Buat bakal pengantin, pilih mekap yang betul untuk majlis akad nikah dan persandingan. Ada banyak jenis solekan yang anda boleh pilih untuk jenis skin tone.
Masih ramai yang keliru apabila nak dapatkan solekan sesuai dengan air wajah dan tona kulit.
Pendek kata, asal tengok cantik pada wajah orang lain, terus nak. Tapi sebenarnya anda kena tahu sesuai atau tidak dengan jenis kulit dan tone warna.
1. Thai Mekap
Ads
Ini focus on brows, jadi kalau nak makeup focus on eye makeup. Jika anda suka bahagian mata nampak menyerlah, boleh teruskan thai makeup look. Thai makeup look ini memang tengah trending for 2024. Bushy brow for the win! Makeup ini sesuai untuk any skin tone: Fair, medium dan tan skin.
2. Soft Glam Makeup
Soft glam makeup ini kalau nak soft makeup tapi masih nak menaikkan seri wajah. Makeup look ini selalunya orang pilih untuk makeup nikah since tak over tapi cantik. Sesuaikan dengan nude lipstick, ini sudah cukup sempurna! Solekan ini pun sesuai untuk semua jenis tona kulit.
Ads
3. Bronzy Makeup
Bronzy makeup ini biasanya ramai tan skin pilih sebab tak nampak over tapi tetap menyerlah their tan skin complexion. Makeup look ini paling digemari terutama anda yang mempunyai tona warna kulit medium-tan.
Untuk light mungkin kurang sesuai sebab makeup look ini memang bronze makeup. Tapi for medium-tan skin memang naik seri.
Ads
4. Glowy Soft Makeup
Glowy soft makeup ini memang ramai pilih untuk nikah sebab lagi sesuai dan cantik since natural tapi glowy! Nampak glass skin, tapi makeup look ini sangat light. Untuk anda yang ada masalah jerawat, boleh go for less glowy makeup sebab glowy ni akan menyerlah textured skin. Jenis ini sesuai for all skin tone, cuma yang berkulit cerah juga elok elakkan.
Jadi bakal pengantin, jangan pandang remeh bab solekan untuk majlis kahwin. Pastikan pilih yang sesuai dengan air wajah anda juga. Takut nampak garang dan nampak lebih berusia jika salah pilih.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagaimanakah cara saya ingin menangani isu isteri yang cepat panas baran?
Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Perkahwinan yang menurut syarak dan terhormat akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman diri. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(Surah al-Rum: 21)
Demikianlah indahnya ungkapan ayat-ayat al-Quran yang menyatakan, betapa perlunya kepada perkahwinan dan bagaimanakah terhasilnya perlindungan, kebahagiaan dan ketenteraman. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ
Maksudnya: Mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.
(Surah al-Baqarah: 117)
Ayat ini mengumpamakan suami isteri sebagai pakaian bagi pasangan masing-masing kerana mereka saling melindungi. Keperluan suami isteri kepada pasangannya sama seperti keperluan mereka dengan pakaian.
Sekiranya pakaian menutup keaiban tubuh badan dan menjaganya daripada sebarang kesakitan, suami isteri pula akan menjaga kemuliaan pasangannya, memelihara kehormatan dan memberi kerehatan serta ketenteraman.
Menjawab persoalan di atas, kami nukilkan daripada buku al-Halal wa al-Haram oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi yang antara lain menyebut:
Seorang suami mestilah bersabar terhadap karenah isterinya, jika dia mendapati ada sesuatu kelakuan daripada isteri yang tidak menyenangkan hati suami. Suami hendaklah sentiasa ingat bahawa isterinya itu adalah seorang yang lemah, kerana dia seorang perempuan, di samping ada banyak kekurangan sebagai seorang manusia. Sepatutnya dia sentiasa mengingati segala kebaikannya di samping keburukannya dan memandang budi baiknya yang banyak di samping keaibannya yang sedikit.
Maksudnya: “Seorang mukmin (suami) tidak boleh membenci mukminah (isteri): Jika dia tidak suka kepada sesuatu perangainya, dia tentu rela kepada perangainya yang lain.”
Maksudnya: Pergaulilah isteri-isteri kamu itu dengan cara yang baik, maka jika kamu membenci mereka, maka semoga sesuatu yang kamu membencinya itu justeru Allah SWT akan menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
(Surah al-Nisa’: 19)
Sebagaimana Islam mewajibkan seorang suami supaya bersabar di atas kelakuan dan perangai isteri yang tidak disukainya, Islam juga menyuruh si isteri dengan suruhan yang sama supaya merelakan suaminya apa yang mungkin berlaku daripadanya sekadar yang termampu serta pandai mengambil hatinya, di samping itu Islam mengancam isteri supaya jangan sampai dia dapat tidur dalam keadaan suaminya marah kepadanya .
Maksudnya: “Ada tiga orang yang sembahyangnya tidak terangkat melebihi batas kepalanya walaupun hanya sejengkal, iaitu: Seorang lelaki yang menjadi imam kepada suatu kumpulan, sedang mereka semua membencinya, seorang isteri yang seronok tidur sedangkan suaminya menyimpan marah terhadapnya, dan dua orang saudara yang saling bermusuhan.”
Riwayat Ibn Majah (961)
Semoga Allah SWT jadikan rumahtangga kita sentiasa aman, baik dan bahagia. Marilah sama-sama kita mengamalkan doa yang diajar oleh Allah SWT:
Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rambut yang kering pastinya sangat kaku, lesu dan tidak indah dipandang, bahkan ia menjadi sukar untuk ditata rias. Perawatan rambut banyak ditawarkan di salun rambut namun masalah rambut kering tidak juga dapat diatasi. Bakal ratu sehari tentunya menginginkan rambut yang bukan sahaja sihat tetapi juga lebat dan berkilat.
Bagi anda yang mengalami masalah rambut kering tentunya rambut akan kelihatan menggerbang dan kembang. Ada cara untuk mengatasi masalah rambut kering ini, malah ia juga boleh diaplikasikan di rumah dengan cara yang lebih mudah dan murah.
Kurangkan kepanasan pada rambut
Rambut yang kering biasanya berlaku disebabkan panas yang berlebihan pada rambut. Jika anda biasa menggunakan pengering rambut, hentikan segera penggunaannya kerana pengering rambut boleh menyebabkan rambut menjadi lebih kering. Cuci rambut menggunakan air dingin dan bukannya air suam. Bagi anda yang tidak berhijab, gunakan topi sebagai pelindung rambut saat anda keluar di siang hari.
Elakkan mencuci rambut setiap hari
Mencuci rambut setiap hari boleh membuatkan minyak pelindung yang ada pada rambut hilang sehingga membuatkan rambut menjadi kering dan kaku. Berikan jeda waktu sehari untuk anda mencuci rambut. Apabila selesai berenang, segera membilas rambut agar klorin dari dalam kolam yang melekat pada rambut dapat dibersihkan. Sisir rambut anda ketika basah dan bukannya ketika rambut kering. Ini bagi mengelakkan rambut gugur.
Gunakan syampu yang lembut
Bagi anda yang miliki rambut kering, cubalah menggunakan syampu bayi yang bersifat lembut. Bahan kimia yang ada pada syampu umumnya bersifat keras sekali gus merosakkan struktur dan akar rambut terutamanya bagi pemilik rambut kering.
Rawat rambut dengan minyak
Tip merawat rambut kering yang tidak kurang pentingnya ialah penggunaan minyak untuk perawatan rambut. Campuran minyak kelapa dan pati minyak lavender yang dihangatkan boleh digunakan untuk merawat rambut kering. Selain itu, penggunaan madu pada kulit kepala atau rambut juga boleh dijadikan alternatif untuk merawat rambut kering. Jangan lupa untuk membilasnya setelah dibiarkan seketika sesuai dengan waktu yang dianjurkan.
Potong hujung rambut secara teratur
Memotong hujung rambut secara teratur, minimum dua bulan sekali dapat mencegah terjadinya rambut bercabang. Rambut bercabang juga merupakan antara penyumbang pada rambut kering.
Walau bagaimanapun merawat rambut kering harus diimbangi dengan pengambilan makanan yang bernutrisi untuk kesihatan rambut dan kulit kepala. Minum air putih secukupnya, makan makanan dengan gizi yang seimbang serta mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk rambut. Hasilnya, rambut anda akan tampil berkilau dan menawan saat melangkah penuh yakin ke pentas pelamin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak sebenarnya cara jodoh datang, tidak kira cepat atau lambat jika sudah tiba masa anda mendirikan rumah tangga ia pasti akan berlaku.
Namun, bagaimana kita ingin mengetahui bahawa jodoh kita semakin hampir? Adakah melalui mimpi atau petunjuk? Jom kita lihat apa tanda-tandanya.
1. Saling memaafkan
Anda mungkin seorang yang ego dan panas baran, tetapi apabila bersama si dia segalanya dipermudahkan. Anda mudah memaafnya begitu juga dengan dirinya.
2. Selalu bekerjasama dalam segala hal
Bila anda berkeras mahukan atau ingin mencapai sesuatu dia datang untuk menyokong dan memberi kata-kata semangat untuk anda. Anda akan lebih memberikan motivasi bukan sahaja pada diri sendiri malah kepadanya juga dalam pelbagai perkara.
3. Hati yang mantap
Hati manusia mudah berbolak-balik tetapi apabila anda bersama si dia, perasaan gelisah itu hilang dan tenang kerana anda fikir dia lah yang terbaik.
4. Ketenangan jiwa
Bila anda bersama si dia perasaan anda akan merasa tenang sahaja. Kerana dia membuatkan anda selesa dengan dirinya. Selain itu, si dia sering mengajak anda untuk melakukan perkara yang bermanfaat dabn berfaedah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...