Sememangnya semua kerjaya di muka bumi ini mempunyai cabaran tersendiri, tidak kiralah apa yang anda lakukan setiap satunya mempunyai tahap stres yang hanya anda mampu mengawalnya. Namun bagaimana pula jika jodoh anda seorang peguam? Nampak hebat bukan, tapi inilah anda bakal hadapi jika anda berkahwin dengan seorang peguam. Ikuti perkongsian Hayat Muhamad ini.

Kalau kau nak kahwin ngan peguam, kau kena bersedia dengan beberapa perkara ni.

1- Peguam sangat sibuk.

Rutin peguam ialah mahkamah atau pejabat Bagi peguam yang aktif ( litigation ) waktu beliau di court ialah 9 pagi hingga 5 petang setiap hari. Handphone letak tepi. Whatsapp sekejap je boleh. Bagi peguam yang uruskan hartanah ( conveyancing), dia akan duduk ofis,kadangkala sampai malam. Agreement,surat menyurat terlalu banyak. Waktu aktif berkerja, tak boleh ganggu, hilang konsentrasi. Kalau mood dah lari, satu benda pun tak jadi.

2- Peguam akan jumpa client.

IKLAN

Peguam akan jumpa client, baru atau lama dengan banyak kali. Banyak perkara yang dibincangkan, diputuskan, walau hanya di kedai kopi. Masa ini kalau ada orang ambik gambar peguam dan client pastu hantar kat pasangan, pasangan kena buat relax je. Jumpa atas hal kerja sahaja. Kalau peguam nak jumpa client siang atau malam, kena bagi je. Lebih baik kalau kau teman, apa salahnya.

3- Peguam sukar untuk reply mesej atau return call.

Peguam yang handal atau ada nama biasanya hanphone dia berdering sepanjang masa. Bermacam- macam kes orang nak tanya dan orang nak jumpa. Jangan ambik hati kalau dia tak angkat call. Ataupun dia lupa terus nak reply. Ini adalah kebiasaan bagi peguam. Nanti free dia akan call.

4- Ada waktu perlu fokus.

Kalau esok ada perbicaraan, malam ni jangan ganggu emosi peguam. Dia perlu masa bersendirian untuk beraksi esok. Mental kena tenang. Biarkan dia menelaah buku dia. Waktu puncak dia bila peguam kata nak buat hujah. Atas meja semua berterabur buku dan kertas. Dia akan bercakap seorang diri, berfikir dan tulis. Muka serabai. Dia sedang cari ilham. Kalau yang muslim, biasa akan solat hajat lama sikit, memohon idea dan ilham dari Allah. Masa ni, kau tinggalkan dia sekejap. Waktu ni sangat penting bagi dia.

5- Emosi dan stress.

Ada kala emosi down. Bila kalah kes, peguam biasa bercuti sehari dua. Stress jugak kalau kalah. Perasaan dia macam kau putus cinta. Inilah kehidupan biasa peguam. Ada waktu langit tak selalu cerah. Masa ni kau kena main peranan. Waktu ni tak sesuai untuk bergaduh.

5 perkara ni aku bagitau sebab ramai pasangan tak memahami pasangan yang bekerja sebagai peguam. Peguam satu bidang yang cukup diminati ramai, tapi tak ramai yang sanggup bertahan.

KREDIT : Hayat Muhamad
GAMBAR SEKADAR HIASAN : Syakirin Syazwan