
Nampaknya makin banyak kes suami isteri berpisah kerana orang ketiga, mereka yang suka melihat tangisan dan rasa gembira atas penderitaan orang lain sebenarnya mengalami masalah jiwa.
Bagi mereka, hanya keinginan mereka sahaja yang harus dipenuhi. Mereka inginkan bahagia tetapi melalui penderitaan orang lain. Bagi mereka, mereka rasa satu kepuasan apabila melihat orang derita akibat dari perbuatannya itu.
Rasa tidak senang duduk kerana melihat kebahagiaan orang lain, walaupun dengan adik beradik ataupun dengan sahabat sendiri. Masalah jiwa seperti ini mampu membunuh jiwanya sendiri jika tidak dapat memuaskan hati dan kehendaknya. Jika tidak dikawal perasaan itu, kemungkinan besar akan berlakunya kes bunuh diri dan gila!
Sering kali anda mendengar, mereka yang suka menghancurkan rumahtangga orang lain tidak akan sesekali menyesali akan perbuatannya itu, malah akan lebih rasa gembira dan berbangga dengan kejayaan nya.
Ianya ada persamaan dengan sikap orang gila, dimana mereka tidak akan memikirkan perasaan orang lain dan tidak mengendahkan keperitan yang ditanggung oleh mangsa akibat perbuatannya itu.
Sekiranya seorang individu tersebut normal, tidak mungkin dia akan tergamak menghancurkan rumahtangga orang lain hanya kerana kehendak nafsunya yang kuat untuk memiliki.
Mereka juga sering dikatakan seorang yang suka kikis duit lelaki, bagi mereka lelaki yang sudah berkahwin lebih stabil dari segi kewangan. Sebaiknya hindari dari berkawan rapat dengan suami orang.
Jaga batasan dan jaga maruah seorang wanita, jangan terlalu mudah menyerahkan jiwa kepada suami orang. Jangan biarkan diri anda dianggap sebagai pemusnah rumahtangga orang.
Ustaz Datuk Kazim Elias Kongsi Apa 4 Punca Kenapa Satu-Satu Perkahwinan Itu Tak Bahagia

Sedangkan lidah lagikan tergigit, ini pula suami isteri.”
Itu perumpamaan biasa yang sinonim dengan pasangan yang sudah berkahwin. Dalam sebuah perkahwinan memerlukan kedua-dua individu bertoleransi, berkerjasama dan mempunyai usaha untuk membina keluarga bahagia selamanya. Namun, adakalanya kita terlepas pandang atau terlanjur perbuatan sehingga menjadi racun yang boleh menggegarkan sebuah perhubungan. Salah faham memahami apa yang dibicarakan dan kurangnya komunikasi, semua itu boleh menimbulkan masalah dan tertutupnya pintu rezeki keluarga.
Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no ??♀️??♀️??♀️
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha ?
Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” ?
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN
•TEGURAN
•BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala ❤
Nak Isteri Baik, Suami Kena Buang Ego & Cuba Jadi Lelaki Yang Beri Ruang & Bertolak Ansur

Bila isteri kita derhaka,
Tahunya marah saja,
Membebel dan berleter setiap masa,
Tak mahu mendengar kata,
Setiap kata suaminya di sanggah dan tak setuju semua,
Jangan mudah menuduh mereka ahli neraka. Jangan mudah terus campakkan mereka ke tepinya. Jangan mudah menghukum mereka sahaja.
Kita suaminya. Kita lelaki mereka. Kita adalah pakaian mereka.
Pasti Allah ada sebab menjadikan isteri itu seperti tidak sempurna. Penuh cacat dan cela.
Pasti ada kenapa.
Mungkin Allah mahu kita menjadi cukup sabar. Allah mahu kita mendidik tanpa putus asa. Allah mahu beritahu isteri kita, hati dan jiwa mereka milik Allah semata-mata.
Mahukan isteri baik, kita kena kembali menjadi hamba. Kena buang ego dan cuba menjadi lelaki yang memberi ruang dan bertolak ansur seketika.
Isteri baik atau jahat, sebab kitalah.
Kat akhirat Tuhan nanti tanya hal mereka kat kita lah.
Kita boleh masuk neraka hanya sebab anak isteri,
Dan sebab anak isteri jugalah, mereka boleh menarik kita ke syurga.
Mereka amanah. Mereka hadiah. Mereka benar di cipta dari bahagian kita yang lemah.
“Sesungguhnya, hartamu dan anak-anakmu hanyalah ujian (bagimu) dan di sisi Allah pahala yang besar.”
(Surah at-Taghabun ayat 14)
Nukilan Ustaz Abu Hurairah Asifa
Cium Anak Dapat Pahala, Cium Suami Gugur Dosa, Cium Isteri Dapat Bahagia Selamanya

Mungkin tak ramai yang lakukan amalan mencium pasangan dan anak. Kebiasaannya amalan ini dilakukan di peringkat awal perkahwinan, kemudian terhenti lantaran mahu segera ke tempat kerja atau sebagainya. Namun bagi mereka yang masih mengamalkan kebiasaaan ini baik diteruskan kerana ia memberi banyak manfaat.
Mencium kening isteri dan anak sebelum keluar ke tempat kerja kesannya besar pada keharmonian rumah tangga. Ciuman hangat seorang suami dan seorang ayah dapat memberikan perasaan bahagia pada anak dan isteri di rumah, sehingga mereka merasa tidak sabar menunggu suami dan ayah pulang.
Ciuman tersebut juga boleh menjadi cara untuk menunjukkan kasih sayang antara suami, isteri dan anak sehingga membuatkan anda senantiasa mengingati orang tersayang selama berada di luar rumah. Perkara kecil seperti inilah yang apabila dilakukan secara rutin akan meninggalkan pengaruh yang besar dalam kebahagiaan rumah tangga.
Pastinya amalan mencium pasangan mahupun anak-anak akan menggandakan lagi rasa cinta dan kasih sayang. Saranan daripada Ustaz Sayuthi yang juga Guru di SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al-Abidin dan Imam di Masjid Al-Hadi, Bukit Besar, Yan, Kedah ini sewajarnya anda jadikan panduan untuk menyemarakkan kebahagiaan sesama keluarga.
Cium Anak Dapat PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dapat Bahagia SELAMANYA
i) Fadhilat Cium Anak
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda, jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekali gus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.
ii) Fadhilat Cium Suami
Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumah tangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dikucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami dan dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.
iii) Fadilat Mencium Isteri
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.
Kesimpulannya: Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumah tangga. Kerana jika tidak diamalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.
Nota: Rugilah mereka yang sudah berkahwin tetapi malu untuk mencium anak dan pasangan mereka sendiri… JANGAN BERCIUM DI TEMPAT AWAM