Menjadi kebiasaan pada hari Isnin dan khamis untuk sesiapa jua untuk merebut pahala berpuasa sunat. Malah ada yang berpakat di kalangan teman sepejabat. Niat ini sungguh murni namun perlu dingat bagi wanita yang sudah berkahwin hendaklah meminta keizinan dari suami terlebih dahulu, untuk berpuasa . Jika tidak diizinkan oleh suami, ibadah ini tidak boleh dilakukan.
Kenapa?
Sabda Rasulullah saw;
Seorang wanita tidak boleh berpuasa walau pun satu hari dalam keadaan suaminya berada di rumah kecuali dengan izin suaminya. Melainkan pada bulan Ramadan.
Ads
Hadis riwayat Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah.
Keperluan mendapatkan izin
Ads
Imam Nawawi menjelaskan suami berhak mengajak isterinya jimak bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.
Ads
Dalam hal ini isteri perlu meminta izin terlebih dahulu bagi memastikan suami tidak berhasrat kepada isteri yang tentunya akan membatalkan puasa sunat jika suami meminta dilayani keperluan batinnya pada siang hari.
Selain itu keizinan untuk berpuasa sunat ini juga perlu sebagai satu bentuk penghormatan kepada suami sebagai ketua keluarga
Perasan tak ada ketikanya bila kita jumpa seseorang hati kita mudah sangat jatuh cinta. Baharu sahaja orang tu senyum dan tegur kita “Hai”, hati dah mula cair dan jantung rasa dup dap dup dap.
Perkongsian menarik Syafiq Ridhwan, jangan mudah jatuh hati dan hati-hati dalam memberi hati ada kebenarannya. Setidaknya, kita masih berpeluang untuk menyukai seseorang untuk kali kedua dan seterusnya.
“Saya pelik how come certain people fall in love too easily. Rather, if I were a gambler, I’d bet huge money that you get infatuated very easily. It can be pretty to get infatuated with many girls/boys, and even though you may get a rush of emotions and can’t stop thinking about them, that’s not love”
Saya mengangguk perlahan.
“Tapi manusia memang begitu,” saya membalas.
“Mereka akan mudah jatuh hati. Mudah juga dalam memberi hati. Ada satu saat, dengan sekali pandang, mereka boleh terus berkenan dan terperasan sendiri. Walhal, itulah kali pertama ternampak orang itu, itulah kali pertama mungkin mereka bersua dan bertegur sapa”
Kami semua terdiam.
“Macam awak duduk dekat bus stand, ada seorang duduk sebelah awak, dan dia ajak awak berborak. Lebih lagi awak tengah forever alone, awak layan berborak dalam 5 minit, at the end awak akan terjatuh hati sendiri dan secara tidak langsung awak akan terdetik”
“Mungkin ini lah orang yang sesuai”
“Mungkin tuhan memang dah takdirkan dia ini orangnya”
“Tak salah mencuba”
“Ya, manusia memang begitu. Mereka mudah untuk meletakkan perasaan pada orang yang mereka selesa. Selesa berborak untuk minat yang sama, selesa untuk berbincang soal yang mereka sama-sama sependapat”
“Tapi sebenarnya perasaan itu tetap sekadar perasaan. Yang mana ia akan hilang sekelip mata setelah tidak lagi ketemu untuk beberapa ketika. Lepas bila awak naik bas, awak tak berhubung, perasaan itu akan beransur hilang, dan sebulan lepas tu, bila awak berjumpa dengan orang lain, perkara yang sama akan terjadi”
“Love is so much deeper”
“Ia tidak semudah dengan satu pandangan dan pengamatan, ia akan terus menuju ke hati dan duduk selamanya di situ. Tidak”
“Ya, begitulah tuhan memberi-berikan rezeki cinta. Tidak sepenuhnya sama dengan apa yang kita mahu”
“Cinta bukan sekadar awak dapat berkenalan dengan lelaki segak yang bergaya dan dia membalas ucapan awak dengan ayat romantis. Cinta bukan sekadar awak dapat berjumpa dengan perempuan yang cantik dan manis rupa paras, dia menghiburkan hari-hari awak dengan ayat yang gembira. Belum tentu”
“Realiti kehidupan hari ini tidak seindah semalam. Tidak seindah yang kita dambakan”
“Untuk hari ini, setidaknya seorang lelaki yang berjaya membimbing isterinya kepada agama, mengingatkan tentang agama dan menjaga keturunannya boleh didefinisikan sebagai cinta”
“Untuk hari ini, seorang isteri yang taat pada suami, melayan kehendak suaminya, mendahulukan suaminya dalam apa jua hal sekalipun, boleh juga didefinisikan sebagai cinta”
“Jangan mudah jatuh hati, dan hati-hati dalam memberi hati”
“Setidaknya, kita masih berpeluang untuk menyukai seseorang untuk kali kedua dan seterusnya”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu kita baca tentang perkongsian bagaimana nak bahagiakan isteri. Kali ini, lelaki bernama Muhammad Ahmad kongsi, jika seorang isteri mahu disayangi suami, ini yang patut isteri lakukan untuk bahagiakan mereka.
