Bakal menginjak usia 44 tahun, penyampai radio terkenal, Fara Fauzana menitiskan air mata apabila diajukan soalan tentan jodoh semasa sedang bertugas di konti radio Hot FM baru-baru ini.
Fara atau nama sebenarnya, Farah Fauzana Mohd. Fadzil tidak dapat menahan sebak apabila ditanya apakah pilihannya berkenaan cinta dan duit.
Pilih Cinta Atau Duit
“If you ask me (kalau anda tanya saya), saya takkan pilih duit, saya akan pilih cinta,” katanya seraya mengesat tangisan yang membasahi pipinya.
Ads
Video yang dikongsikan menerusi Instagram Hot FM itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial tersebut.
“Perempuan yang tahu cari duit, ada duit akan pilih cinta, duit boleh dicari dan Insya-ALLAH semoga dipermudahkan utk kita semua,” kata seorang pengguna, Nurayka.
“Semoga kamu bertemu dan berjodohan dengan orang yang tepat buat kamu Farah,” komen kelipmalam77.
Ads
“Insya-ALLAH semoga Kak Farah akan memiliki cinta suatu hari nanti. Solat hajat doa biar yang hadir itu paling terbaik,” ujar Nuraryanaa pula.
Fara Fauzana Pernah Bertemu Seseorang
Ads
Untuk rekod, Fara pernah mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang lelaki bernama Mohamed Hafiz Badiuzzaman pada Julai 2016.
Bagaimanapun, perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Fouziah Gous tak pernah periksa phone suaminya, Zhafran Md Yusof dek kerana nak menjalani kehidupan tenang tanpa memikirkan perkara remeh mahu pun menyimpan prasangka terhadap teman hidup sendiri yang disifatkan boleh merosakkan hubungan.
Menerusi satu portal hiburan Fouziah berkata, “Saya takkan periksa telefon Zhafran sebab saya bukan jenis isteri yang penyibuk, selain sangat menjaga privasi orang walaupun terhadap suami sendiri.
“Saya hidup dengan rasa percaya dan fikiran tenang. Saya tahu suami sentiasa ada apabila diperlukan, tunaikan tanggungjawab, manakala saya juga lakukan amanah sebagai seorang isteri.
“Apa lagi yang saya mahu? Saya takkan cari masalah, tambahan pula sejak berkahwin 10 tahun lalu, kami sentiasa bersama saat susah senang,” katanya lagi.
Situasi rumah tangga segelintir teman seangkatan yang hancur di tengah jalan tidak membuatkan kepercayaan Fouziah, 38, goyah sebaliknya dia dan suami saling memperbaiki kelemahan.
“Saya selesa bekerja dengan suami, tiada masalah kerana kami profesional serta memahami tugas masing-masing tanpa mencampuradukkan urusan kerja dan rumah tangga.
“Sebagai ibu, isteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Zhafou Global selaku pengeluar FG Walet, masa saya padat, namun di rumah saya tetap laksanakan tugas dan tanggung jawab.
“Suami pun sangat bertimbang rasa, bantu apa yang patut ketika di rumah tetapi walaupun kita ‘kepala’ di tempat kerja jangan terbawa-bawa ego.
“Saya selalu ingatkan diri supaya buang ego terutama dalam rumah tangga sebab ada sebilangan wanita yang terlupa perkara ini sehingga jadi dominan,” ujarnya.
Itulah sepatutnya yang berlalu dalam rumah tangga, saling percaya dan tidak terlalu negatif fikir tentang perkara yang tidak pernah berlaku. Insya-Allah akan bahagia sampai hujung nyawa.
Benarlah jodoh itu tidak pernah mengenal usia. Sungguhpun perbezaan usia yang agak jauh, namun cinta sejati pasangan suami isteri, Kelana b Shamsudin Alamudi dan
Siti Nur Nashrah akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin.
Kelana b Shamsudin Alamudi, 61 dan Siti Nur Nashrah, 29 sudah ditakdirkan untuk hidup bersama.
Berbeza usia 32 tahun bukan penghalang pasangan ini mendirikan rumah tangga. Masyarakat kita sering memandang serong terhadap golongan wanita atau lelaki yang lebih berusia yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangan yang jauh lebih muda daripada mereka.
Perbezaan usia yang besar di antara pasangan sering dianggap tidak mampu kekal lama namun sebenarnya banyak saja pasangan yang mampu mengecap bahagia. Pendek kata, jarak usia bukanlah penghalang untuk membina sebuah ikatan yang kukuh dan mampu kekal selamanya.
Berkahwin dengan pasangan yang mempunyai jurang usia yang besar bukan penghalang mengecap rumah tangga mendamaikan.
Seperti mana pasangan lain, hubungan dengan jurang usia yang jauh juga pasti akan melalui cabaran dan rintangan seperti perbezaan pendapat, pegangan prinsip serta gaya hidup.
Namun itu bukan bermaksud hubungan itu tidak mempunyai keserasian sebaliknya terdapat pelbagai cara dan kaedah dalam menjaga dan membina hubungan tersebut agar lebih kukuh walaupun berbeza usia.
Berkongsi cerita tentang kisah pasangan Kelana b Shamsudin atau lebih selesa disapa Kelana dan pasangannya Siti Nur Nashrah atau mesra disapa Nashrah, sememangnya pasangan ini sudah ditakdirkan untuk hidup bersama.
“Kami bertemu dalam satu program. Mula-mula hanya sekadar pandang-pandang dan senyum-senyum sahaja. Beberapa bulan kemudian kami bertemu lagi dalam satu program yang lain. Kebetulan kerusi kosong hanya ada di sebelah Nashrah maka saya duduk di sebelahnya,” ujar Kelana.
Selepas saling bertukar nombor telefon hubungan itu akhirnya menjadi serius. Pasangan ini mengambil kata putus untuk mendirikan rumah tangga selepas setahun menjalinkan hubungan.
“Dalam satu program yang lain, saya bertemu dengan ibu Nashrah. Saya berterus-terang dengan ibu Nashrah untuk mengambil Nashrah sebagai isteri. Reaksi ibu Nashrah ketika itu tenang sahaja. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh,” jelas Kelana.
Ditanya bagaimana Nashrah menyesuaikan diri dengan anak-anak tirinya, ini jawapannya.
“Anak-anak tiri saya kebanyakannya semua sudah dewasa. Ada yang sudah berumah tangga dan memiliki anak. Cara saya mudah sahaja, tidak perlu masuk campur tentang hal ehwal anak-anak tiri dan juga bekas isteri suami.
“Jika ada sebarang masalah antara suami dan anak-anak dan ibu mereka, saya mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur.
“Setakat ini saya tiada masalah dengan anak-anak tiri sementelah pula kami saya dan suami tinggal berasingan dengan anak-anak tiri,” ujar Nashrah.
Mengulas tentang jodoh, pertemuan, ajal, maut, ujar Kelana, jika hendak mencari pasangan hidup, carilah orang yang menyayangi kita.
“Carilah orang menghormati kita, terima buruk dan baik kita, dan yang tidak banyak meminta. Pada saya inilah perkara yang lebih penting.
“Ikutlah rasa hati. Jika kita rasa pasangan itu boleh terima, barulah kita lanjutkan hubungan itu ke arah yang lebih serius. Bagaimanapun jika kita hanya bertepuk sebelah tangan, eloklah tamatkan sahaja hubungan itu. Jika diteruskan juga, ia akan menyusahkan kita dikemudian hari.
“Paling penting, jangan berkahwin kerana duit, kecantikan dan kekacakan seseorang itu. Berkahwinlah ikut kata hati. Berkahwinlah kerana kita suka, bahagia, maka teruskanlah,” jelas Kelana.
Tambah Kelana lagi, jika selepas berkahwin ada berlaku pergaduhan, selesaikan secara damai. Ingat pada anak-anak.
“Tidak perlulah kita berperang. Ada sesetengah kes pasangan yang berpisah walau dah lama tapi masih juga belum dapat ‘move on.’ Masih lagi berdengki. Keadaan itu tidak bagus.
“Jika hendak berkahwin, mesti ada persefahaman, boleh terima buruk dan baik dan perlu ada ‘give and take,’ akhiri Kelana.
Tular video seorang remaja lelaki nikahkan kakaknya mencuri tumpuan netizen apabila menikahkan kakaknya baru-baru ini.
Bagus muda-muda sudah bertanggung jawab dalam hubungan kekeluargaan, mudahkan urusan si kakak.
Menerusi rakaman berdurasi 27 saat yang tular di TikTok, remaja berusia 15 tahun itu melafazkan akad pernikahan kakaknya sambil diperhatikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak selain memuji keberanian remaja berkenaan menjalankan tanggungjawabnya.
“20 tahun lepas adik bongsu nikahkan saya di usia beliau 15 tahun juga. Alhamdulillah,” kongsi Cikgu Mimie.
“Alhamdulillah terbaik adik. Aku ke hulu ke hilir urus wali. Masa nikah abang aku pas kat imam. Sabar sajalah,” kata Nida.
“Adik segak sangat sampai ramai salah faham ingatkan dia yang nikah,” seloroh Ujie.
Hebat didikan mak ayahnya, muda remaja lagi sudah jadi wali. Ada ilmu dan sedikit keberanian, semua akan berlangsung tanpa masalah. Untung si kakak, majlisnya dipermudahkan sampai selesai. Sehingga kini, video terbabit telah ditonton lebih 5.1 juta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...