Gambar sekadar hiasan

Wahai wanita, jika memilih pasangan, janganlah hanya memilih atas dasar rupa dan rasa cinta yang mendalam terhadapnya. Tetapi, pilihlah lelaki yang benar-benar mampu memahami fitrahmu sebagai seorang wanita.

Pilihlah lelaki yang mampu memahami fitrahmu sebagai seorang wanita dengan baik agar kamu akan sentiasa tenang bila bersamanya sehingga kamu benar-benar memahami perananmu sebagai makmumnya.

Pilihlah Lelaki Yang Memahami Fitrahmu Sebagai Seorang Wanita. Barulah Tenang Bila Bersamanya!
Kredit: CST Production

Lelaki yang memahami fitrahmu sebagai wanita pasti tidak akan pernah berhenti menghargaimu dan tidak pernah mengeluh pada saat kamu bersikap sedikit ‘menjengkelkan’. Lelaki yang baik pasti akan memahami ragam seorang wanita.

IKLAN

BACA: Bila Hubungan Dah Tak Semesra Dulu, Cuba Amalkan Doa Ini

Lelaki yang memahami kerenah seorang wanita yang mudah terasa, tersinggung dan mudah mengalirkan air mata pasti tidak akan bersikap dan berkata sembarangan terhadapmu. Bila kamu ‘moody’, dia pasti akan menjadi penyembuh kepada sikapmu itu.

IKLAN

Pilihlah Lelaki Yang Memahami Fitrahmu Sebagai Seorang Wanita. Barulah Tenang Bila Bersamanya!

IKLAN

Lelaki yang memahami bahawa wanita itu seorang yang kuat cemburu dan gemar berfikir bukan-bukan pasti akan sentiasa berhati-hati dalam menjaga perasaanmu, tidak kira kamu berada dekat atau jauh darinya.

Oleh itu, lelaki yang memahami fitrah seorang wanita akan selalu menenangkanmu. Pastikan kamu tidak tersalah dalam membuat pilihan. Semoga kamu ditemukan dengan pasangan hidup yang memahami fitrahmu sebagai seorang wanita.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI