Pemberian dulang hantaran di dalam majlis pertunangan mahu pun pernikahan merupakan suatu kemestian di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.
Selain memenuhi keperluan dan tuntutan adat untuk mengikat dua hati menjadi satu. Berbalas dulang hantaran juga dianggap sebagai simbolik mengukuhkan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua belah pihak. Malah turut menjadi bukti tanda kasih antara pasangan dengan pemberian barangan yang istimewa dan bermakna.
Perlu Diingat:
1. Ada bekas hantaran seperti dulang, bakul, kotak ataupun bekas kaca.
2. Harus ada alas dulang seperti daripada fabrik organza, satin, sifon yang digubah indah dengan juraian manik ataupun renda.
3. Cantikkan gubahan dengan jambangan bunga sama ada yang segar ataupun artifisial. Lagi banyak lagi cantik. Namun ada juga yang menggunakan sedikit bunga dan terpulang pada cita rasa masing-masing.
4. Perlu pastikan gubahan itu kukuh dan senang untuk dibawa agar tidak jatuh tatkala dibawa pengiring.
Ads
5. Jika barangan makanan yang dibawa, pastikan diletakkan dalam bekas yang selamat agar tidak dimasuki habuk ataupun serangga seperti semut dan lalat.
Perkara Perlu Dielak:
1. Jika mahu membawa manisan sebagai hantaran seperti kek atau kuih, pastikan diisi pada hari mahu berangkat. Jangan bawa manisan yang berkuah, bimbang menghadapi kesukaran membawanya.
2. Elakkan gubahan hantaran dibawa kanak-kanak kerana bimbang akan terjatuh dan pasti akan mencacatkan majlis.
3. Pastikan kek yang dibawa adalah jenis fondan bukan krim. Ini kerana bimbang jatuh atau kemek dan akan merosakkan kek yang dibawa.
Ads
Tip minimumkan kos:
1. Beli barangan gubahan dengan harga borong.
2. Buat penawaran untuk menggandakan penjimatan wang.
3. Bandingkan harga di beberapa kedai terpilih.
Ads
4. Beli barang hantaran sewaktu jualan potongan harga.
5. Jika barangan lama (seperti majlis tunang) masih elok, boleh gunakan dengan menggubahnya semula.
6. Beli barang sedikit demi sedikit, taklah rasa terbeban bila beli barang sekaligus.
kredit foto hantaran: dw.co, ayulrahman, qahharphotography
Saksikan juga pasangan manis dalam detik indah Pesona Pengantin bercerita tentang persiapan hantaran mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Oh, patutlah sebelum ini urusan jodoh seakan lambat. Rupa-rupanya ada perkara-perkara yang kita lakukan menghalang kita daripada bertemu jodoh. Memang benar, ajal, maut, rezeki dan jodoh itu rahsia Allah. Sebagai manusia biasa, kita perlu redha dengan segala ketentuannya.
Dalam soal pemilihan jodoh pula, ada individu yang mudah untuk dapat jodoh dan ada juga yang sulit jodohnya. Selain daripada ketentuan Allah, sebenarnya masih ada dosa yang menghalang kita untuk bertemu jodoh oleh-NYa.
Kami kongsikan 5 perkara yang perlu anda jauhi agar urusan jodoh anda dipermudahkan.
1. Meninggalkan Solat
Setiap individu beragama Islam wajib untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Solat merupakan ibadah yang tidak boleh ditinggalkan walau sedikit pun. Dengan meninggalkan solat, ia menjadi penyebab mengapa Allah tidak memakbulkan permintaan hamba-Nya. Lebih-lebih lagi dalam soal jodoh.
Selain meninggalkan solat, anda yang sering menunda solat hingga ke akhir waktu juga perlu mengubah sikap ini. Tidak hairanlah jika Allah mengutamakan tidak mengutamakan doa-doa anda termasuklah soal jodoh.
2. Melakukan Zina
Zina merupakan salah satu perbuatan keji yang dibenci ALlah. Dengan kata lain, melakukan zina akan membuatkan hubungan manusia dengan Tuhannya rosak sehingga urusan jodoh pun terhalang kerana dosa tersebut.
Sekiranya anda pernah melakukan zina, segeralah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Mohon ampun di atas segala kesilapan anda. Allah itu sifatnya Maha Pengampun dan pasti taubat seseorang dengan penuh keikhlasan akan diterima-Nya.
3. Melakukan Perbuatan Syirik
Seperti yang anda tahu, perbuatan syirik adalah berdosa besar. Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya. Contohnya, apabila jodoh anda lewat tiba, anda meminta pertolongan bomoh, tukang tilik dan sebagainya. Hal ini bertentangan dengan hukum Allah. Hanya Allah tempat anda bergantung.
4. Memutuskan Silaturahim
Hubungan silaturahim perlu dipandang sebagai elemen penting dalam usaha membina hubungan dengan Allah. Mengekalkan hubungan silaturahim sesama manusia akan memudahkan kita mendapat rezeki berupa jodoh. Oleh itu, jangan sesekali cuba untuk memutuskan silaturahim sesama manusia.
5. Dosa Terhadap Orang Tua
Ibu bapa penyebab anda wujud di dunia ini. Melakukan dosa terhadap ibu bapa boleh menyebabkan kemurkaan Allah dan menutup segala pintu rezeki. Keredhaan ibu bapa itu penting. Tanpa redha mereka, Allah juga tidak akan membantu hamba-Nya. Maka, lambatlah urusan jodoh anda.
