Tular video seorang remaja lelaki nikahkan kakaknya mencuri tumpuan netizen apabila menikahkan kakaknya baru-baru ini.
Bagus muda-muda sudah bertanggung jawab dalam hubungan kekeluargaan, mudahkan urusan si kakak.
Remaja Lelaki Nikahkan Kakaknya
Menerusi rakaman berdurasi 27 saat yang tular di TikTok, remaja berusia 15 tahun itu melafazkan akad pernikahan kakaknya sambil diperhatikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.
Ads
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak selain memuji keberanian remaja berkenaan menjalankan tanggungjawabnya.
“20 tahun lepas adik bongsu nikahkan saya di usia beliau 15 tahun juga. Alhamdulillah,” kongsi Cikgu Mimie.
“Alhamdulillah terbaik adik. Aku ke hulu ke hilir urus wali. Masa nikah abang aku pas kat imam. Sabar sajalah,” kata Nida.
Ads
“Adik segak sangat sampai ramai salah faham ingatkan dia yang nikah,” seloroh Ujie.
Hebat didikan mak ayahnya, muda remaja lagi sudah jadi wali. Ada ilmu dan sedikit keberanian, semua akan berlangsung tanpa masalah. Untung si kakak, majlisnya dipermudahkan sampai selesai. Sehingga kini, video terbabit telah ditonton lebih 5.1 juta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ‘panas’ hubungan pasangan suami isteri, Intan Najuwa dan Datuk Asraf Azman yang baru bernikah baru-baru ini. Jadi tak pelik kalau segala kegiatannya jadi tumpuan netizen.
Semenjak berkahwin, Intan Najuwa dilihat rajin berkongsi video memasak untuk suaminya di media sosial miliknya. Ramai yang memuji, malah suka dengan cara Intan melayan suaminya. Rajin!
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Intan Najuwa yang meraih perhatian ramai.
Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 3.5 juta, tanda suka sebanyak 265 ribu dan 2 ribu komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Intan Najuwa yang memasak ayam masak kicap hasil permintaan suaminya itu walaupun sudah pukul 12 tengah malam.
“Hmm… lelaki memang camni ek, kita dah tepek sleeping mask kat muka, tetiba dia request ayam masak kicap pukul 12 am,”tulis Intan Najuwa.
Begitulah manisnya dalam rumahtangga, kalau lapar ada orang tolong masakkan. Tak payah keluar pergi kedai. Yang penting air tangan isteri tersayang. Bahagia itu mudah.
Tak mudah nak ‘cantikkan’ suasana rumah tangga bagi harmoni dan bahagia. Nampak manis dalam ‘frame’ hubungan orang lain, tetapi belum tentu jadi milik kita. Ini tanggungjawab suami isteri kena tahu untuk bina mahligai syurga dalam rumah.
Buat yang baru sah jadi suami isteri, pastikan 3 suasana di rumah ini tak wujud kerana ini boleh membawa kepada perkara negatif.
Nampak macam tak ada apa tapi sebenarnya bahaya dan boleh juga menjadi antara punca keretakan rumah tangga. Ikuti penjelasan daripada Puan Hyze Hazuan ini untuk elakkan daripada berterusan.
Hari ini ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, suami tidak mengajar anak isteri memahami Islam. Maka wujudlah tiga suasana di rumah:
TV, audio yang besar, karaoke, video games dan lain-lain. Anak-anak dibesarkan dalam suasana kelalaian sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV.
Rumah yang dihiasi barang mewah seperti hotel, setiap tahun tukar sofa baharu, tilam mewah dan bilik air mewah sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah.
Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran mewah, setiap saat dalam kekenyangan. Fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja. Peti ais penuh dengan makanan, aiskrim dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak.
Kita perlu berubah kepada kefahaman agama agar suasana rumah berubah. Suasana rumah seperti rumah Baginda SAW iaitu hidupkan suasana bacaan al-Quran dan hadis di rumah. Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran Allah dan suasana ilmu di rumah. Hidupkan suasana zikir dan solat-solat sunat di rumah.
Rumah penuh dengan nur al-Quran dan hadis, Allah akan turunkan rahmat, keberkatan dan sakinah. Suasana ini yang perlu kita wujudkan di rumah.