Isteri jika mahu sentiasa di sayangi. Selalulah setiap kali makan suapkan nasi untuk suami, suapkan yang terbaik buat suami. Barulah suami rasa rindu apabila berjauhan.
Bila isteri mulakan Insyaallah satu peringatan buat suami. Dulu saya segan juga makan bersuap depan mertua. Tapi sekarang dimana-mana pun kita buat amalan ini. Barulah mertua rasa senang hati sebab ada insan yang jaga dengan baik anak mereka.
Kadang-kadang bila isteri minum air, saya akan minum dari gelas yang sama dan tempat dimana bekas isteri minum. Sebab ini adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Rupanya dengan amalan begini hubungan suami isteri akan lebih bahagia dan disayangi.
Bahagia ini perlu diusaha, perlu dipupuk dan disemai dengan cara yang telah ditunjuk ajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Barulah bahagia itu dapat dengan cara yang betul. Ramai yang berusaha untuk bahagia, tapi jika bukan cara Nabi Muhammad s.a.w bahagia ini akan sia-sia.
Bahagia itu buatkan kita sentiasa rindu dan doakan buat si dia. Buatkan kita makin dengan kepada Allah. Apabila kita bahagia anak-anak turut bahagia, orang di sekeliling kita juga turut bahagia.
Malam berinai? Sebenarnya malam berinai ni perlu ke? Tradisi siapa sebenarnya? Rasa tema macam mana yang sesuai? Sekarang memang kebanyakan pengantin akan membuat majlis malam berinai. Bagi yang tertanya-tanya pasal malam berinai ini, Jom baca apa itu malam berinai sebenarnya.
Sebenarnya Malam berinai ini merupakan tradisi perkahwinan Melayu tapi makin dilupakan, kini sudah menjadi trend kembali.Cuma berbeza sedikit dahulu dan kini, zaman dulu malam berinai ini terbahagi kepada dua iaitu berinai kecil dan berinai besar. Malam berinai kecil biasanya diadakan pada waktu petang tiga malam sebelum hari perkahwinan. Biasanya cuma ahli keluarga terdekat sahaja yang hadir waktu majlis tersebut, untuk merias pengantin perempuan. Inai akan dipakaikan pada kedua-dua belah tangan dan kaki pengantin perempuan. Pengantin lelaki juga diletakkan inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja.
Manakala untuk malam berinai besar biasanya diadakan pada malam sebelum hari perkahwinan. Rakan-rakan dan saudara mara dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Masa majlis ini tetamu lelaki akan melemparkan sikit nasi kunyit pada sebelah kiri dan kanan pengantin lelaki. Proses yang sama diulang dengan menggunakan bertih dan tangkai daun wangi dicelup dalam air daun setawar. Di akhiri dengan sedikit pes inai diletakkan di atas daun sirih dan diletakkan pada tapak tangan pengantin lelaki.
Berbeza dengan zaman sekarang pula, sesetengah masyarakat menganggap malam berinai ini satu majlis yang tidak perlu dan satu pembaziran. Maka, hanya yang mampu sahaja yang akan membuat malam berinai. Sesetengah pulak fikir yang malam berinai ni satu majlis wajib dan perlu dilakukan dan ada jugak yang siap buat acara mandi bunga pada majlis malam berinai tu.
Malam berinai ni sebenarnya tidaklah wajib pun sebenarnya, tapi lebih kepada adat. Kalau mampu dan rasa hendak buat, buatlah kahwin buka selalu sekali seumur hidup. Kos perbelanjaan kali ini pun bukanlah murah berbeza dengan zaman lampau. Malam berinai ini, lain tempat lain caranya, lain definisi malam berinai. Tetapi biasanya, waktu malam berinai ini, bakal pengantin akan membuat persalinan beberapa baju mengikut daerah masing-masing, tetapi kini sepasang baju sahaja di pakai. Sebenarnya Majlis Malam Berinai ini dibuat secara berperingkat.
1) Berinai curi – Diadakan tiga malam sebelum hari berlangsung majlis untuk saudara mara terdekat sahaja.
2) Berinai kecil – Diadakan dua malam sebelum hari berlangsung majlis untuk saudara mara, jiran tertangga dan sahabat handai sahaja.
3) Berinai besar – Yang ni diadakan satu malam sebelum hari berlangsung majlis atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan,macam yang orang sekarang buat.
Kesimpulannya Majlis Malam Berinai ini tidak juga penting tapi lebih kepada adat. Ikut bajet masing-masing sebenarnya. Biar bersederhana asalkan gembira dan meriah sewaktu majlis berinai anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...