Barang kemas jika kerap di pakai lama-lama banyak daki dan kotoran yang melekat, meskipun kita selalu membasuh dengan air biasa namun ianya tidak boleh menghilangkan keseluruhan daki dan kotoran yang terlekat. Lama-kelamaan daki dan kotoran yang melekat ini boleh membuatkan barang kemas anda kelihatan tidak bersinar dan kusam sama sekali akan menghilangkan seri kecantikannya.
Apabila ada masa yang tidak tahu nak buat apa bolehlah ambil sedikit masa tu untuk kilatkan barang kemas seperti rantai, gelang dan cincin emas yang ada. Hari-hari pakai, dah tentu nampak kusam kan. Buat sendiri saja sebab petuanya mudah sangat. Ini petua buat para isteri supaya tidak membazir hantar ke kedai untuk bersihkan emas.
5 Petua Untuk Kilatkan Barang Kemas
1. Ubat gigi
Ini cara paling biasa kita buat. Ambil ubat gigi dan sental barang emas gunakan berus gigi terpakai. Confirm berkilat.
Ads
2. Air asam jawa
Rendamkan barang kemas ke dalam air asam jawa selama 6 jam, kemudian bilas dengan air biasa. Keringkan dengan kain yang bersih.
Ads
3. Guna air teh
Sediakan air teh jangan tambah gula. Rendam barang kemas dalam air teh tadi paling kurang selama sejam. Kemudian bersihkan dengan berus dan bersihkan. Jika ingin berkesan, rendam lebih lama.
Ads
4. Air panas
Cara ini sesuai untuk membersihkan barangan kemas yang tidak mempunyai batu. Letakkan barang kemas dalam bekas yang sesuai kemudian tuang air panas ke dalamnya. Biarkan sehingga air sejuk. Keluarkan dan bilas.
5. Cecair pencuci pinggan
Tuang beberapa titis cecair pencuci pinggan dalam mangkuk berisi air suam. Kacau dan rendam dalam 15 minit. Selepas bersihkan dengan berus kecil sebelum dibilas dan dikeringkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengenakan aksesori pada hari perkahwinan memberikan suntikan romantis dan anggun pada keseluruhan penampilan si ratu sehari. Gaya bersahaja, langsung menyerlah dan memukau dengan padanan aksesori yang tepat dan sempurna. Berikan gaya yang lebih menyerlah pada penampilan anda saat bergelar ratu sehari. Pastinya si dia dan hadirin terpaku terpesona saat anda mengatur langkah menuju ke mahligai cinta.
SUBANG
Pilihan subang yang tepat juga boleh menjadikan penampilan tampak romantis dan eksklusif. Padanan subang yang terdiri daripada batu permata dapat membiaskan sinaran eksklusif yang cukup nyata. Elakan daripada memilih subang yang terlalu kecil ataupun terlalu besar. Sebaiknya, pilih subang yang memberi anda keselesaan saat memakainya. Nescaya aura glam itu terpancar dengan penuh anggun dan mempersona.
RANTAI
Rantai bermotifkan bunga dapat membantu penampilan anda menjadi anggun dan romantis. Dengan percikan rona yang memukau, ia dapat menyerlahkan sisi feminin buat si pemakai. Namun, elakkan dari memilih rantai dengan motif bunga yang telalu sarat. Ingat, anda ingin memakainya untuk majlis perkahwinan.
LAYAH
Tidak lengkap penampilan ratu sehari tanpa layah. Layah mampu memberi kesan romantis buat si ratu dan memberi momen perkahwinan yang nyata. Padankan layah yang sesuai dengan busana yang disarungkan. Pilih rona yang senada agar anda terlihat elegan dan eksklusif. Elak memilih layah yang sarat dengan perincian.
TIARA
Mengenakan tiara di hari perkahwinan juga dapat menghasilkan penampilan yang lebih romantis. Pilihlah tiara yang sederhana saiznya dan tidak terlalu besar. Pemilihan tiara juga bergantung pada tema perkahwinan anda. Sekiranya anda memilih tema perkahwinan ala Inggeris, anda boleh mengenakan flower crown sebagai pelengkap gaya.
GELANG
Gelang mutiara juga boleh dijadikan pilihan buat anda tampil menawan. Selain menambah gaya, gelang mutiara dapat mengubah penampilan si ratu sehari tampak klasik dan pada masa yang sama tampak cukup romantis. Anda boleh mengenakan beberapa gelang mutiara dan memakainya dengan jumlah yang lebih banyak. Pasti penampilan anda lebih menyerlah.
TALI PINGGANG
Ternyata padanan tali pinggang dapat menghasilkan penampilan yang glamor dan menyerlah. Tali pinggang seperti ‘gold plated belt’ dapat menyuntik elemen romantis didalam gaya ratu sehari. Zuhair murad dan Elie Saab antara pencetus fenomena bagi gaya ratu sehari dengan menggunakan pendekatan tali pinggang buat gaya ratu sehari.
