Pastinya anda sudah cukup hebat di mata isteri anda. Kami senaraikan beberapa perkara kecil lagi yang anda mungkin terlepas pandang.
#1: Rakan yang baik
Sebab pasangan yang baik, juga adalah rakan yang baik.
#2: Kekasih
Sebab hanya kerana anda sudah berkahwin, tidak bermaksud anda perlu berhenti menjadi romantis. Bak kata orang, ‘Marriage is just the beginning of a romance’.
#3: Stylist
Tidaklah susah sangat. Hanya kata ‘Ya’ atau ‘Tidak’ pada pilihan baju yang isteri anda tunjukkan ketika bersiap.
Tips: Jangan jawab dengan “Apa-apalah.” atau “Mana saya tahu.” Big mistake!
Ads
#4: Pendengar yang baik
Dengar sajalah apa apa yang isteri anda ingin katakan. Beliau boleh cerita pada orang lain, namun beliau mahu kongsikan dengan anda juga. Anggap saja anda insan terpilih.
#5: Pembersih
Isteri anda tidaklah punyai standard jangkaan yang tinggi untuk bab ini.
Sidai balik tuala selepas mandi, masukkan baju kotor dalam bakul (dan bukannya biarkan berlingkar di atas lantai), lap jika anda ada tertumpahkan apa-apa, buang sampah dalam bakul sampah, bukannya atas lantai dan mungkin juga bersihkan sink selepas mencukur janggut anda.
Isteri anda bukanlah pembantu rumah anda. Ini hanyalah minimal berbanding jangkaan yang anda ada terhadap isteri anda, bukan?
#6: Beri perhatian
Ads
Jika isteri anda tanya,”Abang perasan ‘something new’ tak kat saya?” Memanglah ada ‘something new’ pada isteri anda.
Jika bukan rambut, baju. Jika bukan baju, make up. Jika semua pun bukan, minta ‘hint’.
Jika masih salah, minta jawapan dan beritahunya, “Patutlah makin cantik.” Ringkas dan selamat.
#7: Gagah
Anda tidak perlu segagah Superman atau sekaya Batman. Cukuplah dengan sifat melindungi dalam diri anda itu untuk buat isteri anda berasa seperti anda superhero peribadinya. Kadang kala, tunjuk sedikit sifat anda ini apabila perlu. Biar isteri anda berasa selamat dan tenteram.
#8: Bijak
Tidak semestinya anda perlu pintar di atas kertas ujian. Pintar yang dimaksudkan adalah, berfikir sebelum berkata-kata dan membuat keputusan. Ramai lelaki apabila marah bercakap tanpa memikirkan akibatnya. Jika marah bagaimanapun, anda tentunya tidak mahu melukakan hati pasangan anda bukan? Lagipun, marah adalah untuk mendidik, bukannya untuk mengungkit dan mencalarkan hati isteri anda, wanita yang anda sepatutnya belai dengan kasih sayang dan bukannya kata-kata nista. Jadi, sebelum berkata-kata, fikir dengan bijak.
Ads
#9: Jujur
Tidak ada sebab anda perlu berbohong kepada isteri anda melainkan anda mahu membuat ‘surprise’ untuknya. Berlaku jujurlah kepada isteri anda. Jika anda rasa anda perlu menyembunyikan sesuatu daripada isteri anda, perkara yang anda perlu sembunyikan itu berkemungkinan salah, dan anda sendiri tahu, ia salah.
#10: Ingat tarikh penting
Ya. Anda mungkin sibuk dengan tugasan pejabat dan selalu ‘outstation’ Namun, sampai bila anda mahu menggunakan alasan ini? Cari penawar untuk alasan-alasan anda ini. Gunakan ‘smartphone’ anda. Buat satu ‘reminder’ seminggu sebelum tarikh asal untuk membuat perancangan awal dan satu lagi ‘reminder’ beberapa minit sebelum detik 12 malam tarikh penting anda. ‘Outstation’? Hantar bunga ke tempat kerja isteri anda pun sudah memadai. Jangan lupa telefon isteri anda juga.
#11: Beragama
Anda memasuki ‘halal-hood’ bersama dengan tujuan untuk ke syurga juga bersama. Pimpinlah isteri anda ke arah itu. Jika anda berdua masih di peringkat permulaan dalam mendekati agama, pergilah melalui perjalanan ini bersama.
#12: Setia
Dari kasih sayang, lahir kesetiaan. Anda pernah dengar lagu Sam Smith, I’m Not The Only One? Anda selalu rasa isteri anda tidak mengetahui jika ada yang tidak kena dengan diri anda, but she knows! She always knows! Walaupun mungkin sekarang isteri anda tidak tahu, lambat laun, beliau akan tahu juga. Mana-mana insan yang teraniaya selalu ada deria keenam (sixth sense). Sebelum anda bercadang untuk curang, fikir masak-masak. Tiada siapa patut dibelot. Apatah lagi oleh suaminya sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuhanku, kurniakan kepadaku anak-anak yang soleh (bertakwa)
Zikir Untuk Mendapat Anak
Maksudnya:
Wahai Tuhan Yang Maha Menjadikan, Wahai Tuhan Yang Maha Mencipta dan Yang Maha Membentuk
Perempuan yang lama berhasrat memiliki anak, bolehlah mewiridkan nama-nama (Asmaul Husna) di atas sebagai wirid harian.
Doa Untuk Mendapat Anak Yang Sempurna (Tidak Cacat)
Maksudnya:
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
Doa Agar Mendapat Anak Yang Berakhlak Mulia Dan Menghormati Ibu Bapa
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anda mesti tidak sabar nak meraikan hari yang paling bermakna buat anda dengan dia dalam satu majlis yang sangat meriah. Mana tidaknya, majlis perkahwinan merupakan kenangan seumur hidup yang menjadi ingatan buat pasangan suami isteri. Namun begitu, cuba bayangkan jika memori di hari persandingan dalam kedaaan yang tidak berkualiti dan tidak menarik. Sudah tentu pengantin frust bukan!
Koleksi:@rekateemor
Ada beberapa tips yang bakal pengantin boleh praktikkan untuk memudahkan kerja jurugambar untuk mendapatkan gambar yang menarik, smooth dan cantik.
1. Pemilihan warna pelamin yang cerah atau light color. Color yang lembut seperti putih cream, light blue atau light purple. Asalkan warna yang light.
Koleksi: @royalepalace.cyberjaya.
2. Kedudukan pelamin sebaiknya berada di kawasan yang cerah. Pelamin yang diletakkan di luar rumah (khemah atau beranda, car porch) lebih baik kerana ia mendapat pencahayaan sangat baik. Tetapi pastikan apabila menjelang petang lokasi pelamin tidak berada di kawasan matahari memancar.
Koleksi: @melur.putih.
3. Tempat. Sekiranya di dewan, pastikan dewan mempunyai pencahayaan yang baik juga. tidak pasal-pasal jadi orang minyak korang atas pelamin tu.
Koleksi: @mahligaicreative.
4. ELAKKAN penggunaan lampu pelangi, lampu pelangi atau yang banyak warna dan bertukar tukar. Sebabnya ia akan menyebabkan warna kulit dalam gambar akan berubah rubah. Silap-silap pencahayaan bagaikan di kedai tom yam! Kamera tidak seperti mata kita. Kalau warna kulit dah berubah memang susah baiki warna asal dan akhir sekali jadilah gambar hitam putih.
Koleksi: @melur.putih.
5. Tutup dinding di sekeling pelamin dengan kain putih. Kain putih akan memberikan pencahayaan yang baik. Ini bagi mengelakkan warna cat dinding memantul kepada pengantin sekiranya jurugambar menggunakan flash. Kalau dinding putih tidak jadi masalah. Tapi kalau dinding warna kuning, biru, merah dan hijau contohnya memang habis gambar kahwin menjadi hulk.. Menangis photographer bila nak edit gambar nanti.
