Alam percintaan memang cukup indah untuk dilalui. Segalanya tampak sempurna kerana ada insan yang sudi berkongsi segala masalah yang dihadapi.
Sebelum mendirikan rumah tangga, pastinya anda perlu mengenali si dia dengan lebih mendalam agar hubungan yang dibina tidak berlandaskan kepura-puraan semata-mata.
Tip ini mungking berguna untuk wanita yang akan mengenali, sudah mengenali dan masih mengenali hati insan yang bernama lelaki atau suami.
Agama
Sebenarnya, perihal agama inilah sepatutnya perlu dilihat terlebih dahulu sebelum berumah tangga. Suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumah tangganya. Jika terdapat salah dan silap yang dilakukan oleh isteri, suami wajar menegur bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat agama.
Ads
Harta
Berbicara soal harta, tidak bermakna anda perlu memandang harta sebagai perkara utama dalam sesebuah perhubungan. Sebenarnya, suami perlu bertanggungjawab ke atas kewangan isterinya yang disebut sebagai nafkah. Apa guna suami kaya tetapi kedekut dengan isteri dan tidak memberi nafkah.
Akhlaknya
Antara akhlak mulia yang perlu diperhatikan adalah penampilan, kekemasan pakaian, cara percakapan, jujur akhlaknya, merendah diri dan tegas dalam melakukan sesuatu perkara. Lihat juga akhlaknya pada orang lain termasuklah ahli keluarga dan rakan-rakannya.
Kusangka Bujang, Rupanya Suami Orang!
Hal ini pasti menggerunkan sesetengah wanita di luar sana. Lagaknya, tutur katanya, semuanya tidak menggambarkan apa-apa petunjuk yang memungkinkan si dia ini suami orang. Jadi, bagaimana untuk mengenal pasti bahawa si dia ini sudah berkahwin? Jika anda pernah menaiki kereta kepunyaan teman lelaki, pasti terasa pelik jika terdapat kasut perempuan atau alat permainan yang sememangnya bukan milik kita, bukan? Tanya dan selidiklah perkara ini jika anda pernah melaluinya walaupun si dia sudah menyatakan hal sebenar.
Ads
Bukan untuk mengongkong segala tindak tanduknya, namun pasti hati terasa puas tatkala kita sudah mengetahui perkara yang sebenarnya. Lagi buruk padahnya jika kita mengetahui sesuatu perkara daripada mulut orang lain.
Bebas Penyakit
Penyakit yang dimaksudkan di sini ialah penyakit yang boleh disebarkan sama ada melalui sentuhan mahupun hubungan seks. Ini sangat penting kerana apabila anda sudah berkahwin nanti, pastinya anda dan suami akan melakukan hubungan kelamin. Antara penyakit yang boleh disebarkan melalui hubungan seks ialah AIDS, HIV, Thalassemia, ataupun penyakit kelamin. Kesemua ini perlu diambil kira agar tidak berjangkit setelah anda melakukan hubungan intim. Oleh sebab itulah pemeriksaan sebelum berkahwin sangat penting untuk anda jalani. Berilah sokongan kepada bakal suami atau suami jika terdapat apa-apa penyakit yang dihidapi.
Malas vs Rajin
Hal ini perlu dipandang berat. Memang benar, semasa bercinta tidak semua perkara sama ada yang baik mahupun yang buruk ditonjolkan oleh pasangan. Lantas, selepas berumah tanggalah kesemua sikap dapat dilihat termasuklah sikap malas ataupun rajin. Pastinya, kita sebagai isteri tidak akan ‘menang tangan’ jika si suami tidak pandai menolong dalam menguruskan hal rumah tangga. Oleh yang demikian, amat penting untuk saling membantu antara satu sama lain semasa menguruskan kerja rumah, lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai cahaya mata.
Ads
Hobi
Apakah hobi bakal suami anda? Jika anda masih lagi belum mengetahuinya, ketahuilah serba sedikit tentangnya. Mungkin hobi anda dan juga suami adalah sama. Jadi, bolehlah anda berdua melakukan hobi itu bersama-sama pada masa terluang. Contohnya, jika anda dan suami sangat gemar memancing, apa kata setiap hujung minggu anda dan juga suami pergi memancing sama ada di sungai ataupun air terjun. Pastinya hujung minggu yang terluang itu diisi dengan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan anda berdua.
Pekerjaan
Pekerjaan merupakan salah satu aspek yang sangat penting. Tidak kira apa jua jenis pekerjaan, namun datang daripada sumber yang halal, pastinya memberikan kebahagiaan bukan sahaja pada anda, malah pada keluarga yang bakal dibina. Pastikan pekerjaan yang dimiliki suami adalah daripada sumber yang halal dan tetap kerana setelah berkahwin, suamilah yang akan menampung segala perbelanjaan keluarga.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri kalau nak bahagia kena tahu cara uruskan masa sebaiknya. Baik bekerja atau suri rumah, tempoh untuk rawat emosi perlu ada.
Ini yang anda kena belajar bila sudah bergelar isteri kepada seseorang sebab perjalanan untuk menjadi wanita bahagia tidak mudah jika salah gayanya.
Nakj lebih dekat lagi dengan keadaan, jemput baca perkongsian Fahimah Mahayuddin ini tentang pulihkan emosi wanita bergelar isteri.
Cara Uruskan Masa Untuk Isteri Rasa Bahagia
Kadang-kadang bila terbaca keluhan para suri rumah yang burn out, kepenatan dan tak ada kawan, tak ada masa untuk diri sendiri rasa sangat memahami. Sebab diri sendiri juga pernah lalui benda yang sama masa fasa anak-anak masih kecil. Tambah bila suami outstation, anak-anak semua tak sihat, masa ini memang sangat menguji mental fizikal. Ada masa menangis juga. Bila anak-anak semuanya jenis “high needs”/ “high demand”.
Ayat penguat semangat pada diri sendiri masa itu, anak-anak tak selamanya kecil. Sampai masa akan besar juga. Bersabar dan harungi saja. Allah angkat dan tinggikan darjat seorang ibu kerana Allah tahu tugas seorang ibu itu tak mudah.
Sampai Masanya, Anak Dah Boleh Uruskan Dirinya
Dan masa berlalu pantas, sekarang anak-anak dah makin besar dan bersekolah. Walaupun yang bongsu sekarang baru 4 tahun, tapi dah mula rasa makin mudah nak uruskan anak-anak berbanding dulu. Sudah boleh tinggalkan pada cikgu atau ayah mereka sekejap. Mama pun sudah boleh explore skill diri. Boleh pilih kerjaya yang memerlukan keluar dari rumah walaupun dekat-dekat saja. Ada lah masa lebih sikit untuk diri sendiri dan dapat keluar breakfast berdua dengan husband.
Kalau dulu memang tak boleh nak tinggal lansung anak-anak. Diorang memang nak mama 24 jam. Mama garang macam singa pun tetap nak mama. Ya ..masa akan berlalu dan lalui saja tempoh tu.
Tak tahu nak bagi kata semangat apa bagi mereka yang tengah lalui fasa-fasa kepenatan dan burn out ni. Yang lalui saja yang faham. Tambah kalau anak-anak masih kecil semuanya dan jarak rapat-rapat. Paling penting, kena ada support system yang kuat terutamanya suami.
Rezeki kalau dapat suami yang sentiasa mendengar dan membantu. Untuk suri rumah yang menguruskan semua sendiri dan pjj dengan suami pasti struggle itu lebih lagi. Semoga Allah kurniakan pahala berganda-ganda buat kalian.
Kalau Penat, Berhenti Buat Kejap
Yang boleh pesan, kalau rasa penat, berhenti. Jangan paksa diri. Rehat saja. Rumah tak berkemas, biar dulu. Ajar mata dan hati untuk berdamai dengan keadaan. “Stress” yang boleh letak tepi, letak tepi. Ada masa , anak-anak dah tidur baru kemas. Kalau tak, tunggu lah suami balik buat sama-sama. Ada waktu kalau tak sempat masak, beli. Kalau tak ada duit nak beli, masak saja yang simple. Dulu-dulu kalau nak gerak ke dapur pun anak menangis tak henti, tanak nasi, goreng telur dan makan dengan kicap pun cukup. Asal perut kenyang dan ada tenaga nak jaga dan menyusukan anak.
Buatlah apa yang kita rasa mampu. Jangan banding life kita dengan life orang lain. Kalau rasa media social ini rasa serabut, buat kita rasa rendah diri, shut down semua media social. Fokus kehidupan sendiri. Ini perkara yang saya buat lepas lahirkan anak kedua. Off semua media social seketika. Media social untuk bisnes saja yang aktif masa itu. Sebab berniaga. Time dulu memang hidup dalam circle sendiri. Lebih tenang dan bahagia uruskan semua.
Begitulah cara kalau nak bahagiakan hati sendiri, jadi buat anda yang masih uruskan anak-anak sendiri, jangan sesekali rasa ‘tak cukup’. Teruskan dan kayuh perlahan-lahan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasalah, masuk bab posing je mesti ramai antara kita yang kaku. Yelah, kita bukanlah selalu sangat dihadapan kamera kan. So, photographer APP Aimi Photoart Photography ini kongsi 19 cara pose senang buat pengantin yang tak biasa bergambar.
Benda PALING MENAKUTKAN “Kami xtahu nak posing” Jangan risau. Boleh tgk cara posing yg sesuai utk anda berdua ❤️❤️
Simple jer Try ambik contoh ni Nanti masa nak bergambar jadi mudah
Suri rumah mesti tidak boleh berpisah dengan perkara yang melibatkan kebersihan dalam rumah seperti tempat tinggal dan pakaian. Namun sejauh mana telitinya anda sebagai suri rumah dalam membuat pemilihan sabun sebagai bahan pencuci, kerana setiap satunya mempunyai kesan tersendiri sebagai bahan peluntur dan boleh memastikan pakaian dalam keadaan cantik dalam temoh yang lama. Jadi mana satu produk terbaik anda?
TOP Powder Laundry Detergent
Untuk pakaian yang kekal wangi sesuai dengan gaya hidup aktif anda Terdapat 4 variasi haruman yang boleh anda pilih iaitu Blooming, Super Hygiene, Super White dan Super Color.
Istimewanya, sabun detergen ini diformulasi khas untuk pakaian berwarna putih, jadi tiada lagi kesan kotoran selepas basuhan. Sabun ini juga mampu untuk menyerap bau peluh, pakaian anda akan kekal wangi sepanjang hari.
Sabun pencuci baju murah bawah RM 20 –lebih daripada 1 kg . Sabun detergen dari rangkaian produk Daia ini sesuai untuk kegunaan ekonomi kerana harganya yang murah. Diinovasikan daripada formula aktif dengan teknologi yang dikenali sebagai Colourshield. Berfungsi untuk menghilangkan kekotoran pada pakaian tanpa memudarkan warnanya walaupun dibasuh berkali-kali. Pilihlah sabun ini agar dapat menjimatkan perbelanjaan anda di rumah.
Sesuai untuk pakaian bayi, tidak menyebabkan iritasi kulit kepada si kecil .Tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakan sabun detergen dari jenama Pureen bagi mencuci pakaian bayi anda kerana ia mengandungi Perborate yang selamat untuk lampin dan pakaian berwarna. Selain mampu menghapuskan kotoran degil, sabun ini juga mempunyai kuasa oksidasi yang dapat membunuh bakteria secara efektif. Harumannya yang unik pula akan meninggalkan wangian yang segar pada pakaian.
Eziclean Laundry
Sabun detergen jenis alkali selamat untuk kegunaan mesin basuh.Sabun detergen Eziclean diformulasi secara beralkali dengan sistem serbuk pencuci yang unik, bahan pencegah karat dan bahan anti-endapan semula, baik untuk melindungi mesin basuh serta pakaian. Sabun detergen ini mengharumkan pakaian anda dengan wangian dari ekstrak bunga. Pencuci ini juga mengandungi pencerah optik agar pakaian supaya sentiasa kelihatan cerah dan baru serta tidak berbuih semasa mencuci dan mengandungi formula anti-bakteria yang dapat menyahkuman dan mencegah bau busuk pada pakaian.
Breeze Liquid Detergent Anti Bac & Color Protect
Detergen jenis cecair untuk mesin basuh. Sabun basuh jenama Breeze ini direkomendasi khas untuk kegunaan mesin basuh jenis front loading (muatan hadapan). Sabun ini bertindak 3 kali ganda daripada sabun biasa untuk menghilangkan kotoran degil serta diformulasi agar pakaian berwarna tidak pudar setelah dibasuh berkali-kali. Kandungan anti-bakteria dalam sabun ini juga memberikan perlindungan sehingga 99.9% terhadap jangkitan kuman
Dettol Laundry Sanitiser (750ml)
Sabun pencuci pakaian jenis sanitiser – terbaik untuk kulit sensitif. Sabun pencuci jenama Dettol ini sesuai untuk kulit sensitif kerana ia dapat menghapuskan 99.9% kuman pada pakaian seperti backteria Staphlococcus dan E.Coli sama ada dibasuh dengan cucian panas ataupun sejuk. Sesuai digunakan untuk mencuci pakaian kotor yang melekat dengan peluh (semasa) aktiviti bersukan, pakaian dalam, stokin, pakaian kerja, tuala dan kain linen. Formula yang terkandung dalam sabun ini juga, dapat menghalang jangkitan kuman dan infeksi silang (cross-infection) pada barangan laundry.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!