Musim pandemik ni memang ramai pengantin baharu terpaksa terima perkahwinan norma baharu. Tiada majlis meriah, tiada kehadiran saudara-mara apatah lagi sahbat handai, tidak ada peluang langsung untuk buat rewang mega untuk seluruh kampung.
Tetapi kita kena ingat. Dalam Islam pun tidak ada istilah majlis meriah untuk perkahwinan. Itu semua hanyalah adat. Seandainya tidak dijemput sebagai tetamu, janganlah berkecil hati sebab itulah keadaannya sekarang. Jangan pula bila tak dijemput, hadiah pun tak mahu dikirim!
Sekarang ni mudah sangat nak sampaikan kiriman hadiah pada orang. Duduk depan komputer atau dengan telefon bimbit depan mata, pesan dan bayar secara online. Ini antara hadiah-hadiah menarik anda boleh pos pada pengantin baharu dan harganya pula sangat berpatutan!
JAM DINDING
Jam dinding bukan sahaja cantik untuk dekorasi rumah baru malah sangat berguna untuk membantu anda menepati masa. Dengan satu jam dinding ni dah boleh penuh ruang dinding rumah anda!
Ads
BREAKFAST MAKER
Ini adalah barangan yang sedang hangat di pasaran. Anda boleh plan untuk buat kerja lain sebaik sahaja menu sarapan pagi sedang disediakan. Lengkap dengan mesin air kopi, pembakar dan ruang untuk menggoreng pada skala kecil. Berminat? Klik Sahaja DI SINI
PERALATAN MEMASAK
Idaman semua wanita! Bila ada peralatan memasak lengkap macam ni, bolehlah berangan-angan untuk si isteri memasak. Siapa yang menghadiahkan peralatan memasak lengkap macam ni, pasti mengundang pujian pengantin baharu. Klik SINI untuk membeli.
Ads
PEMBERSIH VAKUM
Mudah digunakan dan disimpan. Pembersih vakum seperti ini sangat ‘in’ pada masa kini. Macam-macam jenis pembersih vakum dari pelbagai jenama ada di pasaran. Pembersih vakum ini sangat mudah digunakan kerana ia tanpa wayar dan tidak serabut! Barangan ini pun ada potongan harga. KLIK SINI untuk tawaran istimewa! Bila dah bekerja dari rumah, semakin rajin nak mengemas.
Ads
SET CADAR
Bagi pasangan yang masuk ke rumah baharu, ada kalanya barang-barang rumah masih belum cukup terutamanya katil. Bila ada cadar yang tebal begini, sekurang-kurangnya boleh juga digunakan untuk tidur beralaskan cadar tebal seperti INI. Nampak eksklusif!
Ok…sekarang anda boleh mula buat pilihan untuk memberikan hadiah istimewa ini kepada bakal pengantin. Ada bajet lebih, boleh beli secara persendirian tetapi jika barangan itu harganya lebih mahal, ajaklah teman-teman lain untuk berkongsi. Sekurang-kurangnya boleh mengubati kesedihan pengantin yang tidak dapat meraikan hari bahagia mereka bersama anda!
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila menonton filem-filem Amerika, pasti mata terpersona dengan penampilan kafe gaya Amerika yang menyajikan pelbagai hidangan berupa burger dan milkshakes yang popular di Amerika. Tak perlu pergi sehingga ke Amerika untuk mencuba hidangan ini.
Salah satu cawangan di SoHo. Amerika Syarikat.
Restoran yang telah memenangi beberapa anugerah serta berpangkalan di New York, Black Tap Craft Burgers & Shakes bakal membuka cawangannya tidak lama ialgi. Ia sekaligus bakal menjadi pilihan untuk si penggemar hidangan burger menikmati keenakannya.
Black Tap New York mendapat sentuhan klasik yang elegan dan menawan.
Sunway Resort di Sunway City Kuala Lumpur melalui usahasama dengan Black Tap Craft Burgers & Shakes bakal memberi pengalaman makan tengah hari ala Amerika yang hebat dengan menikmati classic craft burgers dan CrazyShake Milkshakes yang sememangnya terkenal di seluruh dunia. Ia merupakan usahasama pertamanya ke Malaysia menjelang akhir tahun 2022.
