Kredit: Tangkap Pictures

Jodoh merupakan ketentuan daripada Allah S.W.T yang tidak boleh kita tolak. Setiap manusia sudah diciptakan secara berpasang-pasangan. Sebelum anda membuat keputusan untuk berkahwin dengan jejaka atau wanita pilihan hati, adakah anda sudah bersedia untuk menuju ke alam perkahwinan?

Ramai yang berkeinginan untuk berkahwin pada usia muda tetapi perlu anda tahu bahawa alam perkahwinan berbeza dengan alam percintaan. Nak harungi alam perlahwinan itu bukanlah sesuatu yang mudah seperti di dalam drama.

Setiap perkahwinan mempunyai ujian masing-masing. Ada hubungan yang bahagia hingga ke tua dan ada juga yang bertahan separuh jalan. Semuanya bergantung kepada tahap kematangan kita dalam menguruskan rumah tangga.

Selepas berkahwin, suami merupakan segala-galanya kepada isteri. Andalah suami dan andalah juga sahabat isteri. Pelbagai perubahan yang akan dialami oleh wanita selepas berkahwin nanti. Bersedialah ya!

IKLAN

1. Emosi

Perubahan Yang Akan Dialami Oleh Wanita Selepas Berkahwin. Bersedialah!

Tidak mudah untuk menyesuaikan diri dengan status baru. Pada awalnya memang semua bahagia. Namun, setiap hubungan ada pasang surutnya. Kadangkala baik dan begitu juga sebaliknya hinggakan emosi boleh terganggu. Ada masa sedih, ada masa rasa marah dan menangis. Sebenarnya, ia adalah satu perkara yang normal dan berbincanglah baik-baik dengan pasangan anda jika ada sebarang masalah.

2. Masa

Perubahan Yang Akan Dialami Oleh Wanita Selepas Berkahwin. Bersedialah!

IKLAN

Bila sudah bergelar isteri, banyak perkara yang sudah tidak mampu untuk kita teruskan. Selepas kahwin, 24 jam masa ada harus diperuntukkan untuk suami. Anda harus terima bahawa tiada istilah ‘me time’ lagi setelah berkahwin apatah lagi jika anda sudah mempunyai anak. Namun, berbincanglah dengan suami jika anda perlukan ‘me time’. Mereka tentu faham.

3. Fizikal

Perubahan Yang Akan Dialami Oleh Wanita Selepas Berkahwin. Bersedialah!

IKLAN

Keadaan fizikal anda juga pasti akan berubah. Badan yang dulunya langsing mungkin akan berubah selepas melahirkan anak. Pengorbanan seorang isteri tiada penghujungnya.

4. Patuh Kepada Suami

Perubahan Yang Akan Dialami Oleh Wanita Selepas Berkahwin. Bersedialah!

Jika dulu anda seorang wanita yang suka hidupp bebas dan boleh melakukan banyak perkara tanpa batasan, segalanya pasti akan berubah selepas kahwin. Sebagai seorang isteri, anda harus patuh dengan kata suami. Jika suami melarang, itu bermakna anda tidak boleh melakukannya sesuka hati.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI