadi ibu kepada dua cahayamata Wahyudi dari pernikahannya yang terdahulu. Malah sebelum bernikah, mereka terlebih dahulu sudah berbincang mengenai soal kebajikan anak-anak.
Semoga perkahwinan pasangan ini menjadi asbab kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin…
Foto: Instagram @Julianamoechtar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!