Untuk rekod, restoran yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Chris Barish dan Julie Mulligan ini telah mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia. Sejak pembukaannya pada tahun 2015, ia telah menerima pelbagai pengiktirafan antaranya termasuklah People’s Choice Award (2015-2017) dan Judges Choice Award (2020 dan 2021), Sehingga kini, Black Tap kini dibuka di beberapa lokasi ikonik sekitar Amerika Syarikat termasuk di The Venetian Resort Las Vegas, Downtown Disney District di Disneyland Resort di Anaheim, CA.
Manakala di peringkat antarabangsa pula, oa telah bertapak di Bahrain, Singapura, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu.
“Kami amat teruja dengan kerjasama ini. Black Tap membawakan inspirasi New York dalam suasana restoran bermula dari elemen mural seni jalanan kepada pop 80-an dan 90-an hip-hop.
Menurut Barish lagi, mereka sudah tidak sabar dan teruja memperkenalkan burger istimewa yang pernah memenangi anugerah seperti Greg Norman agar ia dapat dikongsi oleh rakyat Malaysia yang sememangnya amat menggemari hidangan ala Amerika ini.
Memetik Pengurus Besar Kanan Sunway City Kuala Lumpur Hotels, Alex Castaldi berkata, “Kami berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran Black Tap untuk sama-sama ‘berdiri’ sebaris dengan restoran terkemuka kami di Sunway Resort. Kami percaya, classic craft burgers dan CrazyShake Milkshakes bakal digemari semua lapisan masyarakat.”
Pengumuman Black Tap Malaysia adalah sejajar dengan transformasi ‘once-in-a-generation’ Sunway Resort seterusnya mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi bersepadu terkemuka di Asia. Black Tap Malaysia ini akan terletak bersebelahan dengan jalan utama di aras lobi hotel.
Bila ia dibuka nanti, bolehlah bawa isteri anda menikmati hidangan di sini!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menanggung hutang yang banyak adalah satu beban yang berat. Diri menjadi seperti seorang hamba yang kehilangan kebebasan.
Buat apa sahaja termasuk sedang beribadah pun teringatkan hutang. Tidur tidak dapat merehatkan tubuh dan minda kerana sering terjaga dalam keadaan takut dan bimbang.
Alangkah baiknya jika siang tiada kerana susahnya hati hendak berdepan dengan manusia. Begitulah keadaan orang yang berhutang. Hatinya tidak tenang. Lebih dibimbangi jika hutang masih tidak lunas semasa ajal menjemput.
Lalu, sekuat hati berharap masalah hutang dapat diselesaikan. Pelengkap membayar hutang sudah tentulah dengan kemurahan rezeki. Setiap masa berharap Allah memurahkan rezeki. Maka, berikut adalah beberapa langkah untuk melunasi hutang dan memurahkan rezeki.
.
#1 Doa
Perkara pertama ialah berdoa. Minta kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar hutang yang ada mudah untuk diselesaikan. Bacalah doa setiap kali selepas solat.
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya (maksud):
“Rasulullah SAW telah memasuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. beliau bertanya:
“Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan waktu solat?”
Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!”
Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”
Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.”
Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Abu Umamah r.a berkata:
“Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”
Dalam kisah yang lain, daripada Ali r.a bahawa seorang hamba mukatab telah datang menemuinya dan berkata:
“Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melangsaikan hutang perjanjian dengan tuan aku (perjanjian kitabah iaitu antara hamba dengan tuannya untuk pembebasan dirinya), maka tolonglah aku!
Maka Saidina Ali ra berkata: “Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu dia yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada mereka, (iaitu) jika kamu dibebani hutang yang setinggi bukit, Allah akan selesaikannya untuk kamu?
Saidina Ali berkata: “Katakanlah: Maksudnya:
“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selainMu.” (Riwayat al-Tirmizi)
.
#2 Mengerjakan Solat-Solat Sunat
Solat-solat sunat merupakan solat tambahan kepada solat fardhu kita. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah, malah orang-orang soleh juga melakukan amalan yang sama. Selain kebaikan di dunia, solat sunat amat penting untuk memberi kebaikan di akhirat kelak. Antara solat sunat yang dianjurkan ialah solat tahajud dan solat sunat dhuha.
Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
“Sesungguhnya pada waktu malam, terdapat satu waktu tiadalah hamba yang Muslim membetulinya dengan berdoa meminta kebaikan kepada Allah kecuali dikurniakan kepadanya yang demikian itu setiap malam.” (Riwayat Ahmad)
Hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):
“Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap tasbih itu adalah sedekah, tiap-tiap tahmid adalah sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.”
