Poligami adalah sesuatu yang janggal di Malaysia, tidak hairan jika tiada respon bila isu itu dipersoal di dalam kursus semalam.
Saya sendiri diberi petunjuk ke arah poligami hanya apabila dilamar oleh lelaki yang telah beristeri. Jadi situasi itu lebih mudah untuk diterima saya, dan Alhamdulillah dengannya menjadi titik tolak untuk saya mengkaji dan mencari pengalaman berkaitan rumahtangga poligami.
Saya juga mula memahami satu perkara, bahawa poligami ini untuk diterima seorang wanita dengan lebih mudah terkadang hanya apabila telah diuji dengan sesuatu perkara yang besar.
Saya bertanya kepada seorang isteri yang baru beberapa bulan kematian suami, adakah dia menerima lamaran dari lelaki yang merupakan teman suaminya yang telah bekeluarga? Dengan kata lain, dia akan bermadu. ‘Saya tak mampu terima kalau suami saya dulu berkahwin lagi, tapi saya mampu terima jadi isteri kedua.’
Saya pernah juga bertanya kepada seorang ibu yang di alam poligami, pandangannya tentang poligami, ‘ Poligami ini perlu untuk orang macam ibu yang bergelar ibu tunggal’.
Dan beberapa teman wanita yang telah agak berusia juga menyatakan kesediaan berpoligami jika ada suami orang yang melamar.
Dalam situasi biasa, hampir semua wanita memilih untuk tak mahu dimadukan. Boleh menerima jika telah kematian suami, bercerai hidup atau berusia lanjut…begitukah..?
Ada juga beberapa perkongsian teman pembaca blog saya, menyebut mereka berpisah dengan suami kerana suami ada perempuan lain/orang ketiga, tetapi kini mereka dalam proses menjadi ‘orang ketiga’ kepada hubungan suami isteri lain.
Tidakkah itu menjadi fitnah yang besar, ketika kita bersungguh bercerai kerana tidak menerima kehadiran isteri lain kepada suami – kita mampu (tergamak?)menjadi isteri baru kepada wanita lain yang juga tak mahu diduakan?
#Istilah orang ketiga tidak sopan digunakan untuk isteri yang ALLAH muliakan di alam perkahwinan sekalipun dia isteri kedua.
Ini hanya perkara yang tercetus di fikiran, tidak ada tajuk, kerana saya rasa kebanyakan kita setuju isu sebenarnya bukan poligami – isunya ialah kita semua perlu lebih memperteguh iman, kedua-dua lelaki dan perempuan. InsyaALLAH ada jalannya
SUMBER : Nurul Adni Adnan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI