Alam percintaan memang cukup indah untuk dilalui. Segalanya tampak sempurna kerana ada insan yang sudi berkongsi segala masalah yang dihadapi.
Sebelum mendirikan rumah tangga, pastinya anda perlu mengenali si dia dengan lebih mendalam agar hubungan yang dibina tidak berlandaskan kepura-puraan semata-mata.
Tip ini mungking berguna untuk wanita yang akan mengenali, sudah mengenali dan masih mengenali hati insan yang bernama lelaki atau suami.
Agama
Sebenarnya, perihal agama inilah sepatutnya perlu dilihat terlebih dahulu sebelum berumah tangga. Suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumah tangganya. Jika terdapat salah dan silap yang dilakukan oleh isteri, suami wajar menegur bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat agama.
Harta
Berbicara soal harta, tidak bermakna anda perlu memandang harta sebagai perkara utama dalam sesebuah perhubungan. Sebenarnya, suami perlu bertanggungjawab ke atas kewangan isterinya yang disebut sebagai nafkah. Apa guna suami kaya tetapi kedekut dengan isteri dan tidak memberi nafkah.
Ads
Akhlaknya
Antara akhlak mulia yang perlu diperhatikan adalah penampilan, kekemasan pakaian, cara percakapan, jujur akhlaknya, merendah diri dan tegas dalam melakukan sesuatu perkara. Lihat juga akhlaknya pada orang lain termasuklah ahli keluarga dan rakan-rakannya.
Kusangka Bujang, Rupanya Suami Orang!
Hal ini pasti menggerunkan sesetengah wanita di luar sana. Lagaknya, tutur katanya, semuanya tidak menggambarkan apa-apa petunjuk yang memungkinkan si dia ini suami orang. Jadi, bagaimana untuk mengenal pasti bahawa si dia ini sudah berkahwin? Jika anda pernah menaiki kereta kepunyaan teman lelaki, pasti terasa pelik jika terdapat kasut perempuan atau alat permainan yang sememangnya bukan milik kita, bukan? Tanya dan selidiklah perkara ini jika anda pernah melaluinya walaupun si dia sudah menyatakan hal sebenar.
Ads
Bukan untuk mengongkong segala tindak tanduknya, namun pasti hati terasa puas tatkala kita sudah mengetahui perkara yang sebenarnya. Lagi buruk padahnya jika kita mengetahui sesuatu perkara daripada mulut orang lain.
Bebas Penyakit
Penyakit yang dimaksudkan di sini ialah penyakit yang boleh disebarkan sama ada melalui sentuhan mahupun hubungan seks. Ini sangat penting kerana apabila anda sudah berkahwin nanti, pastinya anda dan suami akan melakukan hubungan kelamin. Antara penyakit yang boleh disebarkan melalui hubungan seks ialah AIDS, HIV, Thalassemia, ataupun penyakit kelamin. Kesemua ini perlu diambil kira agar tidak berjangkit setelah anda melakukan hubungan intim. Oleh sebab itulah pemeriksaan sebelum berkahwin sangat penting untuk anda jalani. Berilah sokongan kepada bakal suami atau suami jika terdapat apa-apa penyakit yang dihidapi.
Ads
Malas vs Rajin
Hal ini perlu dipandang berat. Memang benar, semasa bercinta tidak semua perkara sama ada yang baik mahupun yang buruk ditonjolkan oleh pasangan. Lantas, selepas berumah tanggalah kesemua sikap dapat dilihat termasuklah sikap malas ataupun rajin. Pastinya, kita sebagai isteri tidak akan ‘menang tangan’ jika si suami tidak pandai menolong dalam menguruskan hal rumah tangga. Oleh yang demikian, amat penting untuk saling membantu antara satu sama lain semasa menguruskan kerja rumah, lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai cahaya mata.
Hobi
Apakah hobi bakal suami anda? Jika anda masih lagi belum mengetahuinya, ketahuilah serba sedikit tentangnya. Mungkin hobi anda dan juga suami adalah sama. Jadi, bolehlah anda berdua melakukan hobi itu bersama-sama pada masa terluang. Contohnya, jika anda dan suami sangat gemar memancing, apa kata setiap hujung minggu anda dan juga suami pergi memancing sama ada di sungai ataupun air terjun. Pastinya hujung minggu yang terluang itu diisi dengan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan anda berdua.
Pekerjaan
Pekerjaan merupakan salah satu aspek yang sangat penting. Tidak kira apa jua jenis pekerjaan, namun datang daripada sumber yang halal, pastinya memberikan kebahagiaan bukan sahaja pada anda, malah pada keluarga yang bakal dibina. Pastikan pekerjaan yang dimiliki suami adalah daripada sumber yang halal dan tetap kerana setelah berkahwin, suamilah yang akan menampung segala perbelanjaan keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Agak ramai yang mencari tip pilih pencuci muka untuk elakkan muka kering dan berjerawat. Kadang kalau ikut orang beli, pada akhirnya kulit breakout.
Fokus kepada bakal pengantin, anda sepatutya tahu pakai produk terbaik untuk jaga kulit wajah.
Bakal Pengantin Kena Pandai Pilih Pencuci Muka
Okay, kali ini jangan risau sebab anda boleh cuba guna tip cantik yang dikongsi oleh Sarah Sofea, yang mana pencuci muka sesuai bantu lembapkan kulit wajah.
Jenis Kulit Kering
Kalau anda kulit kering, boleh ambik texture cleanser yang thick cream type. Jadi anda boleh cuba Safi Hyda Glow! Texture cream sangat sesuai untuk kulit kering sebab texture “thick” akan memberikan lebih hidrasi dan melembabkan kulit yang kering dan paling penting tidak mengeringkan kulit.
Jenis Kulit kombinasi
Boleh ambil texture yang creamy to gel texture ataupun gel texture. Salah satunya Cosrx & Pink punya pencuci muka. Texture macam tengah-tengah antara cream & gel. Jadi sangat sesuai untuk combination skin kerana sesetengah bahagian muka berminyak dan ada part
yang kering.
Jenis Kulit Berminyak
Untuk yang ada kulit berminyak, boleh pilih gel type. Pencuci muka yang best, mestilah Bareskinlab. Haaa… kalau kulit anda kombinasi, akan rasa kurang suka sebab agak
kering. Jadi siapa yang kulit berminyak boleh pakai texture gel kerana lebih ringan pada kulit dan tiada greasy feel dekat kulit after basuh muka.
Boleh juga pilih bahan yang ada salicylic acid yang dapat absorsb excess oil. Jadi muka akan lebih rasa segar selepas cuci.
Jenis Kulit Sensitif
Untuk anda yang kulit sensitif pula, boleh pilih pencuci muka yang texture gel. Salah satunya yang best adalah Cetaphil cleanser. Memang laku keras dan sesuai bagi anda yang berkulit sensitif.
Selepas pakai tiada rasa iritasi atau kering. Malah pencuci muka ini pun recommended by dermatologist. Anda yang berkulit ‘manja’ wajib cuba!
Sudah satu cara pilih pencuci muka yang sesuai, nanti pastikan pakai dua kali sehari sahaja ya. Dan kalau kulit anda jenis kering, cukup sekali jika anda bermekap.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau 10 tahun kita kenal pasangan kita belum tentu kita kenal dia luar dalam seperti lepas kahwin. Kalau sebelum kahwin, berjanji setia, belum tentu selepas kahwin dia kotakan janjinya. Ini pesanan Encik Matt buat gadis dalam memilih calon suami.
Sebelum kahwin ini Biasanya akan dijanjikan oleh lelaki yang membuatkan semua wanita percaya:
Akan jadi suami BERTANGGUNGJAWAB.
Akan jadi suami PRIHATIN.
Akan jadi suami PENYAYANG.
Akan jadi suami MITHALI.
Betul?
Namun sebaliknya SESETENGAH isteri dapat. Semua di atas itu hilang setelah kahwin bertahun-tahun.
Mula jadi suami yang PEMARAH.
Mula jadi suami yang abaikan banyak perkara.
Mula jadi suami kaki lepak waktu malam.
Mula jadi suami ikut perangai lama.
Mula jadi suami kaki pukul, kaki maki hamun.
Pesan saya kepada anak gadis. Jika mahu lihat bakal suami kamu itu baik. Bukan janji-janji dia, tapi Lihatlah waktu malam dia dimana, 5 waktu dia dimana, selepas magrib apa dia buat. Tanya dia satu tahun berapa kali dapat khatam Al-Quran.
“Jangan jadi wanita yang malang”
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain dekorasi pelamin dan meja beradab, bilik tidur antara ruang yang sering dijengah oleh tetamu tatkala mengadakan majlis kahwin di rumah. Bilik tidur merupakan ruang peribadi buat bakal pengantin seharusnya dihias menarik bagi memberi mood untuk anda dan pasangan.
Buat yang kreatif mungkin boleh menjadikan majalah dekorasi sebagai rujukan untuk hiasan yang bagaimana anda mahukan. Serikan dengan wangian yang memberi kesan romantis dan menukar warna dinding dengan cat atau menggunakan kertas dinding.
Tip berikut boleh anda aplikasikan untuk hiasan bilik pengantin.
1. Sama ada pemilihan yang sederhana atau ringkas. Bilik tidur sebaiknya kelihatan tenang dan mendamaikan.
2. Jangan terlalu sarat dengan pelbagai hiasan, ‘mood’ pengantin akan hilang.
3. Hiasan sederhana sudah memadai. Namun, masyarakat tetap mahukan bilik pengantin dihias gah dan mewah. di istana.
4. Sebelum hias, fikirkan tema, warna cadar, bantal atau aksesori hiasan. Ini bertujuan untuk tentukan terlebih dahulu warna tema bilik pengantin.
5. Pilih set bilik yang bersesuaian seperti hiasan langsir, latar belakang katil, permaidani dan cadar.
6. Pilih cadar katil daripada warna putih atau ‘pastel’. Elakkan daripada memilih cadar bercorak besar kerana ia boleh menyebabkan bilik nampak kecil dan sempit. Elak dari memilih cadar rona terang.
7. Elak meletakkan jambangan bunga yang besar atas tilam.Lebih baik memilih jambangan bunga segar bersaiz kecil dengan kuantiti banyak supaya boleh diletakkan di tepi kiri dan kanan katil dan lebih manis gayanya.
8. Hias meja solek dengan barangan seperti botol haruman bersaiz kecil, kaki lilin serta bekas potpuri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!