#3 Mengelakkan Diri Daripada Mencipta Hutang Baru
Jika mahu melangsaikan hutang yang ada, prinsipnya adalah dengan tidak mencipta atau menambah hutang baru. Ini untuk memudahkan hutang yang lama diselesaikan dan tidak menambah beban baru kepada diri anda.
Selain itu, pastikan perbelanjaan anda tidak melebihi pendapatan anda. Ada kehendak yang tidak perlu dituruti. Buat satu bajet atau senarai perbelanjaan. Letak satu jumlah untuk pembayaran semula hutang anda selama tempoh tertentu dan konsisten dalam pembayaran.
Bincang pengurusan pembayaran hutang anda dengan pihak yang memberi hutang sekiranya anda mengalami masalah pembayaran.
#4 Berusaha Mencari Rezeki Yang Halal
Doa perlu seiring dengan usaha anda dalam mencari rezeki. Cari rezeki yang halal untuk membayar hutang anda dan untuk menampung keperluan anda sekeluarga.
Usah terpedaya dengan kekayaan yang datang dari sumber yang diragui, diperolehi dengan jalan menipu dan menganiaya, atau dengan jelas adalah haram.
Walaupun anda benar-benar memerlukan wang, itu tidak bermakna anda harus mengikuti jalan yang dibenci Allah. Ini kerana, keberkatan rezeki adalah lebih penting berbanding memilkinya.
Rezeki yang tidak halal memberi kesan bukan sahaja kepada diri yang semakin jauh daripada Allah, hilang ketenangan, asyik berasa kurang, malah meragut keharmonian keluarga.
.
#5 Memperbanyakkan Kebaikan
Jagalah dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Besar pahala melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Begitu juga dengan meringankan tulang membantu mereka yang memerlukan.
Mungkin ada jiran yang memerlukan bantuan anda untuk memperbaiki alatan di rumahnya yang rosak, seorang lelaki buta yang hendak melintasi jalan, membuang tin minuman yang dibuang di tepi jalan, atau kanak-kanak yang terjatuh semasa menunggang basikal.
Apabila anda ke masjid, masukkan sedikit wang ke dalam tabung masjid sebagai sedekah. Berilah walaupun sedikit kerana yang sedikit itu besar nilainya bagi mereka yang memerlukan dan besar maknanya untuk usaha dakwah. Jadilah manusia yang baik pada pandangan Allah SWT.
#6 Menambah Istighfar Dan Zikir
Tiada manusia yang lepas daripada kesilapan. Namun, itu tidak bermakna tiada pengampunan daripada Allah. Malah, Allah amat luas pintu keampunannya untuk umatNya yang melakukan kesilapan dan dosa. Kita tidak mahu jarak kita dengan Allah menjadi jauh kerana dosa itu.
Dosa menyesakkan dada dan menyempitkan hidup. Oleh itu, perbanyakkanlah istighfar dan memuji Allah dengan zikir. Zikir paling mudah ialah ‘subhanallah’, ‘alhamdulillah’, dan ‘Allahu akhbar.’
Selain itu, bacalah Al-Quran sebaik-baiknya setiap kali selepas solat. Bukan sahaja kita memperolehi pahala, malah diri akan berasa tenang dengan membaca kalimah Allah SW
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan risau bila suami tiba-tiba nak makan masakan dari air tangan isteri. Resipi yang dikongsikan ini sangat mudah sahaja. Dahlah senang, sedap pula tu. Cuma kena jaga garam je. Bahan-bahan pun ada yang anda boleh dapatkan secara online DI SINI. Try ok!
Jom Cuba Masak Resepi Spicy Buttermilk Spaghetti, Rasanya Memang Sedap & Tak Muak
Bahan-bahan:
Butter 2 sudu besar
2, Daun kari 10 helai
Cili padi 5 ( cincang )
4. Bawang putih 3 ulas ( cincang )
5. Susu cair 1 atau 2 cawan
6. Tepung jagung letak sikit then kacau tengok pada kepekatan kuah
7. Serbuk kunyit secubit
8. Udang/sotong
Cara-cara:
Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan udang/sotong. Gaul sehingga masak.
Masukkan susu segar, kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati.
Kredit : ASH (Foodhunter)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!