Ada sebuah hadis yang menerangkan bahawa perkahwinan adalah separuh dari agama. Sahihkah hadis tersebut, dan apakah maksud “separuh dari agama”?
Setiap muslim perlu memiliki disiplin apabila menerima ilmu agama, yakni dengan memastikan dalil-dalil yang diterima memiliki rujukannya, lagi sahih darjatnya. Jangan sekadar menerima sesuatu ayat al-Qur’an melainkan diketahui nama surah dan nombor ayat, supaya kelak boleh merujuk kembali kepada ayat tersebut. Jangan sekadar menerima sesuatu hadis Rasulullah melainkan diketahui siapakah imam hadis yang meriwayatkannya dan apakah darjat hadis tersebut.
Merujuk kepada hadis perkahwinan ialah separuh agama, maka lafaznya adalah seperti berikut.
Rasulullah bersabda:Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan dinilai hasan (baik) oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1916-B.
Ads
Maksud menyempurnakan separuh agamanya ialah bagi menerangkan keutamaan tuntutan perkahwinan dalam Islam. Sebegitu utama sehingga ia dapat menyempurnakan separuh dari agama seseorang.
Selain itu, ia juga bermaksud perkahwinan ialah jalan untuk masing-masing pasangan berkhidmat dan berbuat baik kepada satu sama lain sehingga ia menjadi ibadah yang menjana banyak pahala. Apabila suami keluar bekerja keras mencari nafkah untuk keluarga, maka ia adalah ibadah baginya.
Ads
Apabila isteri sibuk mengurusi suami, anak-anak dan rumah, ia menjadi ibadah baginya. Apabila suami memberi didikan agama kepada keluarga, ia menjadi ibadah baginya. Apabila isteri menasihati suami dalam urusan agama, ia menjadi ibadah baginya.
Ads
Oleh itu kehidupan di alam perkahwinan sangat banyak membuka jalan bagi suami dan isteri beribadah sehingga ia seolah-olah menyempurnakan separuh dari agama mereka.
Dalam hadis ini juga terdapat petunjuk bahawa perkahwinan bukan sekadar suka-suka sehingga ia dilakukan tanpa ilmu, pengorbanan dan niat yang betul.
Seandainya perkahwinan itu dibiarkan begitu sahaja sehingga masing-masing suami dan isteri mengabaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing, ia tidak lagi menjadi separuh dari agama. Bahkan Perkahwinan Adalah Separuh Dari Agama ia menjadi separuh dari sebab yang mendekatkan mereka ke arah neraka.
Oleh: Kapten Hafiz Bin Abdullah dalam bab munakahat Majalah Pesona Pengantin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri solehah merupakan penyejuk jiwa dan harta dunia akhirat buat seorang suami. Siapa tak mahu memiliki isteri yang mendengar kata, baik budi bahasa, santun akhlaknya. Tapi untuk membentuk seorang wanita menjadi isteri solehah ini, ada satu senjata yang suami perlu amalkan iaitu doa seorang suami
DOA SEORANG SUAMI.
Seorang isteri sangat memerlukan doa seorang suami dalam hidupnya. Doa yang baik-baik, doa yang indah-indah.
.
Pernah terfikir tak, bila isteri buat “perangai”, asyik marah-marah, asyik bad mood, asyik merajuk, asyik membebel, mungkin kerana suami terlalu kurang atau belum cukup mendoakan isteri. Suami ingin isteri jadi sabar dan lemah lembut, tetapi jarang2 sekali mendoakan isteri. Lalu bagaimana?
.
Percayalah doa seorang suami itu mustajab.
Doakanlah isteri jadi seorang yang “haalim” iaitu berlemah lembut dan santun, santun terhadap suami, santun terhadap anak-anak.
.
Bantulah isteri memperbaiki kelemahan dirinya.
Isteri adalah hawa yang dicipta dari tulang yang bengkok, meluruskannya dengan paksa, akan mematahkannya. Luruskan dengan kelembutan dan kebaikan, eloklah dia.