Hari-hari anak makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan tapi pencapaian exam tak cemerlang. Rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya hati anak-anak gelap sebab tak dengar hadis.
Wujudkan amalan bacaan hadis di rumah agar isteri dan anak mengenali kehidupan sahabat-sahabar Nabi SAW.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada yang lebih menggembirakan seorang gadis apabila menerima lamaran dan melangkah ke alam perkahwinan. Apatah lagi dengan restu dari keluarga, sudah pasti institusi perkahwinan yang bakal dibina dilayari bakal menjadi suatu ikatan yang memberi kebahagiaan.
Bagi Nurlisa Mohamed Noor, 25 tahun, memilih Khairul Azhar Fazli, 26 tahun sebagai suami merupakan keputusan terbaik buat dirinya apatah lagi mereka sudah berkenalan sejak menuntut di sebuah universiti di Perth, Australia.
” Kebetulan Ibu bapa kami memang telah lama bersahabat, sejak kami kecil cuma kami tidak pernah bertemu. Pertama kali bertentangan mata di satu event “Club Day/ Guild Day” di universiti telah membuatkan hubungan kami mula akrab. Ketika itu, Khai merupakan president Association of Malaysian Students di universiti tersebut, ” ujar Nurlisa memulakan bicara mengenai perkenalannya dengan suami tersayang.
Melihat perwatakan Nurlisa yang disifatkan sebagai seorang gadis yang ‘happy go lucky”, Khai amat tertarik dengan keperibadian Lisa serta ikatan kekeluargaan yang akrab juga menjadi salah satu sebab Khai jatuh cinta terhadap anak ketiga Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika Yusof ini.
Manakala Nurlisa amat menyenangi keperibadian Khai yang baik hati serta pemurah terhadap dirinya serta amat mengambil berat tentang Lisa sepanjang meneruskan pengajian di bumi Australia dan jauh dari kaum keluarga.
Nurlisa dan Khai memilih tanggal 12/2/2022 yang lalu untuk mengikat tali pertunangan disaksikan kaum keluarga terdekat kedua belah pasangan. Pada majlis pertunangan, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran. Adi Decor telah bertindak menata rias dekorasi majlis pertunangan pasangan ini yang menampilkan gaya dekorasi elegan tetapi masih mengekalkan gaya sederhana. Manakala Nurlisa anggun mengenakan persalinan dari Zaimi Zulkafli.
Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur dihadiri kaum keluarga dan kenalan terdekat. Bertemakan Enchanted Forrest untuk majlis tersebut, @rerama_rerama merealisasikan tema majlis perkahwinan pasangan ini dengan menampilkan unsur-unsur alami yang natural seperti kicauan burung sebenar sepanjang majlis berlangsung dari dalam sangkar. Usai majlis, burung-burung tersebut dilepaskan bebas sebagai tanda simbolik pembebasan mempelai dari tanggungjawab ibu bapa. Live orchestra dari OJ Kustik yang membawa 22 pieces instrument menjadi pilihan mempelai menghiburkan tetamu yang meraikan hari bahagia mereka.
Majlis penuh emosi dan kesyukuran itu menyaksikan upacara khatam quran oleh pihak lelaki dilangsungkan sebagai tanda Al Quran yang dibaca/dikhatamkan adalah sebagai mahar/hantaran yang diminta oleh pihak pengantin perempuan. Malah tiada wang hantaran diminta. Al Quran tersebut diangkat darjatnya pada majlis tersebut di mana majlis penyerahan mahar berupa naskah Al Quran tersebut oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan.
Nurlisa anggun mengenakan busana putih rekaan Mimpi Kita manakala Khai mengenakan persalinan dari Man Kajang. Manakala wajah anggun Lisa mendapat sentuhan Bee Ramza. Nurlisa merupakan anak ketiga Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika Yusof. Rosyam dikurniakan lima orang anak perempuan di mana dua daripadanya sudahpun berumahtangga.
Nurlisa dan Khai bakal berbulan madu ke Eropah tidak lama lagi. Selamat Pengantin Baru dari team Pesona Pengantin!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...