SEPATU
Tidak lengkap penampilan si ratu tanpa memakai sepatu ala puteri raja. Padanan sepatu yang tepat dengan busana glam bakal melahirkan penampilan yang cukup sempurna. Anda boleh memilih sepatu berona pastel dengan sulaman renda berona senada. Untuk kelihatan lebih anggun, pilih sepatu yang mempunyai percikan batu permata.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibu bapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :
Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibu bapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.
Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.
Yang mereka perlukan, antaranya ialah :
Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi… hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia.
“… yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim…”
Ingatlah..hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan pada anak kita.
Berwasiatlah bagaimana kita mahu orang di sekililing kita lakukan untuk kita apabila kita menghadapi sakaratul maut. Kita sudah tidak mampu berkata-kata apabila berada dalam keadaan sedemikian.
Bagaimana kita mahu anak isteri, kaum kerabat atau masyarakat membantu kita apabila berhadapan dengan kematian. Ketahuilah bahawa saat kematian itu adalah bila-bila masa. Berwasiatlah bagaimana kita mahu menghadapi sakaratul maut.
Wallahu a’lam…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kedua-dua yoga dan pilates akan membantu meningkatkan kecergasan anda dan menurunkan berat badan. Tetapi tidak semua orang boleh menentukan perbezaan antara yoga dan pilates untuk membolehkan memilih yang membantu mereka mencapai matlamat dan konsisten dengan tahap kecergasan dan gaya hidup mereka. Sesungguhnya terdapat banyak pandangan yang berbeza dan sama antara yoga dan pilates.
Yoga adalah kumpulan latihan fizikal, mental, dan rohani yang berasal dari India kuno. Perkataan “yoga” mempunyai banyak terjemahan dan boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara. Banyak terjemahan yang ditujukan ke arah “penyertaan” atau “tumpuan” – pada asasnya bermakna untuk menggabungkan atau kaedah disiplin.
Yoga digunakan sebagai satu bentuk latihan untuk memindahkan tenaga melalui tubuh dengan cara yang membuatkan anda berasa tenang selepas latihan. Anda boleh menggunakan yoga sebagai satu bentuk senaman yang mengumpul kekuatan, fleksibiliti, dan keseimbangan. Lebih banyak yoga moden yang lebih fizikal daripada rohani.
Pilates adalah kaedah penurunan berat badan dengan menggabungkan siri senaman untuk meningkatkan kekuatan otot dan meningkatkan kesihatan. Pilates adalah sistem kecergasan fizikal yang dibangunkan pada awal abad ke-20 oleh Joseph Pilates. Ia pada asalnya direka khas untuk para veteran untuk membantu pemulihan fizikal dan mental pasca World War. Dan dengan kehidupan yang sibuk hari ini penuh dengan ketegangan saraf, pilates akan membantu anda melegakan tekanan.
Pilates, selain daripada keupayaan untuk meningkatkan kesihatan, ia juga membantu anda mengukuhkan kekuatan, meningkatkan fleksibiliti dan menyesuaikan tubuh untuk lebih banyak keseimbangan. Pilates dikatakan memberikan kesan positif kepada semua organ dalam tubuh anda, merangsang dan mengeluarkan toksin dan sisa. Pilates bukan sejenis latihan untuk membuatkan anda berasa penat dan kekusutan. Sebaliknya, anda akan meninggalkan studio latihan dengan peningkatan tahap tenaga dan fikiran yang fokus.
Mungkin, jika anda melihat pilates seperti yang diilhamkan oleh yoga, ia agak serupa. Gaya yoga juga sama bentuk dan kedudukan seperti pilates. Kedua-duanya dianggap bentuk latihan minda, untuk memupuk kesedaran dan hubungan antara tubuh dan minda. Tetapi terdapat beberapa perbezaan antara yoga dan pilates yang anda patut tahu.
Salah satu perbezaan utama antara pilates dan yoga adalah pilates bermula dengan pelbagai pergerakan dan jangkauan kecil ke arah penghujung pergerakan sendi manakala postur yoga cenderung menahan pergerakan sendi dan latihan panjang otot teras.
Kedua, teknik pernafasan sangat berbeza. Dalam yoga, senaman pernafasan adalah kunci untuk membantu anda mencapai kelonggaran (relaxation). Semasa latihan yoga, adalah penting untuk memberi tumpuan kepada bagaimana nafas digunakan, menggunakan nafas anda untuk menghantar “chi – tenaga tubuh anda” ke kawasan yang mempunyai ketegangan untuk membantu meredakan kumpulan otot tertentu dalam tubuh anda. Dengan pilates, pernafasan digunakan sebagai teknik untuk menyediakan tenaga yang diperlukan untuk otot berfungsi dengan berkesan, sama seperti senaman normal. Fokus pada teknik pernafasan sepanjang pilates akan membantu anda menguruskan oksigen yang memasuki tubuh dan pergi ke otot.
Ringkasnya, walaupun kedua-dua yoga dan pilates mempunyai beberapa perbezaan, anda harus memilih satu untuk memenuhi matlamat anda. Yoga lebih kerohanian, dengan manfaat tambahan untuk meregangkan dan menguatkan otot. Matlamat utama pilates adalah untuk meningkatkan kecekapan otot, untuk nada otot dan meningkatkan fleksibiliti.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...