.
.
Kredit : Aisyah Huraiyah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah lama berkahwin, tentunya keinginan untuk memiliki zuriat sendiri tinggi. Harapan setiap kali haid tak datang membuatkan ramai isteri dah berbunga-bunga hatinya. Ada yang awal-awal lagi sudah bersedia mengambil supplemen dan asid folik. Bagus juga, sekurang-kurangnya tubuh bersedia menerima ‘orang baru’.
Terlalu banyak petua yang diamalkan para isteri demi untuk mendapatkan zuriat dan salah satu daripadanya adalah dengan minum air rebusan taugeh. Sebagai manusia, kita berhak untuk terus berusaha agar apa yang kita inginkan menjadi kenyataan. Asalkan jangan buat sesuatu yang melanggar Syariah atau undang-undang.
Ini tip untuk anda yang mahu berikhtiar hamil dengan air rebusan taugeh.
Rendam segenggam kacang hijau semalaman di dalam bekas berisi air
Keesokkannya, buang air tersebut dan ambil kacang hijau
Alaskan sehelai tisu bersih di atas meja. Kemudian letakkan kacang hijau tadi ke atas tisu.
Tutup semula kacang hijau dengan tisu bersih. Renjiskan air supaya tisu sentiasa dalam keadaan lembab. Biarkan semalaman
Keesokan harinya, kacang hijau akan keluar ekor anak taugeh. Ambil dan masukkan ke dalam periuk
Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk dan rebus hingga kuantiti air jadi separuh ataupun rebus selama satu minit.
Tapis air rebusan tu, minum airnya setiap malam sebelum tidur, dari hari kedua haid hingga haid bersih.
Segenggam kacang hijau itu adalah untuk minum selama seminggu
Esoknya, guna anak taugeh yang sama . Hanya tukar guna air rebusan baru sahaja.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelbagai kisah ditipu scammer membuatkan kita berhati-hati untuk mengangkat sebarang panggilan telefon terutamanya yang tertera kod 03 kerana kebanyakan scammer menggunakan nombor kod 03 (Kuala Lumpur) untuk menipu mangsa mereka.
Jadi, kadangkala kita akan mengabaikan panggilan telefon yang diragui kerana tidak mahu menjadi mangsa yang seterusnya. Namun begitu, tidak semua nombor perlu diabaikan apatah lagi di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Jika anda menerima panggilan daripada nombor 03-9833400, sila angkat kerana ia adalah nombor tulen dari pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk permohonan i-Akaun yang telah anda lakukan menerusi akaun 2 yang dibenarkan oleh pihak kerajaan.
Dalam kenyataan di laman web rasmi KWSP, pihak KWSP memaklumkan bagi mana-mana permohonan i-Lestari yang sudah dibuat melalui emel sebelum ini, pihak mereka akan menyusul dengan satu panggilan rasmi untuk memberikan no TAC dari talian sehala mereka iaitu 03-89224000.
Anda juga diminta tidak menghubungi nombor 03-89224000 kerana ia adalah panggilan sehala sahaja.
Pihak KWSP juga memaklumkan bahawa nombor ini adalah tulen dan agen KWSP akan memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan.
Talian ini beroperasi 7 hari seminggu dari jam 8 pagi hingga 7 malam. Pihak KWSP juga telah membuat satu inisiatif di mana anda boleh memohon menerusi laman web ilestari.kwsp.gov.my. Tidak perlu cetak borang, tidak perlu beratur di cawangan, semuanya hanya dalam talian. Mudah!
Dalam satu kenyataan pula, pihak KWSP memaklumkan bagi permohonan i-Lestari online, pemohon boleh menyemak status permohonan melalui i-Akaun (Ahli) dalam 5 hari bekerja. Manakala permohonan yang dibuat secara manual, ahli akan menerima SMS apabila pembayaran telah dikreditkan.
Bagi para pemohon, sila bersabar kerana memang banyak permohonan yang diterima dan pihak KWSP sedang berusaha untuk membantu kita semua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!