
Kaum perempuan ni bila dah jadi isteri, dah jadi ibu yang difikirkan hanya keluarga dia je. Bila dia dah kahwin dengan kau, kau la suami dia dunia akhirat. Kau hitam ke, pendek ke, gemuk ke, bagi dia, kau lah yang paling kacak dan teristimewa.
Dia tak kisah kau kaya atau miskin. Yang penting kau rajin bekerja dan tahu tanggungjawab. Isteri ni bukan mintak beribu ringgit dengan kau setiap bulan. Apa yang dia nak dari seorang suami hanya kesetiaan, kejujuran, kasih sayang dan masa untuk dia dan anak-anak.
Kalau kau buat perangai, terutamanya kalau pasal kau ada perempuan lain. Memang isteri kau akan jadi raksasa. Jangan sesekali nak khianati mereka.
Isteri zaman sekarang ni lebih berdikari dan mampu untuk berdiri di kaki sendiri. Jangan kau ingat senang nak pijak kepala dorang.
***
Tunjukkan kesetiaan kau kepada isteri. Yakinkan dia hanya dia yang kau sayang. Kau tak payah la nak layan perempuan lain lebih baik daripada isteri kau. Terutamanya kawan perempuan kau tu. Bila isteri kau cemburu kau cakap, “Kawan je kan. Abang kenal dia dah lama. Tu pun nak cemburu”. Hey, kau tu yang patut fikir guna otak sikit. Berpada-pada la.
Kalau sebelum ni kau memang baik gila la dengan kawan perempuan kau tu, bila dah kahwin kau dah tak boleh macam tu. Kau kena ingat tu.
Jujur dengan isteri kau. Jangan sesekali tipu dia. Sekali kau tipu dia, jangan harap dia nak percaya kat kau lagi. Kalau percaya pun dah tak sama macam dulu. Fon tu kalau letak pasword bagitau isteri. Jangan bagi dia syak dengan kau. Apa-apa yang kau buat bagitau la isteri. Dulu kau sorang-sorang takpela nak buat apa pun. Takde orang nak kisah.
Jangan sesekali pernah berhenti menyayangi dia. Tunjukkan kasih sayang kau kat dia. Ini tak, dah lama kahwin, mula la nak menjauh. Bergurau senda pun tak dah. Isteri ajak bersweet sikit kau kata buang tabiat. Kemon guyss, jangan ingat kahwin tu nak bahagia masa mula-mula je.
Sesibuk mana pun kau, jangan lupa cari masa untuk isteri dan anak-anak. Tinggalkan sekejap kerja yang kononnya bertimbun tu. Kerja sampai bila-bila pun tak habis. Gembirakan hati mereka, rezeki kau juga akan bertambah.
Bahagiakan isteri kau dan anak-anak. Nescaya segala urusan kau akan dipermudahkan Tuhan. Jangan kau je gembira lepak dengan kawan-kawan, tapi isteri kau sorang-sorang duk kemas rumah ataupun duk uruskan anak-anak. Tanggungjawab kau jangan abaikan.
***
Jangan ingat kalau kau dah mewahkan isteri kau, dia dah tak kisah apa kau nak buat. Tu kau silap. Kejujuran, kesetiaan, kasih sayang dan masa kau untuk dia itu lebih bernilai daripada wang ringgit. Sebab semua tu lagi susah nak dicari. Kah!
10 Perkara Isteri Boleh Buat Untuk Jadi Isteri Solehah. No 4 Tu Pun Kena Jaga!

Sebelum berkahwin, bakal isteri pasang banyak angan-angan dan matlamat untuk capai jadi isteri solehah. Mungkin secara ringkasnya, menjadi isteri yang baik adalah dengan menjaga makan-minum suami, memberi kasih sayang dan sebagainya. Tetapi ada perkara yang lebih deep untuk anda tahu apa yang perlu dibuat. Baca ni!
Kata suami, seorang isteri yang baik perlu pandai masak, jaga ‘perut’ suami dan keluarga serta pandai bersolek untuk suami. Ada suami lain pula kata, isteri solehah itu adalah isteri yang boleh buat semua kerja rumah, pandai cari duit sendiri dan pandai berdikari. Kalau itulah jawapan suami, boleh pengsan isteri dibuatnya sebab macam tak ‘kena’ pula.
Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ ِلأَحَدٍ َلأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا
“Seandainya aku boleh menyuruh seorang sujud kepada seseorang, maka aku akan perintahkan seorang wanita sujud kepada suaminya.” [1]
Jom kita senaraikan apa sebenarnya tanggungjawab isteri sehingga boleh mencapai title ‘solehah’ tu! Ini adalah pesanan daripada isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.”
- Berkhidmat dengan rasa puas
Sebagaimana kita mahukan yang terbaik dalam urusan kerja, begitulah juga sepatutnya kita mahu lakukan yang terbaik untuk suami dan keluarga. Ikhlaskan diri dalam melaksanakan tugasan di rumah tanpa ada perasaan ingin mengungkit.
2. Taat dan baik kepadanya
Sebelum bergelar isteri, seorang anak perempuan perlu taat kepada kedua ibu bapanya. Sebaik bernikah, ketaatan itu perlu diutamakan kepada suami. Tetapi ia tidak bermakna anda hanya menurut kata suami. Perbincangan dan komunikasi yang baik sangat perlu seandainya ada perkara yang berbangkit di antara pasangan.
3. Memerhatikan tempat pandangan matanya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu.
Jadilah ‘pemandangan’ paling indah untuk suami. Pilihlah pakaian yang bersih dan cantik dan bersoleklah dengan warna menarik untuk suami melihat kecantikan isterinya. Pastikan juga kediaman anda sentiasa kemas dan bersih agar suami tidak terlihat sesuatu yang buruk dari isteri sendiri.
4. Memerhatikan bau yang diciumnya. Jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Berwangi-wangian apabila bersama suami dan jangan sampai dia terhidu bau yang kurang enak. Peliharalah kebersihan dirimu dan kediaman agar suami sentiasa selesa dan tenang berada di sampingmu.
5. Memerhatikan waktu makannya kerana lapar yang berlarutan mengganggu emosi.
Sebagai isteri solehah, janganlah membiarkan suami berlapar. Tidak mengapa jika anda tak pandai memasak atau tidak berkesempatan untuk memasak. Pastikan jadual waktu makan suami terjaga. Sepertimana kita, suami juga akan menjadi emosi ketika lapar.
6. Memerhatikan waktu tidurnya kerana tidur yang terganggu boleh menimbulkan rasa marah.
Isteri kena tahu waktu tidur suami dan perlu peka sekiranya suami kelihatan letih dan memerlukan rehat. Janganlah terus menyuruh mereka lakukan macam-macam perkara bila pulang dari kerja. Mereka juga perlukan rehat yang cukup untuk sihat dan mengembalikan tenaga.
7. Menjaga hartanya
Sama ada anda mengahwini suami yang kaya atau miskin, anda perlu menjaga harta milik suami. Uruskan kewangan keluarga dengan sebaiknya. Belajarlah bersyukur dengan apa yang ada tanpa membebankan suami.
8. Memelihara kehormatan serta keluarganya.
Jangan memburuk-burukkan suami di hadapan orang. Jagalah aibnya dan peliharalah keluarganya. Sebagaimana anda menyayangi dan menghormati ahli keluarga anda, begitulah juga sebaiknya dilakukan kepada keluarga mentua.
9. Jangan membangkang perintahnya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya.
Jaga hati suami. Berkomunikasi dengan baik dengan suami sekiranya anda ingin menyuarakan pendapat. Lelaki ini ada egonya sendiri.
10. Jangan membuka rahsianya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Jagalah rahsia rumahtangga anda. Tidak perlu dicanangkan rahsia yang telah diamanahkan kepadamu. Jangan sesekali bercerita hal dalam kain kepada orang luar kerana apabila anda mengaibkan suami, itu sebenarnya adalah aib anda sendiri.
Jadilah isteri dambaan suami. Pilihlah untuk mencari keredhaan suami kerana Allah Taala.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Berilah Anak Bini Dari Sumber Halal, Jangan Main-Main Bab Rezeki

APA ITU BERKAT ?
Setinggi-tinggi darjat insan soleh, dia mampu mengekang dirinya di ketika menyumbang dari terpengaruh oleh fikiran atau bisikan seperti, "apa balasannya di dunia"?. Apa yang akan menjadi dorongan dan motivasi utama hanyalah apa yang bakal diperolehi di akhirat. Bukan ganjaran di dunia yag difikirkan. Apa yang diinginkan untuk dunianya hanyalah memperolehi rezeki yang BARAKAH atau berkat.

Menurut para ulama ‘barakah' atau berkat itu adalah :-
هي ثبوت الخير الإلهي في الشيء؛ فإنها إذا حلت في قليل كثرته، وإذا حلت في كثير نفع، ومن أعظم ثمار البركة في الأمور كلها إستعمالها في طاعة الله عز وجل.
