PERFECT COUPLE! Dahlah Cantik, Tengok Video Kahwin Pun Boleh Sebak!

Share

Viral video perkahwinan pasangan pengantin dari Thailand ini di media sosial.  Chanchai Yusoh, 27, dan Nuramanee Bado, 25 menjadi bualan apabila pasangan yang sama cantik, sama padan ini selamat bernikah dalam satu majlis sederhana di Narathiwat.

 

Kredit foto: Instagram Nuramanee
Kredit foto: Instagram Nuramanee

Video pernikahan mereka yang meraih jutaan tontonan bukan sahaja menerima ucapan tahniah dari followers senegara malah dari Malaysia juga.

Kacak dan anggun mengenakan busana putih di majlis pernikahan, pasangan ini dilihat mengalirkan air mata saat lafaz akad selamat dilakukan.

Kredit foto: Instagram Nuramanee

Menurut laporan akhbar tempatan, Chanchai mempunyai darah campuran Malaysia dan datuknya menetap di Rantau Panjang, Kelantan. Pasangan ini pun sebenarnya sudah lama popular di Narathiwat.

Di sebalik air mata Chanchai, ada kisah yang tersimpan rapi.

 

 

Kredit foto: Instagram Nuramanee

“Saya sebak kerana doa saya dimakbulkan. Isteri banyak membantu saya sepanjang perkenalan kami.”

IKLAN