Daging merupakan antara menu yang paling malas untuk dimasak kerana jika daging tidak dimasak dengan cara yang betul dan sempurna, ia akan membuatkan daging menjadi liat.

Tentunya kita mahu daging yang dimasak mudah dikunyah dan lembut apabila dimakan. Apa kata anda cuba sendiri petua yang dikongsikan oleh wanita bernama Awatif Osman ini.

Menerusi akaun Facebooknya, beliau telah berkongsi petua mudah untuk melembutkan daging. Jom kita semak petuanya.

5 PETUA MUDAH LEMBUTKAN DAGING

Petua Mudah Yang Jarang Orang Buat Untuk Lembutkan Daging Tanpa Perlu Rebus Lama

Tips ni saya dapat dari orang dulu-dulu. Sebab saya dengar ramai juga yang sakit kepala nak lembutkan daging. Ada juga chef yang bagi petua.

Ada yang guna no 1 tak jadi, dia guna no 2. Ikut mana yang kita selesa ye.

IKLAN

1. Potong daging lawan urat

Bila potong daging, kita tengok dulu ‘urat’ daging. Kita potong lawan arah. Supaya urat tu terputus. Senang daging nak empuk. Ni petua zaman berzaman kan? Memang proven.

Petua Mudah Yang Jarang Orang Buat Untuk Lembutkan Daging Tanpa Perlu Rebus Lama

2. Rebus daging sambil tutup periuk

Salah satu petua orang dulu, daging yang kita sedang rebus, ditutup dulu dengan tudung periuk. Dan diletak lesung batu atau apa saja yang berat supaya wap air tak keluar. Syarat penting, jangan letak garam. Garam masuk last sekali.

IKLAN

3. Rebus bersama kurma

Ada yang kata biji kurma sahaja. Ada yang kata kurma. Tapi, bila kita masukkan buah kurma, sup daging akan automatik jadi manis-manis buah dan daging pun lembut. Berapa lama masa, bergantung pada air dan api.

Petua Mudah Yang Jarang Orang Buat Untuk Lembutkan Daging Tanpa Perlu Rebus Lama

4. Rebus bersama nenas

Nenas kan ‘tajam?’ Maka, fungsi nenas ni melembutkan daging dan buat rasa daging pun lagi enak. Kalau periuk kecil, cukup 1 atau 2 hirisan nenas. Terlebih nanti jadi pajeri nenas pulak kan? Hihi.

IKLAN

5. Rendam bersama soda bikarbonat

Saya sendiri pernah cuba. Saya sapu daging dengan soda bikarbonat. Tak terlalu lama nak tunggu daging lembut. Mudah. Tapi, bila dah agak lembut. Boleh basuh dulu daging sebelum masak.

Ada juga bagi petua masukkan sudu besi sewaktu merebus. Atau gula-gula hacks. Hihi. Boleh juga cuba. Mana tau jadi, kan?

Silakan #share. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Sumber: Awatif Osman

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI