Ketahuilah bahawa kehidupan berumah tangga adalah proses untuk anda saling belajar mengenali pasangan yang tidak akan pernah habis, yang tidak akan berhenti untuk saling menyesuaikan diri.
Pasti ada dua insan yang memilih untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama, dua ego yang berjalan pada tujuan yang sama, akan menimbulkan perbezaan yang akan membuatkan kalian tetap saling menghargai satu sama lain.
Setiap pasangan pasti mempunyai perbezaan dan kekurangan yang pasti akan muncul di kemudian hari kerana tak mungkin dua insan yang memiliki ego berbeza mampu bersatu tanpa adanya rasa untuk saling mengalah.
IKLAN
Maka, disitulah nanti akan tercipta satu perasaan saling memahami antara satu sama lain, asalkan anda dan pasangan mampu bertahan dengan perbezaan itu.
Dan ada satu ketika nanti kalian akan tetap berselisih faham kerana sifat ego itu. Ketika itulah anda akan sedar akan kekurangan yang selama ini tidak anda ketahui. Namun, itulah saat di mana anda memahami dan mengerti bahawa tujuan hidup bersama adalah untuk saling melengkapi.
IKLAN
Selalulah berpesan pada hati agar menerima segala kekurangan pasangan agar sampai bila-bila pun anda akan mengerti bahawa hidup bersama itu memang untuk saling menyempurnakan.
IKLAN
Jangan hanya kerana anda tahu kekurangannya, lantas anda mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Itu merupakan tindakan bagi seorang individu yang pengecut!
Oleh itu, kalian haruslah sentiasa muhasabah diri agar pernikahan yang terjalin selalu damai dengan berkah-Nya kerana anda juga pasti memiliki kekurangan yang tersendiri.
Pernikahan dikatakan proses ta’aruf sepanjang masa kerana disitulah anda akan benar-benar belajar untuk mengenal antara satu sama lain. Nanti, anda pasti akan tahu bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Siapkan hatimu selalu untuk bisa menerima dan menghargai sepenuh hati.
Akhlak merupakan sikap yang amat penting untuk ditanam dalam diri manusia. Jika anda bergelar suami, anda hendaklah mempunyai akhlak yang baik terhadap isteri anda dan begitu juga sebaliknya. Akhlak yang baik boleh memastikan perhubungan berkekalan dan membawa kea rah keluarga yang bahagia tambahan lagi apabila isteri tengah hamil. Berikut merupakan akhlak yang perlu ada dalam diri suami ketika isteri tengah hamil:
.
1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.
2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
8. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.
ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :
1.Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
2.Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
3.Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
4.Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.
5.Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin” maksudnya “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”
6. Suami hedaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah yang menjaga hati para isteri
DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.
* Korbankan ego dan nafsu anda seketika wahai suami-suami. Layan la isteri anda seelok-elok nya ketika dia mengandung kerana dia sedang mengandungkan zuriat anda, waris anda. Saya kagum dengan suami yang beralah/mengalah dengan isteri ketika isterinya mengandung. Sweetnya kalau si suami empaty dengan isteri…bukan sekadar simpati.
* Ketika isteri sedang sarat/sedang berpantang, jangan la anda pula si suami menggatal dengan perempuan lain. Jagala emosi dan hati isteri anda. Dia bergadai nyawa melahirkan zuriat anda kemudian menjaganya siang malam. Makan/tidur terganggu sedangkan anda pula berseronok di luar dengan perempuan lain. Keluar makan, menonton wayang, shopping dll. Tidakkah anda si suami terfikir duit yang anda keluarkan untuk berfoya-foya itu adalah lebih baik di laburkan untuk anak-anak.
Cerita bab persediaan kahwin zaman sekarang, banyak menakutkan anak muda kini. Bukan apa, bajet yang digunakan bukan sikit-sikit. Makan belas-belas ribu ada di antaranya makan puluh ribu. Untuk setahun dua menyimpan, bukan mudah jika tidak dapat bantuan dari keluarga dan saudara mara yang membantu. Hafiz Aamirul, kongsi di twitter bebenang buat mereka yang bakal berkahwin dan masih tak cukup duit lagi.
Ada orang yang susah untuk berkahwin dengan pasangan oleh kerana bermacam ujian yang datang. Namun, ada pula yang Allah permudahkan tapi tak berhasil ditengah jalan kemudian bercerai.
Jodoh suami isteri ni boleh datang dalam bermacam-macam ujian. Terpulang pada kita untuk memikirkan jalan penyelesaiannya. Ikuti perkongsian daripada Syafiq Ridhwan ini.
Bila anak dah tidur, dan dapat makan berdua dengan isteri. Time ni lah semua masalah atau isu akan diceritakan.
Baik cerita hal kerja, cerita hal saudara mara, hal keluarga, hal jiran-jiran dan kawan-kawan, satu persatu akan dikupas.
Masa ni lah baru sedar, yang sebenarnya dah lama tak buat perkara macam ini. Dulu awal kahwin, selalu saja lepas balik kerja, duduk makan dan borakkan segala hal. Gelak-gelak waima ada juga yang bertelagah isu-isu yang kecil.
Tapi bila dah ada anak, perbualan tu tak sama lagi. Nak fokus pada anak yang nak perhatian. Kadang baru buka satu topik, terus je tamat sebab anak nak beraklah, mengamuklah.
Tapi itulah hilang satu, Tuhan Maha Baik, Dia gantikan dengan lagi satu. Tak dapat borak, dapat lihat anak punya keletah pun satu nikmat.
Cuma walau terbatas macam mana pun waktu, komunikasi ni memang wajib. Sebab tu saya selalu cakap dengan isteri, bila anak tidur je, cubalah siapkan makanan dulu, then kita kena makan berjemaah.
Sebab kita cuma punya masa ini sahaja. Untuk kita borak balik hal-hal awal perkahwinan, impian dan tujuan asal kita berkahwin, masalah yang bermain dalam kotak fikiran kita semasa di tempat kerja, hal apa pun yang kita sentiasa memendam, waima mungkin sesama kita.
Ia mungkin tak akan dapat lama. Tapi dengan 30 minit berborak, suami tahu yang isteri dia masih ada untuk dia, dan isteri tahu, suami dia masih ambil berat perihal diri dia. 30 minit berkualiti ni sangat penting untuk penjagaan emosi sesama kita.
Kadang kala kita beriya kejar hal dunia ni, tapi kita lupa, semuanya sebenarnya bermula dari rumah. Macam mana kita bahagikan kerja-kerja dalam rumah, menjadikan bagaimana kita mengurus di tempat kerja.
Bagaimana emosi itu dijaga baik dari rumah, ia akan membawa seterusnya emosi yang baik di tempat kerja. Begitulah.
Dengan dunia hari ini, semuanya akan sentiasa sibuk. Duit, kerjaya, tanggungjawab semuanya membataskan kita untuk fokus perkara yang lebih utama.
Tapi percayalah, isteri yang baik akan reflect pada suami untuk jadi baik. Dan suami yang baik akan reflect pada isteri untuk jadi baik. Dan ibu bapa yang baik, pasti reflectnya pada anak untuk jadi jauh lebih baik.
Buat pasangan yang baru kahwin, jika memiliki ruang rumah kecil, anda jangan rasa tak best pula. Sebab anda boleh bagi nampak luas jika pandai pusing perabot unuk naikkan seri rumah.