‘Darah Manis’ merupakan sebuah Simpulan Bahasa yang begitu sinonim dengan masyarakat Melayu, lebih-lebih lagi pasangan yang sedang berada dalam fasa pertunangan.
Tapi apa sebenarnya maksud istilah ini? Darah Manis bermaksud ‘mudah mendapat bahaya atau kecederaan’.
Orang yang sedang dalam tempoh bertunang dikatakan berdarah manis dan
perlu sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.
Ia adalah satu perumpamaan yang digunakan untuk memberi amaran supaya tidak melakukan perkara-perkara yang berisiko dan berbahaya.
Ads
1. Jangan keluar dengan pasangan sebelum bernikah
Pasangan dinasihatkan supaya tidak keluar bersama 40 hari sebelum tarikh diijabkabul bagi mengelakkan fitnah dan “cakap belakang” masyarakat. Juga lebih penting bertujuan untuk menjaga nafsu masing-masing.
Inilah masanya untuk terbitkan rasa rindu setelah sekian lama tidak berjumpa. Dan apabila harinya telah tiba, pasti akan tercetus rasa teruja bagi pasangan apabila bertemu kembali.
2. Elakkan minum soya dan makan timun
Dipercayai soya tidak elok untuk alat kelamin, manakala timun pula tidak elok untuk pemprosesan anak. Jadi cuba elakkan pengambilan timun dan minuman soya menjelang hari bahagia.
3. Jangan makan kepala ayam
Kenapa bakal pengantin dinasihatkan agar tak makan kepala ayam? Orang-orang tua dulu percaya kepala ayam boleh buat mengantuk kalau makan. Mereka juga percaya kalau pasangan pengantin makan kepala ayam, mereka akan mengantuk ketika bersanding nanti.
Ads
4. Kurangkan makan makanan laut
Walaupun kita tahu yang makanan laut memang sedap, dimasak pula secara kukus, panggang, goreng, dan lain-lain, namun makanan ini mengandungi kadar toksin yang tinggi.
Oleh itu, lebih elok buat pasangan yang akan berkahwin untuk elakkan pengambilan makanan laut yang berlebihan untuk terus kekal sihat.
5. Elakkan makanan dan minuman yang sejuk
Katanya, makanan dan minuman yang sejuk perlu dielakkan agar muka tampak segar di hari bahagia nanti. Sama ada betul atau tidak, itu tak pasti lah pula.
Ads
Makanan atau minuman seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa adalah bersifat sejuk. Jadi, elakkan ya.
6. Jangan pakai seluar dalam ketat
Ehem, yang ini ditujukan khas kepada kaum Adam ya! Sejak dari dulu lagi pun, lelaki memang tak digalakkan untuk memakai seluar dalam ketat kerana tidak bagus untuk penghasilan sperma.
Selain itu, tidur meniarap pun tak bagus juga. Sebab utamanya adalah peredaran darah sekitar organ akan terganggu. Jadi, elakkan!
7.Jangan mandi malam
Secara harfiah, mandi malam sememangnya tidak berapa elok untuk sendi dan organ dalaman. Malah, doktor juga menasihatkan supaya tidak mandi malam, lebih-lebih lagi pukul 10 dan ke atas.
Jadi, bagi pasangan yang bakal berkahwin tidak lama lagi, haruslah pastikan diri sentiasa sihat dan jauh daripada sebarang penyakit.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain menentukan lokasi dan bajet perkahwinan, memilih jurusolek ataupun make up artist (MUA) juga amat penting. Jurusolek juga memainkan peranan penting dalam memastikan wajah ratu sehari tampak lebih anggun dan berseri.
Kali ini, kami akan berkongsi tip untuk anda memilih MUA yang tepat dan sempurna sempena hari bahagia anda.
Tempahan Awal
Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat jurusolek atau make up artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan bajet anda. Anda boleh membuat senarai jurusolek kegemaran anda dan membuat perbandingan terbaik dari segi harga, tahap professional jurusolek tersebut dan pengalaman yang mereka punyai di dalam dunia solekan.
Hanya Anda Seorang
Pastikan agar jurusolek anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan jurusolek anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan.
Test Makeup/Pre-Wedding Makeup
Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan jurusolek pilihan anda. Dengan cara ini, anda boleh melihat dan merasai sendiri hasil solekan jurusolek yang anda telah pilih. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit,, jurusolek yang anda pilih tersebut dapat mengkaji terlebih dahulu keadaan kulit dan produk yang sesuai untuk digunakan di hari bahagia anda kelak.
Bawa Berbincang
Pastikan anda dan jurusolek berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan jurusolek menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan jurusolek) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda!
Cerewet Bertempat
Dalam menentukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik diantara anda dan jurusolek pilihan anda dan pastinya anda akan mencapai solekan yang diingini. Ingat, cerewet biar kena tempatnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi, masa bercinta cuba elakkan buat perkara ini pada pasangan. Terutama sekali bab kewangan! Kalau dah tunang tu lain cerita. Memang niat kita ingin membantu tetapi kita tidak tahu sejauh mana hubungan itu mampu pergi.
