Dalam dunia perkahwinan, jenama Azura Couture memang tidak asing lagi dan sering mendapat tempat di hati penggemar fesyen tanah air. Berpengalaman salama 14 tahun dalam industri fesyen, Azura Mazaruddin yang juga pemilik Azura Couture dikenali menerusi rekaan fesyen pengantin bercirikan moden kontemporari.

Dengan terbinanya Azura Couture membuktikan bahawa wanita ini mampu pergi lebih jauh dalam dunia fesyen tempatan dan peringkat antarabangsa.

“Perlu Ada Ketulenan Dalam Setiap Rekaan”, Ini Nasihat Azura Couture Buat Pereka Muda Perkahwinan!

Menurut Azura, lambakan pereka muda masa kini merupakan sesuatu yang positif. Walau bagaimanapun, pereka-pereka muda ini haruslah peka dan bersedia dalam bidang yang mereka ceburi terutamanya tentang kualiti produk yang dihasilkan.

Mereka juga harus ada ketulenan di dalam setiap rekaan kerana sikap mengambil idea daripada pereka lain untuk menghasilkan sesebuah rekaan boleh menjejaskan karier mereka sebagai seorang pereka fesyen.

“Perlu Ada Ketulenan Dalam Setiap Rekaan”, Ini Nasihat Azura Couture Buat Pereka Muda Perkahwinan!

IKLAN

“Perlu Ada Ketulenan Dalam Setiap Rekaan”, Ini Nasihat Azura Couture Buat Pereka Muda Perkahwinan!

“Perlu Ada Ketulenan Dalam Setiap Rekaan”, Ini Nasihat Azura Couture Buat Pereka Muda Perkahwinan!

“Untuk bertahan lama dalam industri fesyen, pereka seharusnya benar-benar bersedia daripada segi kewangan, kualiti, masa dan tenaga. Kualiti setiap rekaan juga harus dititikberatkan agar rekaan yang dihasilkan bakal menjadi kekuatan buat pereka tersebut, selain mahir dalam bidang yang diceburi untuk bergelar pereka fesyen yang berjaya.

“Jangan sesekali menganggap anda seorang pereka fesyen hanya disebabkan anda mahir dalam menentukan pakaian yang akan dipakai. Sebaiknya, dalami dahulu bidang fesyen serta belajar untuk menjadi seorang pereka fesyen yang yang baik dan disegani,” Ujar Azura.

IKLAN

Bagi penulis, setiap individu yang ingin menceburi bidang fesyen ini perlulah sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal. Apatah lagi zaman kini terlalu banyak persaingan antara pereka fesyen itu sendiri yang tumbuh bagaikan cendawan.

Paling penting adalah usaha dan bagaimana untuk mengekalkan kualiti dan bertahan di dalam industri fesyen Malaysia ini.

Jom kita lihat antara busana-busana rekaan Azura Couture ketika penulis bertemu beliau di butiknya yang terletak di Taman Melawati.

“Perlu Ada Ketulenan Dalam Setiap Rekaan”, Ini Nasihat Azura Couture Buat Pereka Muda Perkahwinan!

IKLAN

“Perlu Ada Ketulenan Dalam Setiap Rekaan”, Ini Nasihat Azura Couture Buat Pereka Muda Perkahwinan!

“Perlu Ada Ketulenan Dalam Setiap Rekaan”, Ini Nasihat Azura Couture Buat Pereka Muda Perkahwinan!

“Perlu Ada Ketulenan Dalam Setiap Rekaan”, Ini Nasihat Azura Couture Buat Pereka Muda Perkahwinan!

“Perlu Ada Ketulenan Dalam Setiap Rekaan”, Ini Nasihat Azura Couture Buat Pereka Muda Perkahwinan!

“Perlu Ada Ketulenan Dalam Setiap Rekaan”, Ini Nasihat Azura Couture Buat Pereka Muda Perkahwinan!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI