
Perpisahan itu adakalanya menyakitkan hati dan kadang sehingga bermain di jiwa. Tetapi kita yang mampu berfikiran waras ini, percayalah ada ketika perpisahan itu ialah jalan terbaik untukmu mendapatkan yang lebih baik kerana kadang-kadang yang baik memang Allah hadirkan tapi bukan untuk kamu pilih, tapi sebagai pengingat bahawa kamu berhak mendapatkan yang lebih baik.
Jangan Sesali Perpisahan, Meski Dia Baik Menurutmu Tapi Belum Tentu Baik Untuk Hidupmu nanti

Jangan sesekali menangisi perpisahan yang telah Allah tuliskan untukmu, meski dia baik menurutmu tapi belum tentu dia akan baik untuk hidupmu nanti.
Sebab, hanya Allah yang tahu apa yang memang baik untukmu nanti, maka bila Allah jauhkan itu ertinya tidak baik untukmu.
Pasrah sajalah kepada Allah tentang perpisahan yang kamu alami, meski sangat menyakitkan hati percayalah selepas ini akan ada kebaikan yang akan kamu terima.
Berhusnuddzanlah kepada Allah, mungkin inilah jalan agar kamu akan menemui jodohmu yang lebih sempurna suatu saat nanti dan apa pun yang berlaku, terimalah dengan lapang dan pasrah dengan keputusan Allah.
Jangan Jalin Hubungan Dengan Individu Yang Sudah Berumah Tangga

Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian
Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti merampas hak milik orang lain yang akan mengakibatkan persengketaan.
Memang tiada istilah karma di dalam agama Islam namun, sebagai seorang muslim, kita haruslah percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpalnya.
Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.
Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.
Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.
“Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina.
“Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam sebuah hadis :
ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها
“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”
(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)
Wan Akashah berkata, berdasarkan pengalaman, punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga biasanya disebabkan lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu.
Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.
“Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.
“Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,” katanya.
Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.
“Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.
“Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.
“Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini,” katanya.
Paling penting, katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya.
Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )
Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :
المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه
“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”
“Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini,” katanya.
Penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita.
“Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya.
“Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain.
“Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,” katanya.
Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan. Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu.
“Dalam Islam, memang tidak ada istilah karma tetapi tindakan seperti ini pastinya akan mey dengan doktrin sebab akibat, pelaku kejahatan akan mendapat siksa atas dosanya yang berbuat baik akan mendapat pahala,” ujar pengamat Hukum Islam di Banjarmasin, Hj Mariani MHI.
Sumber : thecoverage.my
Lelaki Ni Kongsi Kenapa Orang Perempuan Jangan Main Redah Jer Nak Kahwin Awal

Kadang-kadang perasaan nak kahwin tu membuak-buak bila kita tengok pasangan lain kahwin padahal kita tak tahu hakikat perkahwinan yang sebenar. Lelaki ini kongsi, kenapa orang perempuan terutamanya jangan main redah je nak kahwin awal.
Orang perempuan jangan main redah jer nak kahwin awal. Pantang tengok orang berlaki kita pun nak berlaki.
.
.
Sebelum berlaki, belajar ilmu hukum2 dengan suami kalu tak nak ke neraka. Orang perempuan banyak ke neraka bukan sebab mereka tak sembahyang, atau tak puasa, atau tak pergi haji. Tapi ramai dari mereka yang derhaka kepada suami.
.
.
Kena tahu hak seorang suami, batas seorang isteri. Jangan main redah buat suami macam kawan kita. Suami tak sama status dia dengan mana2 Raja atas muka bumi ini. President Obama pun masih duduk bawah dia. Kalu suami keluarkan arahan A, wajib ikut A walaupun Raja kata B. Apatah lagi kalu orang lain.
.
.
Contoh termudah – suami kata tak payah pergilah jumpa kawan 2. Tapi dia nak pergi jugak sebab kawan ajak. Dia pergi melangkah keluar dari rumah dalam keadaan suami tak redha, Allah dan Rasul pun tak redha.
.
.
Kalu nak mengajuk, jangan lama2. 10-15 minit sudah. Jangan berlarutan sampai 24 jam. Itu derhaka namanya. Bahkan bermasam muka dengan suami pun sudah dikira derhaka! Melainkan pada waktu didatangi haid. Tutur kata kena jaga. Kalu terlepas cakap, kena terus ucap ‘mintak maaf bang…’.
.
.
Seperti kisah suami isteri yang saya ceritakan dahulu. Isterinya sakit. Selalu terlepas cakap disebabkan gangguan. Tapi isteri yang soleh, dia tak tunggu waktu untuk ucap ‘mintak maaf bang..’.
.
.
Dalam rumahtangga kena faham tugasan masing2 pada urufnya. Si suami mencari nafakah dan si isterinya menguruskan rumah. Bertolak ansurlah pada perkara yang boleh diuruskan dengan baik.
.
.
Dulu sebelum kahwin hanya urus kendiri. Tak adalah penat sangat. Boleh bersenang lenang. Tapi bila dah menikah, kena urus suami, kena urus anak2. Bebanan dah bertambah, tanggungjawab dah bertambah. Bukan isteri jela, suami pun!!
.
.
Maka disini perlu banyak pengorbanan. Dan ubah cara kehidupan. Jangan bawak kehidupan bujang ke dunia rumahtangga, boleh kucar kacir nantinya.
.
.
Perkahwinan bukan untuk sebulan dua. Bukan sebulan dua itu jugalah hanya anda perlu menutur baik dengan suami, melayan baik suami, tapi untuk akhir hayatnya InsyAllah atau sekurang2 hingga jodoh ini ke hujungnya.
.
.
Rumahtangga bukan soal main-main atau hanya keseronokkan sahaja. Ada waktunya kita perlu berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran. Tapi bersabarlah. Jangan cepat melenting marah. Kalu kita tak mampu nak urus diri, nak kawal emosi dan perasaan lalu bagaimana kita nak kawal anak-anak di bawah kelak??
.
.
Ingatlah wahai orang perempuan, bila anda berkahwin anda sedang berhadapan dengan seorang yang akan menentukan syurga atau neraka tempat anda kelak. Jika baik urusan anda dengan suami, suami pula redha padanya dan baik pula urusan anda dengan Tuhan, InsyAllah syurga milik anda.
.
.
Akhir kata – Agama penting untuk kehidupan. Agama datang dengan mempelajarinya di hadapan ulama’2 dan membaca kitab.
Hikmah Memperolehi Wanita Yang Terdidik Dalam Keluarga Soleh

Pilihlah bakal isteri yang baik akhlaknya, bukan sekadar cantik dari luaran sahaja. Dalaman juga harus dijaga.
1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.
2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak,mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.
3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.
4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.
5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami,melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.
Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.
Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar.Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r.a:
“Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya.”
.
Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya oleh Rasulullah saw:
“Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya.”
Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.
Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan persaudaraan Islam.
Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
“janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat,maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal.”
Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda.Rasulullah saw bersabda:
“Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya.”
Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang soleh dan solehah.
Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin.
Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu,pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak,pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya,tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.
Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih saying antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calun isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda:
.
“Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti.”
Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya,baginda bangga dengan umat yang ramai kerana disitulah letaknya kekuatan agama Islam.
Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama,memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
“Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya,dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan.”
Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.
Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.
Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang,sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman.”
“Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.”
GAMBAR : TANGKAP PICTURES