Seorang wanita yang mudah menangis tidak selalu bermaksud dia lemah. Sebaliknya, dia hatinya mudah tersentuh atas sesuatu perkara. Yang paling perlu anda ketahui tentang wanita yang mudah menangis biasanya mereka adalah jenis wanita yang setia dan seorang yang baik.
Perempuan yang mudah menangis adalah seorang yang setia, mudah rindu dan berat melepaskan kasih sayangnya
Wanita yang menangis dengan mudah biasanya merupakan seorang wanita yang setia, yang sangat mudah merindui orang yang dicintainya dan yang pasti, sangat sukar jika dia harus melepaskan orang yang dicintainya. Wanita yang mudah menangis biasanya mempunyai senyuman mesra, yang menunjukkan bahawa dia mempunyai watak yang mulia.
IKLAN
Wanita yang menangis dengan mudah biasanya mempunyai moral yang baik, senyuman yang mesra. Oleh itu, jangan selalu kelihatan negatif pada seorang wanita yang menangis dengan mudah, kerana anda tidak akan tahu tentang kedalaman hatinya yang luar biasa.
IKLAN
Walaupun mudah menangis, dia tidak akan mengelak dengan berembunyi, tidak akan menggunakan air mata untuk menipu
Walaupun mudah menangis tetapi mereka tidak akan menangis untuk perkara-perkara yang merugikan orang lain. Mereka tidak membuat air mata mereka sebagai “senjata” untuk dikasihani atau mendapat perhatian orang lain.
IKLAN
Wanita yang mudah menangis biasanya mudah untuk memaafkan dan sering digunakan oleh orang lain
Kekuatan dan kelemahan wanita yang mudah menangis adalah mudah untuk memaafkan dan sangat mudah digunakan oleh orang lain, terutama oleh orang yang hanya ingin menyakiti perasaan mereka.
Mereka juga menyelesaikan semua masalah hidup dengan menangis
Mereka yang menangis dengan mudah biasanya seorang yang dapat menyelesaikan semua masalah kehidupan mereka dengan menangis. Dengan menangis mereka akan merasakan beban hidup yang mereka rasa ringan untuk ditangani dan dihadapi.
Cara orang lama ikat pasangan memang paling sederhana, cukup jaga makan minum dan jaga bab solat berjemaah, inshaa Allah bahagia itu akan dirasa.
Namun itu sebahagian, banyak petua orang dulu-dulu bukan menggunakan duit tetapi lebih kepada menjaga adat dalam rumahtangga.
Ini bergantung kepada kebijaksanaan suami isteri dalam mengemudi rumahtangga yang dibina.
Cara Orang Lama Ikat Pasangan, Cukup Bahagia Walau Tak Kaya
Jika dilihat orang dulu-dulu, zaman nenek moyang kita ramai yang mempunyai ikatan perkahwinan yang bahagia dan berkekalan hingga ke hujung usia. Padahal tiada pun zaman suai kenal dan bercinta-cinta, kebanyakannya berkahwin atas pilihan keluarga.
Namun kebanyakan usia perkahwinan mereka mampu menjangkau berpuluh tahun dan hanya ajal yang dapat memisahkan.
Sebenarnya, ini antara amalan dan tip kebahagiaan rumahtangga yang diamalkan oleh orang dulu-dulu agar hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
1. Tidur Sekatil
Suami isteri kena tidur sekatil tak kiralah apa juga alasan, walaupun tengah bergaduh dan sedang merajuk. Jangan biasakan diri berpisah tempat tidur dengan pasangan, sorang dalam bilik sorang diruang tamu atau seorang atas katil sorang tidur di lantai.
Secara logiknya, tidur keadaan pasangan berhampiran diantara satu sama lain, mampu cetus rasa bahagia dalam diri sekali gus mengeratkan hubungan.
Waktu berdua-duaan di atas katil inilah juga peluang terbaik suami isteri untuk berkomunikasi dan saling meluahkan apa yang terbuku dihati. Kalau tak puas hati tentang sesuatu pun, cakap. Masa inilah nak meluah dari hati ke hati.
2.Gaduh Jangan Lebih 3 hari
Macam dalam lagu Allahyarham P. Ramlee tu “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Selisih faham, bergaduh dan merajuk adat dalam rumahtangga. Tapi perlu ingat bagi suami isteri sebaiknya, selesai urusan ‘pergaduhan’ ini secepatnya, elakkan berpanjangan dan tidak lebih daripada 3 hari.
Perselisihan yang panjang boleh mengakibatkan pelbagai konflik lain yang timbul. Berfikiran bukan-bukan dan syak wasangka pada pasangan.
3.Peluk Cium Pasangan Sebelum Berpisah
Magis kuasa pelukan dan ciuman pada pasangan mampu merembeskan hormon oksitosin yang memberikan rasa tenang dan bahagia malah meningkatkan kepercayaan dalam diri.
Jadikan amalan sebelum berpisah baik ke tempat kerja atau kemana-mana, biasakan salam, peluk dan cium pasangan dahulu. Percaya lah ini mampu ‘mengikat hati’ pasangan walaupun dimana dia berada.
4.Temankan Suami Makan
Temankan suami makan adalah suatu perkara yang simple tapi beri makna yang besar buat pasangan. Jaga perut suami bukan sekadar memasak dan sediakan makanan untuk suami malah turut temankannya ketika makan.
Jika perasan nenek mahupun mak kita dulu, walaupun tak nak makan tetap temankan suami makan, cedukkan nasi, lauk mahupun sekadar teman berborak ketika makan. Ini buat pasangan rindu dengan rasa prihatin dan ambil berat seorang isteri pada suami.
Begitu juga ketika masih sedang ‘bergaduh’ dan ‘perselihan faham’, tetaplah tunaikan tanggungjawab dan kewajipan masing-masing. Pesanan buat isteri, tetaplah sediakan keperluan suami, hidangkan makan minumnya, walaupun dalam hati masih menjeruk rasa. Ini buat suami rasa tetap disayangi dan dihormati, sekaligus dapat melenturkan ‘ego’ suami.
5. Lakukan Amal Ibadat Bersama-sama
Ini yang paling penting, apabila meletakkan agama sebagai tiang dalam rumahtangga. Suami perlu luangkan masa mengimamkan solat di rumah bersama-sama dengan isteri. Lakukan sekurang-kurangnya solat Maghrib atau Subuh secara berjemaah. Sama-sama melakukan ibadah puasa sunat, solat tahajud, mengaji, ta’alim dan sebagainya.
Ini akan menambahkan keberkatan dalam perkahwinan dan keredhaan Allah di dalam kehidupan. Apabila kesemua perkara ini dilakukan, insya-Allah kehidupan kedua-dua suami isteri akan bahagia dan diredhai oleh Allah.
Semoga cara orang lama ini sampai ke lubuk hati pasangan muda, sama-sama amalkan dalam mewujudkan perkahwinan yang sakinah, mawaddah dan rahmat berkekalan hingga ke akhir hayat.
Pesanan untuk diri sendiri dan kaum adam serta wanita yang sudah berkahwin atau bujang…
Saya panggil isteri saya Sayang hanya selepas akad nikah. sebelum akad nikah kami bahasakan diri kami atau Saya dan Awak
Jangan biasakan diri panggil wanita lain yang tak halal dengan panggilan ‘Sayang’ seperti customer kita…rakan sekerja kita atau sesiapa saja yang berlainan jantina….
Mungkin bagi kita panggilan itu tak ada apa-apa ,aksud…tetapi sebenarnya ia tidak manis sekiranya didengar oleh lain…dan takut juga kalau dah kerap sangat panggil sayang…nanti lain pula jadinya….
Khaskan ungkapan ‘sayang’ kepada insan yang tidak mendapatkan fitnah pada diri kita nanti.
Sayang, tolong ambil faxkan untuk i…
Sayang , nak size dan warna apa?
Adalah lebih manis kita panggil pelanggan berlainan jantina dgn kita Encik/Puan/Cik
Bayangkan kalau pasangan halal mereka tersebut dengar? Kan akan menjadi fitnah… ☺
Jadi jagalah adab dalam pergaulan kita seharian.
Tepuk dada sendiri , tanya iman kita. Pastikan niat kita betul hanya kerana ALLAH.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
P/s: saya sedang belajar menjaga adab dan menjaga harga diri sendiri dan org lain.
Takut isteri saya marah? Bukan takut tapi saya sayang sangat dan Mestilah saya nak jaga hati bidadari saya… jaga hati pasangan halal lebih baik….
_____________________
Penulisan Adam Corrie
Setiap pasangan pasti akan melalui fasa pertunangan tidak kira sama ada ia dilakukan dalam satu majlis besar-besaran atau majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga sahaja. Itu merupakan pilihan masing-masing.
Fasa pertunangan dikatakan fasa untuk mengenali pasangan serta keluarganya dengan lebih dekat lagi. Jangan terkejut kerana tidak ramai yang mampu bertahan untuk meneruskan hubungan kerana tidak mampu menghadapi ujian dan cabaran yang begitu hebat.
Bertunang tidak bermakna anda akan berkahwin dengan dia. Syaitan memang akan mengganggu perhubungan kerana tidak mahu kita menjadi pasangan yang halal. Jadi, jagalah batas anda ketika bertunang. Ingat, pertunangan bukan ‘lesen’ untuk anda dan pasangan buat apa sahaja mengikut kata hati.
Ketahui adab-adab yang perlu dipatuhi ketika bertunang. Semoga bermanfaat untuk anda dan semoga urusan anda dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin.
1. Pertunangan Bukan Lesen Untuk Keluar Berdua
Ramai pasangan yang mengambil kesempatan untuk keluar berdua sehingga tidak menjaga batas pergaulan. Pertunangan bukan seperti ikatan perkahwinan yang sudah sah. Anda masih perlu menjaga batas pergaulan jika bersama pasangan.
2. Jangan Melengahkan Pernikahan
Apabila sudah mengikat tali pertunangan, ini bermakna anda dan pasangan perlu segera membuat perancangan untuk bernikah. Jangan sengaja melengahkan masa dan melambatkan pernikahan. Perlu anda tahu bahawa semakin lama pertunangan, semakin banyak cabaran yang perlu anda tempuhi.
3. Bertunang Tak Perlu Mewah
Jangan terlalu mengikut trend sehingga membazir hanya untuk majlis pertunangan. Lebih baik simpan duit untuk kahwin nanti. Lebih baik jika majlis anda hanya dihadiri oleh saudara-mara kerana jika putus, tidaklah anda malu di kemudian hari.
4. Solat Istikharah Jangan Dilupakan
Walaupun anda rasa si dia adalah yang terbaik untuk anda, mintalah juga petunjuk daripada Allah. Ia lebih menjamin kebahagiaan anda sekaligus membuatkan anda memilih pasangan hidup yang tepat.
Ada sesetengah isteri nak hadiah mahal daripada suami dek kerana melihat pemberian pasangan orang lain di medsos. Bukan kerana dengki tetapi nak merasa dapat kejutan dan dihargai.