Jangan Buat 10 Perkara Ini Semasa Bercinta
**********************************************
Edisi Pengurusan Kewangan
Jika kau masih muda dan sedang bercinta, sila bercinta secara bersederhana. Jangan terlampau menyayanginya.
Mungkin kau duk jaga jodoh orang. Kalau putus di tengah jalan, karang susah nak move on. Memang dia paling kau cinta tetapi biar berpada-pada.Masa bercinta jangan lebih-lebih serupa kau dah berstatus suami isteri.聽
.
Jangan lakukan ini jika kau belum sah lagi berkahwin dengan si dia :
Jangan beritahu jumlah wang simpanan kau. Karang asyik nak pinjam je kerjanya.
Jangan kongsi duit beli kereta. Kau sayang dia setinggi langit pun, jangan tolong bayar deposit kereta dia. Karang kau tahu dia ada orang lain, mula la nak meroyan.
Jangan kongsi duit untuk bayar deposit rumah. Kongsi untuk belanja kahwin takpe.
Jangan kongsi beli rumah pertama. Lepastu letak nama dia. Last sekali kau yang merana.
Jangan berhutang untuk makwe/pakwe. Kau sayang dia pun, tak payah sampai sanggup berhutang untuk dia.聽
.
Jangan bagi pinjam wang lagi jika hutang pertama dia masih belum langsai.
Jangan buat pembiayaan peribadi untuk kenduri kahwin. Nanti anak dah masuk tadika pun belum habis bayar lagi.
Jangan jadi penjamin pada hutangnya. Tapayana tunjuk pengorbanan kau sangatlah masa bercinta ni.
Jangan terima cintanya jika hutangnya bersepah. Jangan bangga sangat kalau pakwe kau ada tiga kad kredit. Entah-entah tunggakan kad kredit dah lebih RM20K.
Jangan suka sangat pakwe kau ada kereta import mewah, bayaran dia belum tentu cantik setiap bulan.
***
Masa bercinta kau tak perlu jadi lilin. Sanggup berhutang sana sini untuk tengok pasangan kau berjaya.
Dah tunang boleh la kau nak tolong sekadar yang mampu. Ini tidak, bercinta baru sebulan tetapi dia dah minta tolong macam-macam.
Setiap bulan dia pinjam duit kau. Macam-macam alasan dia bagi. Mak cik sepupu dia meninggal lah, adik kawan Wechat dia masuk hospital lah.
Karang kena tipu karang mula la duk cakap lelaki semua sama. Padahal kau mudah tertipu dan ditipu. Pujuk rayu sikit dah goyang. Kah!
“Assalamua’laikum doktor, saya sedang hamil 14 minggu. Ini kehamilan sulong saya. Masalah saya ialah saya mengalami rasa loya yang keterlaluan. Saya telah berjumpa doctor, malangnya ubat yang idberikan oleh doctor tidak dapat mengurangkan rasa loya saya. Saya dapati dengan memakan makanan ringan yang masam seperti jeruk akan mengurangkan rasa loya saya. Bolehkah saya memakan makanan seperti itu dan adakah ia berbahaya kepada bayi dalam rahem saya? Mohon pencerahan doctor”.
Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan. Semoga ALLAH permudahkan kehamilan puan.
Rasa loya yang dialami oleh wanita pada awal kehamilan adalah perkara yang normal. Salah satu puncanya ialah disebabkan perubahan paras hormon estrogen dan progesteron yang berlaku di awal kehamilan. Perubahan hormon akan menyebabkan deria bau dan deria rasa seorang wanita hamil menjadi lebih sensitif. Oleh itu ramai yang mengambil makanan ringan yang berperisa masam bagi mengurangkan rasa loya tersebut.
Saya menasihatkan agar puan elakkan dari mengambil makanan yang masam secara berlebihan. Walaupun ia tidak mengganggu pertumbuhan fizikal bayi dalam rahim, tetapi amalan seperti ini boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan kepada ibu kerana dibimbangi wanita ini tidak mengambil makanan yang seimbang.
Saya juga menasihatkan agar jangan mengambil jeruk yang diperamkan ke dalam asid, terutama ketika perut kosong kerana ia boleh menghakis dan melukakan.
Saya mencadangkan agar puan mencuba makanan yang diperbuat dari buah-buahan semula jadi yang masam atau memakan buah yang masam. Ia lebih baik berbanding dengan jeruk yang diperam dengan bahan pengawet kerana ia mengandungi banyak kalori dan mengandungi bahan pengawet. Ambil dalam kuantiti yang sederhana dan jangan berlebihan.
Puan boleh mengambil air asam jawa, limau nipis atau lemon untuk menggantikan jeruk. Pengambilan makanan yang masam haruslah dilakukan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap jika ia membantu puan mengurangkan rasa loya.
Selain itu puan juga boleh mengambil air halia hangat dan elakkan pengambilan makanan bergoreng dan bersantan bagi mengurangi rasa loya.