Ads

PUASA SUNAT, Isteri Kena Minta Izin Suami Dulu Ya…

Menjadi kebiasaan pada hari Isnin dan khamis untuk sesiapa jua untuk merebut pahala berpuasa sunat. Malah ada yang berpakatĀ  di kalangan teman sepejabat.Ā Niat ini sungguh murni namun perlu dingat bagi wanita yang sudah berkahwin hendaklah meminta keizinan dari suami terlebih dahulu, untuk berpuasa . Jika tidak diizinkan oleh suami, ibadah ini tidak boleh dilakukan.

Kenapa?

Sabda Rasulullah saw;

Seorang wanita tidak boleh berpuasa walau pun satu hari dalam keadaan suaminya berada di rumah kecuali dengan izin suaminya. Melainkan pada bulan Ramadan.

Hadis riwayat Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah.

Keperluan mendapatkan izin

Imam Nawawi menjelaskan suami berhak mengajak isterinya jimak bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.

Dalam hal ini isteri perlu meminta izin terlebih dahulu bagi memastikan suami tidak berhasrat kepada isteri yang tentunya akan membatalkan puasa sunat jika suami meminta dilayani keperluan batinnya pada siang hari.

Selain itu keizinan untuk berpuasa sunat ini juga perlu sebagai satu bentuk penghormatan kepada suami sebagai ketua keluarga

Sumber:http://utaranews.com/2017/06/kenapa-seorang-isteri-perlu-minta-izin-dari-suami-untuk-berpuasa-sunat.html/

Ads

*********

Berbalik kepada soalan pada asalnya seorang isteri itu wajib meminta keizinan suaminya untuk berpuasa sunat. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Hammam bin Munabbih R.A, sabda Nabi SAW:

Ł„Ų§ŁŽ ŲŖŁŽŲµŁŁ…Ł Ų§Ł„Ł’Ł…ŁŽŲ±Ł’Ų£ŁŽŲ©Ł ŁˆŁŽŲØŁŽŲ¹Ł’Ł„ŁŁ‡ŁŽŲ§ Ų“ŁŽŲ§Ł‡ŁŲÆŁŒ Ų„ŁŁ„Ų§ŁŽŁ‘ بِ؄ِذْنِهِ

Maksudnya: Tidak dibenarkan berpuasa bagi seorang wanita (isteri) dan suaminya ada disisinya melainkan dengan keizinannya

Riwayat Muslim (1026)

Imam Nawawi dalam mensyarahkan hadis di atas menyebut:

Ads

Ł‡ŁŽŲ°ŁŽŲ§ Ł…ŁŽŲ­Ł’Ł…ŁŁˆŁ„ŁŒ Ų¹ŁŽŁ„ŁŽŁ‰ ŲµŁŽŁˆŁ’Ł…Ł Ų§Ł„ŲŖŁŽŁ‘Ų·ŁŽŁˆŁŁ‘Ų¹Ł ŁˆŁŽŲ§Ł„Ł’Ł…ŁŽŁ†Ł’ŲÆŁŁˆŲØŁ Ų§Ł„ŁŽŁ‘Ų°ŁŁŠ Ł„ŁŽŁŠŁ’Ų³ŁŽ Ł„ŁŽŁ‡Ł Ų²ŁŽŁ…ŁŽŁ†ŁŒ Ł…ŁŲ¹ŁŽŁŠŁŽŁ‘Ł†ŁŒ ŁˆŁŽŁ‡ŁŽŲ°ŁŽŲ§ Ų§Ł„Ł†ŁŽŁ‘Ł‡Ł’ŁŠŁ Ł„ŁŁ„ŲŖŁŽŁ‘Ų­Ł’Ų±ŁŁŠŁ…Ł ŲµŁŽŲ±ŁŽŁ‘Ų­ŁŽ بِهِ Ų£ŁŽŲµŁ’Ų­ŁŽŲ§ŲØŁŁ†ŁŽŲ§

Maksudnya: larangan ini bermaksud ke atas puasa sunat (yang memiliki waktu tertentu seperti puasa hari arafah) dan puasa yang disunatkan yang tidak memiliki waktu tertentu, dan larangan ini merupakan larangan yang menunjukkan pengharamannya sebagaimana yang dijelaskan oleh ashab al-Syafi’eyyah

(LihatĀ Syarh al-Nawawi ala Muslim, 7/115)

Bagi menjelaskan isu puasaĀ qadha’ Ramadhan para ulama menerangkan bahawa tidak dibenarkan bagi sesorang isteri untuk menggantikan puasa Ramadhan tanpa keizinan suami sekiranya waktu untuk menggantikannya masih mempunyai tempoh yang panjang.

Ini sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haithami di dalam kitabnya:

Ads

ŁˆŁŽŁŠŁŽŲ­Ł’Ų±ŁŁ…Ł Ų¹ŁŽŁ„ŁŽŁ‰ Ų§Ł„Ų²ŁŽŁ‘ŁˆŁ’Ų¬ŁŽŲ©Ł Ų£ŁŽŁ†Ł’ ŲŖŁŽŲµŁŁˆŁ…ŁŽ ŲŖŁŽŲ·ŁŽŁˆŁŁ‘Ų¹Ł‹Ų§ Ų£ŁŽŁˆŁ’ Ł‚ŁŽŲ¶ŁŽŲ§Ų”Ł‹ Ł…ŁŁˆŁŽŲ³ŁŽŁ‘Ų¹Ł‹Ų§ ŁˆŁŽŲ²ŁŽŁˆŁ’Ų¬ŁŁ‡ŁŽŲ§ Ų­ŁŽŲ§Ų¶ŁŲ±ŁŒ Ų„Ł„ŁŽŁ‘Ų§ بِ؄ِذْنِهِ Ų£ŁŽŁˆŁ’ Ų¹ŁŽŁ„ŁŁ…ŁŽ Ų±ŁŲ¶ŁŽŲ§Ł‡Ł

Maksudnya: Dan diharamkan ke atas seorang isteri untuk berpuasa sunat atau puasa qadha’ sekiranya tempoh menggantikannya masih berpanjangan dan suaminya datang kepadanya melainkan dengan keizinan suaminya atau dia mengetahui suami meredhainya berpuasa.

(LihatĀ Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, 3/461)

Imam al-Syirwani menyebut di dalam hasyiahnya bahawa sekiranya seorang isteri itu berpuasa tanpa keizinan suaminya maka sah puasanya akan tetapi perbuatannya itu haram dan berdosa. Walau bagaimanapun sekiranya suaminya tidak berada di tempat tinggalnya maka diharuskan baginya untuk berpuasa.

(LihatĀ Hasyiah al-Syirwani ala Tuhfah al-Muhtaj, 3/461)

Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawaĀ seseorang isteri wajib meminta izin suaminya apabila hendak melakukan puasa ganti atau puasa sunat sekiranya suami berada di rumah. Ini kerana wajib bagi seorang isteri untuk memenuhi hak bagi suaminya. Namun sekiranya suaminya tidak ada di rumah, maka ia boleh berpuasa qadha’ atau sunat. Bahkan sebaiknya meminta keizinan suaminya bagi menunjukkan rasa hormat ke atasnya.

Wallahua`lam.

Kredit:Ā Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
āˆž
āˆž
Ads

Inspirasi Lain

Hampir Sedekad Bersama, Cristiano Ronaldo Kini Sah Bergelar Suami Georgina RodrĆ­guez

Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo kini sah bergelar suami kepada model Georgina RodrĆ­guez selepas pasangan itu melangsungkan perkahwinan secara sivil pada 11 Ogos...