Kejutan menghadapi budaya hidup keluarga mertua sering berlaku kepada pasangan yang baru berkahwin, sehingga kadang-kadang jika tidak ditangani dengan baik, boleh menyebabkan krisis dalam rumah tangga.
Perbezaan ini memerlukan penyesuaian kerana walaupun berbeza status tanggungjawab menghormati dan melayan ibu bapa mertua dan keluarganya adalah sama seperti kita menghormati dan melayan ibu bapa kandung dan kaum kerabat sendiri.
Hubungan dan komunikasi dengan keluarga mertua perlu dikendalikan secara hormat dan hikmah malah bersama ipar duai juga perlu dipelihara kerana perkahwinan bukan sahaja membina hubungan suami isteri, ia juga menghubungkan tali silaturrahim dan persaudaraan antara dua buah keluarga yang sebelum ini mungkin belum pernah mengenali antara satu sama lain.
Panduan mengelakkan masalah hubungan dan komunikasi
1- Bersifat terbuka dan bersangka baik kepada keluarga mertua walaupun mempunyai pendapat yang berlainan. Pasangan kita mungkin boleh menjadi perantara untuk menyatukan dua pendapat yang berbeza. Elakkan buruk sangka bagi mengelakkan pertengkaran yang boleh menjejaskan lagi hubungan anda dengan keluarga mertua.
2- Menunjukkan kegembiraan apabila mereka berkunjung ke rumah anda melalui huluran salam, layanan mesra dan menyediakan hidangan yang enak mengikut kemampuan.
3- Apabila keluarga mertua membuat aktiviti atau program maka anda sebagai menantu perlulah memberi kerjasama dan komitmen dalam aktiviti atau program yang dirancang, jika tidak dapat menghadirkan diri berilah alasan secara baik agar tidak menyinggung perasaan pihak mertua.
4- Jika anda mempunyai masalah dalam rumah tangga, mereka juga boleh menjadi tempat untuk anda meminta nasihat dan bimbingan. Jangan sesekali abaikan mereka dalam membuat sesuatu keputusan.
5- Sentiasa ingat bahawa pengorbanan kita memendam rasa akibat rasa kurang senang atau tidak puas hati terhadap keluarga mertua atau ipar duai mungkin terlalu kecil jika dibandingkan dengan doa dan restu mereka untuk kesejahteraan hidup kita sepanjang hayat. Mereka juga sama seperti ibu bapa kandung kita mendoakan yang terbaik dan tidak ada ibu bapa yang sanggup mendoakan sesuatu yang buruk terjadi pada anak menantu mereka.
7- Tidak mencampuri urusan keluarga mertua terutama dalam soal pengurusan harta atau kewangan melainkan diminta pandangan atau nasihat. Jangan cuba berlagak pandai dalam menguruskan hal-hal keluarga mertua jika pandangan anda tidak diperlukan. Anda bukan akan menyelesaikan masalah tetapi akan lebih menambahkan masalah. Lebih berhati-hati bila bercakap jika melibatkan sesuatu yang sensitif tentang keluarga mertua anda.
8- Memberi respon positif terhadap sebarang kenyataan dan tidak menggunakan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka. Jangan sesekali gunakan bahasa yang kasar yang boleh menampakkan sikap kurang ajar anda.
9- Berbuat baik dengan kawan-kawan dan adik beradik pasangan merupakan salah satu cara suami atau isteri menzahirkan rasa kasih sayang kepada pasangan. Hormatilah juga saudara mara yang lain seperti mana anda menghormati suami anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi meraikan isteri yang berpenat lelah mengandung dan melahirkan anak, jadi tidak ada salahnya jika suami memberi hadiah untuk isteri bagi menghargai pengorbanan mereka bertarung nyawa melahirkan zuriat anda sendiri.
Masa inilah suami dapat menunjukkan betapa cinta dan sayangnya suami terhadap isteri mereka. Jadi apa salahnya jika suami beri pernghargaan kepada isteri anda dengan hadiah yang istimewa. Pasti senyum lebar isteri nanti.
1. Alat mekap
Dalam tempoh berpantang tidak semestinya isteri harus kelihatan selekeh dan tidak boleh bersiap cantik. Sebab itu, dengan pemberian alat mekap ini, ia dapat memberi isteri semangat untuk nampak cantik jika ada tetamu yang datang ke rumah menjenguk bayi dan ibu. Mesti isteri suka punyalah.
2. Jangan tangan berjenama
Jam tangan juga boleh menjadi salah satu pilihan yang mampu membuatkan isteri teruja dan gembira. Namun anda perlu pastikan ia sama dengan saiz tangan isteri supaya tidak terlalu besar atau kecil.
3. Pakej spa dan urutan badan
Bersalin merupakan saat yang meletihkan, jadi memang sesuai sangat kalau si suami hadiahkan isteri dengan pakej urutan badan ini. Ia dapat meregangkan otot yang sakit dan sengal selepas bersalin. Baru isteri dapat rileks.
4. Pakaian baru
Mungkin selepas bersalin ada baju yang tidak muat atau tidak sesuai lagi. Jadi, apa kata anda hadiahkan pakaian baru untuk mereka. Tak pun kalau nak senang suruh sahaja isteri shopping online. Nanti anda bayarlah. Hehe.
5. Kereta
Kalau selama ini isteri anda asyik berkongsi naik kereta dengan anda. Apa kata kali ini anda hadiahkan isteri dengan pemberian kereta untuknya. Ia tidak mampu setanding dengan pengorbanan isteri anda melahirkan anak ya. Jadi apa salahnya. Mudah la lepas ni kalau dia ingin berjalan atau berjumpa dengan rakannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!