Koleksi: @melur.putih.
6. CUKUP TIDUR. Pengantin kena cukup tidur. Kalau tidak memang sangat susah untuk posing. Mood ke laut dan gambar juga ke laut!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berdengkur ketika tidur? Itu normal. Tetapi, bila berdengkur hampir setiap malam sehingga menggegar katil? Itu masalah yang perlu diatasi.
Kebanyakan orang mengalaminya terutama apabila satu hari kepenatan. Tapi, adakah cara hilangkan dengkur? Apa kata anda cuba 10 cara yang kami kongsikan ini.
1. Mandi air panas sebelum tidur
Jika anda mandi air panas sebelum tidur, ia akan membantu untuk mengeluarkan sebarang bendalir yang mengganggu saluran tersebut. Sambil mandi, jangan lupa juga untuk berkumur dan membilas hidung.
2. Tidur secara mengiring
Berbaring secara menelentang akan menyebabkan bahagian atas lidah anda menutup saluran tekak anda, sekaligus menutup saluran pernafasan. Cuba tidur secara mengiring dengan mendapatkan bantuan bantal peluk atau anda juga boleh memilih untuk memeluk pasangan anda.
3. Banyakkan minum air masak
Salah satu cara hilangkan dengkur adalah dengan memperbanyakkan minum air di siang hari. Ia akan mengekalkan tahap hidrasi badan anda. Jika anda kekurangan air, tekak anda akan kering dan menghasilkan mukus.
4. Gunakan bantuan pelekat jalur hidung
Jika anda memerlukan bantuan peralatan bagi mendapatkan pernafasan yang lebih lancar ketika tidur, mungkin anda boleh menggunakan pelekat jalur hidung. Ia membantu untuk membuka bukaan nasal hidung.
5. Gunakan semburan hidung
Selain daripada pelekat hidung yang diletakkan di bahagian atas hidung, anda juga boleh membeli semburan nasal hidung bagi melegakan sekatan pernafasan akibat mukus dalam hidung anda.
6. Pasang pelembap udara di dalam bilik
masalah dengkur juga boleh disebabkan oleh keadaan bilik yang kering dan panas. Dengan memasang pelembap udara (air humidifier), bilik anda akan berada dalam keadaan optimum yang membantu tidur yang lebih berkualiti.
7. Tidur dengan bantal yang tinggi
Lagi satu cara hilangkan dengkur adalah dengan tidur dalam keadaan kepala berada di atas bantal yang sedikit tinggi. Ia membantu pernafasan yang lebih lancar apabila dagu dan hidung anda sedikit terangkat.
8. Jangan ambil makanan berat sebelum tidur
Tabiat gemar makan berat lewat malam sebelum tidur juga adalah salah satu punca masalah dengkur.
9. Buat latihan mulut
Jika anda ingin mengurangkan bunyi bising ketika tidur, cuba buat latihan mulut ini.
Tekan hujung lidah ke lelangit dan gerakkannya ke belakang. Ulang selama 3 minit setiap hari.
Gerakkan otot mulut di bahagian tekak anda dan gerakkan anak tekak selama 30 saat.
Sebut vowel ‘A’ secara kuat selama beberapa minit setiap hari
Latihan otot mulut dan lidah sebegini dikatakan dapat membuka bukaan tekak dan sekaligus membantu pernafasan yang lebih lancar ketika tidur.
10. Pemeriksaan doktor, anda mungkin bermasalah
Jika anda telah mencuba petua untuk mengurangkan dengkur di atas dan masih tidak dapat menyelesaikan masalah tidur anda yang semakin teruk, mungkin telah sampai masanya untuk anda berjumpa dengan doktor. Jika pemeriksaan membuktikan ia adalah satu masalah yang serius, anda mungkin perlu melakukan pembedahan bagi membuka saluran udara.
Sumber : theasiaparent
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!