Ertinya : iaitu kepastian kebaikan disisi Ilahi pada sesuatu perkara, yang mana apabila ia jatuh kepada perkara yang sedikit ia akan menambah banyakkan ia, dan apabila ia jatuh kepada yang banyak, ia akan menambah manfaatnya, dan sehebat-hebat hasil keberkatan dalam seluruh perkara adalah apabila ia digunakan kembali untuk membawa ketaatan kepada Allah azza wa jalla. Walaupun begitu, tidak ramai manusia yang mampu mencapai darjat tersebut, dan masih ramai individu soleh yang melakukan kebaikan, namun masih sering terfikir-fikir tentang ganjaran buatnya untuk dinikmati di dunia ini lagi.

WHAT YOU GET BACK?
Hasilnya, ramai yang bertanya berkenaan ‘what will you get back?' Bagi membuka minda kita semua akan bentuk-bentuk balasan yang mampu diperoleh hasil dari segala sumbangan kebaikan yang kita lakukan di dunia ini. Secara ringkas, saya bahagikan ganjaran yang boleh diperolehi sejak dari alam dunia ini lagi, semua ganjaran-ganjaran ini mempunyai dalil dan athar yang tersendiri, namun bagi mengelakkan terlalu panjang, saya tidak menyertakan semua dalilnya. Balasan tersebut adalah seperti berikut :-
a. Keberkatan dalam kehidupan berkeluarga
Rumahtangga kita didamaikan oleh Allah dari sebarang pergaduhan besar yang meruntuh kepercayaan dan kebahagian si suami, isteri dan anak.
Hati dan fikiran dikurniakan ketenangan yang akhirnya memberikan kesan positif kepada produktiviti kita di tempat kerja dan tugas, lalu mendapat kenaikan gaji dan pangkat.
b. Kesihatan
Allah selamatkan kita dan keluarga dari penyakit.
Nabi bersabda :
صنائع المعروف تقي مصارع السوء والآفات والهلكات
Ertinya : Perlakuan perkara kebaikan mampu menghalang dari terjerumus dalam keburukan, kecatatan dan kebinasaan. (At-Tabrani, Al-Haitahami : sanadnya Hasan)
Kita diselamatkan dari kemalangan dan bencana seperti di jalanraya, di dalam rumah, luar rumah, di tempat kerja dan sebagainya. Namun perlu diingat, ADA JUGA TERDAPAT HARTA YANG BERKAT TETAPI DITIMPA MUSIBAH DAN BENCANA, namun tanda berkatnya ia adalah bencana dan musibah itu membawanya lebih hampir kepada Allah dan bukan semakin jauh. Itulah fungsi keberkatan harta itu, ia hilang dan ditimpa musibah sebagai asbab untuk kebaikan tuan miliknya.JUSTERU, bukan tugas kita untuk menuduh harat si polan itu berkat atau tidak berkat setiap kali ditimpa musibah kerana kita TIDAK TAHU HAKIKAT SEBENARNYA.
Dikurniakan zuriat yang sihat dan jika sakit sekalipun, ia tidak seteruk mereka yang lebih parah sakitnya.

c. Harta
Dihindar dari mendapat kerjaya yang haram dan terselamat dari sebarang jawatan atau kenaikan pangkat yang memudaratkan masa hadapan. Perlu diingat bukan semua kenaikan pangkat itu baik untuk hati dan jiwa manusia, ada sebahagian besar jawatan yang menghancur dan mengubah habis jiwa kebaikan dalam diri seseorang kepada jiwa penerima rasuah, tamak, rakus kuasa dan sebagainya. Direndahkan minat dan nafsu kepada harta dan pendapatan haram serta diberi kekuatan untuk istiqamah dalam yang halal. Inilah yang boleh digelar sebagai salah satu dari cabang ‘zuhud', iaitu kebebasan jiwa dan hati dari keterikatan dengan harta dunia. Jika diperolehi, syukur dipanjatkan, jika ia hilang dan pergi tidaklah terlalu ditangisi.
Diberikan rasa cukup dan selesa dengan pendapatan yang diperolehi kini walau zahirnya kelihatan kurang mencukupi. Inilah dinamakan oleh ulama tasauf sebagai Qana'ah iaitu berasa cukup dengan apa yang telah ada, tetapi tidak henti untuk terus menerus memperbaiki diri dan kerja. Kenderaan yang digunakannya jauh lebih baik dari kenderaan yang jauh lebih mahal darinya. Begitu juga harta-hartanya yang lain seperti rumah dan lokasinya, diberi rezeki oleh Allah untuk berada di persekitaran yang baik, berjiran dengan mereka yang tidak menimbulkan banyak masalah.
Sumber pendapatan tambahan boleh datang secara tanpa disangka-sangka. Ia tidak semestinya dalam masa terdekat, ia mungkin berlaku 10 atau 20 tahun akan datang. Ini termasuklah di dalam tawaran Allah yang disebut di dalam durah at-Talaq, yang dinamakan oleh ramai sebagai ayat seribu dinar :
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Ertinya : Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. ( At-Talaq : 2-3)
Namun perlu diperhati sejelas-jelasnya, ayat di atas mensyaratkan seseorang untuk menjadi ‘BERTAQWA' sebagai jalan dibuka jalan kemudahan dan kebaikan dari pelbagai sumber tidak dijangka. Tidaklah sama sekali tepat pandangan ramai yang mengaitkan ‘gantung' ayat tersebut di rumah dan kedai sebagai cara meningkatkan rezeki dan pendapatan, tanpa bersifat taqwa di dalam kerjaya, perniagaan dan tugasan. Sedangkan hakikatnya, taqwa itulah kuncinya, bukan dengan menggantung ayat tersebut dan sebagainya.
Ibn Abbas menegaskan maksud jalan keluar di atas sebagai jalan keluar dari perkara syubhat di dunia, jalan keluar untuk menghadapi kematian, dan kesukaran di hari kiamat. (Tafsir Al-Qurtubi)
d. Sekeliling yang baik
Dipermudah oleh Allah untuk berada di tempat dan persekitaran yang baik dan tidak merbahaya untuk diri dan keluarga. Kewujudannya menjadi pelopor kepada kebaikan mereka yang disekitarnya, penyekat kepada kemaksiatan. Ia bertepatan dengan sebuah sabdaan Nabi:
إن من الناس مفاتيح للخير مغاليق للشر وإن من الناس مفاتيح للشر مغاليق للخير فطوبى لمن جعل الله مفاتيح الخير على يديه وويل لمن جعل الله مفاتيح الشر على يديه
Ertinya : Dari kalangan manusia ada yang menjadi kunci kebaikan dan penutup serta penghalang kepada kejahatan. Dan ada pula yang menjadi kunci kejahatan dan penutup kebaikan, bergembiralah bagi sesiapa yang dijadikan oleh Allah sebagai kunci kebaikan di tangannya, dan celakalah mereka yang kunci kejahatan di tangannya ( Riwayat Ibn Majah : Sohih )

KESIMPULAN
MashaAllah, terlalu banyak cara dan kaedah untuk Allah membalas baik sangka hambaNya dan amalan kebaikan hambaNya. Sama ada di dunia atau akhirat. Lalu apa yang menjadi penghalang kini hanyalah ‘hati' masing-masing. Jika hati itu masih belum mampu menyakini maha Pemurahnya Allah ta'ala. Masih belum boleh menyakini Allah akan membalasnya.
Masih belum yakin wujudnya Allah dan ganjaran kebaikan-Nya. Selagi itu, seseorang itu akan sentiasa dihambat pelbagai perasaan tamak, kedekut dan malas ketika ingin memberi. Jalan awal penyakit tersebut adalah ‘malas' dan dikuti berterusan melakukan dosa dan berasa jalan ‘dosa' itu adalah cara pendapatan yang terbaik baginya. Saya teringat, tatkala saya mengingatkan orang ramai perihal pelaburan haram, skim haram, skim cepat kaya, money game, skim piramid wang, MLM yang haram dan sebagainya, lalu berteriaklah beberapa orang yang tidak berpuas hati seraya berkata :
"Kami orang susah, ustaz bolehlah kata itu dan ini…cuba ustaz duduk di tempat kami selaku individu yang kurang berpendidikan, kerja berat tapi gaji sedikit. Itulah sahaja cara yang mudah untuk kami menambah pendapatan"
Individu seperti ini tidak sama sekali sedar, keterlibatannya dalam perkara haram HANYA AKAN LEBIH MENAMBAH JAUHNYA DIA DARI SEBARANG REZEKI HARTA DAN KETENANGAN. Nabi pernah bersabda :
لا يزيد في العمر إلا البرولا يرد القدر إلا بالدعاء وإن الرجل ليحرم الرزق للخطيئة يعملها
Ertinya : Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan[1], dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu'allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu DITAHAN REZEKINYA disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya" ( Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)
Justeru, jangan jadikan posisi kesukaran diri di waktu ini sebagai excuse untuk melibatkan diri dalam perkara yang haram, kerana ia sama sekali bukan jalan keluar tetapi ia jalan buntu dan hanya akan melebarkan bencana terhadap diri dan keluarga. Imam Ibn Kathir pernah mengulas bahawa apabila manusia melupakan soal dosa pahala dalam harta dan kehidupan mereka maka
وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
Ertinya : Tetapi mereka telah mendustakan ( tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan (Al-A'raf : 96 )
PERKEMBANGAN POTENSI, JANGAN ASYIK MEMBUAT ‘EXCUSE'
Apa yang perlu dilakukan adalah memanfaatkan duit simpanannya untuk mempelajari ilmu yang boleh digunakan untuk memperkembang potensi diri, bukan dengan menceburi skim-skim haram itu. Dan kemudian mengemukan alas an serta excuses yang pelbagai. Lihat ulama tabi'en berkata :
من طلب العلم تكفل الله برزقه
Ertinya : Barangsiapa yang menuntut ilmu Allah seolah telah menjamin rezekinya ( Kanzul Ummal, 10/139)
Ilmu itulah yang akan menerangkan kita jalan untuk bekerja dengan sebaik mungkin, dalam keadaan halal dan seterusnya membuka lebih banyak pintu rezeki. Semua ini perlu dilakukan tanpa malas. Atas dasar itu Nabi mengingatkan :-
لو أنكم توكلون على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصاً وتروح بطاناً
Ertinya : Kalau kamu benar-benar bertawakkal kepada Allah, nescaya akan diberikan rezeki kepadamu sebagaimana diberikan rezeki kepada burung-burung, yang keluar dengan perut lapar di pagi hari, pulang dalam keadaan kenyang. Para ulama menyebut dengan jelas lagi terang, maksud tawakkal dalam hadis di atas merujuk kepada usaha, ilmu dan bersungguh dan sesudah itu bersangka baik kepada Allah. Sesiapa yang bersangka baik kepada Allah, Allah akan menunaikan sangkaan baiknya. Begitu juga sebaliknya.
Doa Isteri Itu Mustajab. Jika Rumahtangga Diuji, Berdoalah…

Dalam menjalani kehidupan rumah tangga, tidak semua perkara dilalui dengan bahagia. Ada kalanya berlaku salah faham atau pergaduhan kecil dengan pasangan sampai tidak bertegur sapa untuk beberapa seketika.
Dengan perasaan bercampur baur dan tidak senang duduk, pasangan pasti memerlukan tempat mengadu bagi meluahkan rasa terbuku di hati yang sekurang-kurangnya dapat melegakan keadaan.
Ketika inilah, pasangan mengambil masa untuk muhasabah diri dan menadah tangan berdoa kepada Allah SWT agar hubungan suami isteri kembali pulih seperti biasa.
Seorang pengguna Facebook, Firdaus Shakirin berkongsi mengenai mustajab doa seorang isteri bagi memperoleh kesenangan dan kebahagiaan dari segala bentuk dalam kehidupan.
Besar kesan doa seorang isteri dlm kehidupan seorang suami…
Asbab doanya, rezeki suami dimurahkan…asbab doanya, urusan suami dipermudahkan…asbab doanya, suami diberikan kesihatan yg baik…asbab doanya, suami dilindungi dari segala bentuk kejahatan dan kemudaratan…asbab doanya, suami dipelihara oleh Allah s.w.t…
Doa seorang isteri itu sangat mustajab…
Jika rumahtangga diuji, berdoalah…jika suami tidak seperti yg diimpi, berdoalah…jika suami berpaling hati, berdoalah…jika isteri dizalimi, berdoalah…jika hak2 isteri tidak dipenuhi, berdoalah…
Allah akan mendengar doamu itu wahai isteri…jgn pernah putus asa utk berdoa…🤲
Memiliki seorang isteri yang solehah tentunya menjadi idaman bagi setiap kaum lelaki. Isteri yang solehah umpama perhiasan dan kecantikan dunia yang mampu mengalahkan indahnya kilauan emas, intan atau bahkan permata sekalipun.
Bukan itu sahaja memiliki seorang isteri yang solehah juga mampu membawa kehidupan yang lebih baik, sama ada untuk suaminya atau bahkan untuk keluarga kecilnya. Doa seorang isteri kepada suami menjadi salah satu doa mustajab.